Khasiat Air Kelapa Muda | Minum air kelapa muda di musim cuaca panas amatlah menyamankan. Tambahan pula sekarang ini Malaysia sedang dilanda musim panas dan kering yang berpunca daripada fenomena El Nino, kita perlu minum air yang banyak sepanjang hari untuk mengelakkan badan kita dari mengalami masalah kekurangan air.
Selain dari minum banyak air kosong dan minum air isotonik, salah satu cara untuk pastikan badan kekal terhidrat adalah dengan meminum air kelapa muda.
Khasiat Air Kelapa Muda
Air kelapa muda biasanya boleh didapati di dalam kelapa hijau muda, berwarna cerah, mempunyai rasa manis kelapa, dan secara semulajadinya menyegarkan.
Jangan tersilap tau, air kelapa langsung tak sama dengan minyak kelapa mahupun santan yang tinggi lemak. Sebaliknya, air kelapa muda mengandungi karbohidrat mudah cerna di dalam bentuk gula dan elektrolit.
Selain menjadi pelepas dahaga, air kelapa muda (berwarna hijau) juga terkenal mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Sejak zaman dahulu lagi, air kelapa muda di minum sebagai penawar racun, meredakan cirit-birit, mengubati demam panas, mempercepatkan penyembuhan demam campak serta melawaskan buang air kecil dan air besar.
Air Kelapa Muda untuk Rawatan Jangkitan Cacing
Sebagai rawatan tradisional jangkitan cacing, minum air kelapa muda dan minyak zaitun pada waktu pagi sebelum mengambil makanan untuk membasmi pelbagai jenis cacing di dalam usus. Campurkan sahaja 1 cawan air kelapa muda + 1 sudu teh extra virgin olive oil, dan amalkan dalam masa 3-4 hari. Resepi ini bukan sahaja murah, tetapi sangat efektif!
Rasionalnya ialah, air kelapa muda mengandungi Asid Laurik yang bila dicernakan, badan kita akan menukarkan asid laurik ini kepada monolaurin. Monolaurin ini mengandungi bahan anti bakteria, anti protozoa, dan anti-virus yang sangat efektif dalam membunuh cacing di dalam usus, lipid-coated viruses, parasit dan jangkitan di dalam usus. Minyak zaitun pula secara semulajadinya mempunyai kandungan anti-bakteria untuk membunuh cacing pita di dalam usus kecil, dan membantu dalam pembersihan di sistem penghadaman. *VisiHow
Di antara khasiat air kelapa muda ialah:
- Air kelapa muda sedap diminum begitu sahaja tanpa gula kerana airnya mempunyai rasa manis air kelapa semulajadi. Tambahan sedikit ais untuk rasa yang lebih menyegarkan.
- Air kelapa muda jika ditambah dengan perahan air limau nipis boleh menghilangkan keletihan.
- Air kelapa muda yang di tambah dengan sedikit jus asam limau dan satu sudu minyak zaitun turut mampu mengubati jangkitan cacing pada anak-anak. Amalkan minum campuran ini 3 kali sehari.
- Terdapat juga dakwaan air kelapa muda yang dicampur dengan beberapa bahan lain mampu mengubati penyakit batu karang.
- Amalkan minum air kelapa muda tanpa gula + tanpa ais seminggu sekali untuk detoks badan, bantu buang toksin dalam badan.
Dengan pelbagai khasiat semulajadi ini, air kelapa turut menjadi penawar sementara bagi tubuh beracun, di mana air kelapa mampu melarutkan racun di dalam perut. Namun, ia hanyalah bersifat sementara. Segeralah berjumpa pakar untuk rawatan lanjut.
Komposisi Air Kelapa
Jika dibandingkan dengan kelapa jenis lain, air kelapa muda mengandungi banyak tanin, iaitu bahan antiracun yang paling tinggi.
Komposisi kandungan kimia lain yang terdapat dalam air kelapa ialah asid askorbik atau vitamin C, protein, asid lemak Omega 3, karbon terhidrat dan kalsium.
Mineral yang terkandung dalam air kelapa ialah zat besi, fosforus, dan gula yang terdiri dari glukosa, fruktosa serta sukrosa. Hasil kajian mendapati air kelapa yang diminum kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula antara 1.7 hingga 2.6 peratus dan protein 0.07 hingga 0.55 peratus.
Khasiat Lain Buah Kelapa
Kelapa, atau nama saintifiknya Cocos Nucifera turut dikenali sebagai wonder food. Ia digelar sedemikan disebabkan kerana terdapat pelbagai khasiat dalam buah kelapa yang boleh memenuhi keperluan nutrisi badan kita. Di antara buah-buahan yang banyak membantu survival terutama apabila kita berada di dalam hutan.
Minyak kelapa dara yang disapu pada gigi atau gusi yang sakit mampu mengurangkan kesakitan di kawasan tersebut. Minyak kelapa dara juga boleh disapu sebagai pelembap kulit yang bermasalah seperti Eczema. Malah, minyak kelapa dara turut dijadikan sebagai minyak rambut, dan membantu menjadikan rambut subur, hitam dan berkilat.
Isi buah kelapa turut mempunyai pelbagai khasiat. Isi buah kelapa muda biasanya dimakan begitu sahaja. Manakala isi kelapa setengah tua atau yang tua biasanya diparut untuk dijadikan kuih muih dan pelengkap lauk, ataupun diperah untuk mendapatkan santannya.
Santan kelapa yang diminum boleh membantu mengubati masalah muntah-muntah, batuk berdrah, busung, demam panas dan penawar racun.
Namun hati-hati kerana terdapat perbezaan kalori di antara isi buah kelapa yang tua dan muda.
- Isi buah kelapa yang tua mengandungi kalori yang tinggi sebanyak 359 kal per 100 gram.
- Isi buah kelapa setengah tua mengandungi kalori sebanyak 180 kal per 100 gram.
- Isi buah kelapa muda pula mengandungi 68 kal per 100 gram.
Owh sedapnya kalau dapat minum air kelapa muda yang dicampur dengan ais dan isi buah kelapa muda di dalam tue. Menyegarkan!
Kalau dapat Coconut Shake lagi heaven! Slrrrppp… 😀
*Sumber: Dr. Norzaidi Zakaria, WebMD
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
Noriza Rahman says
sedap la minum air kelapa time panas macam ni kan?
GenkiMomma says
Heaven sangatttt… 😀
Noriza Rahman says
Nak sedap lagi sila tambah gula kabung, wallah~
GenkiMomma says
Lepas tuetambah ais pulak, perghhhh~
Padin says
kena pulak air kelapa pandan, pheewwwwwww
GenkiMomma says
Fuhhh tak cukup sebiji! 😛