Kurangkan Buasir Dengan Suplemen Shaklee | Buasir ialah keadaan di mana salur darah vena membesar, meradang dan membengkak di bahagian bawah rektum dan dubur.
Terdapat 2 jenis buasir yang diklasifikasikan mengikut di mana berlakunya pembengkakan salur darah vena tersebut. Kedua-dua jenis buasir ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
(1) Buasir Dalaman (Internal Hemorrhoid)
Buasir dalaman berlaku apabila salur darah vena membengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit buasir akan mendapati ada pendarahan selepas membuang air besar, tetapi tidak sakit.
Ada sesetengah pesakit buasir merasakan seperti ada unjuran yang terkeluar daripada dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini akan hilang sendiri, dan sesetengah kes ada yang perlu tolak semula unjuran ini masuk ke dalam.
(2) Buasir Luaran (External Hemorrhoid)
Buasir luaran berlaku apabila salur darah vena membengkak di bahagian bawah kulit luar dubur. Pesakit buasir akan mengalami pendarahan, rasa sakit, rasa gatal atau dubur bengkak semasa membuang air besar. Rasa sakitnya juga berbeza-beza.
Ada pesakit yang mungkin rasa sedikit tidak selesa, ada pesakit yang rasa panas atau amat pedih. Sakit terlalu kuat mungkin berlaku apabila salur darah tersumbat oleh darah beku.
Mengapa buasir berlaku?
Buasir boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Namun, buasir biasanya terjadi kepada orang dewasa berusia 30 tahun ke atas, dan juga wanita hamil.
Buasir biasanya disebabkan oleh:
- Sembelit. Meneran berlebihan semasa membuang air besar.
- Berat badan berlebihan.
- Berdiri terlalu lama.
- Mengangkat benda berat.
- Bagi wanita hamil, pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga perubahan hormon.
Kesemua di atas menyebabkan penambahan tekanan kepada salur darah vena di rektum dan dubur, yang seterusnya menyebabkan salur darah vena membesar dan membengkak menjadi buasir.
Tips Kurangkan Buasir Dalam Aktiviti Harian
Ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk kurangkan buasir, serta meredakan kesakitan apabila terkena buasir.
- Ambil lebih serat melalui buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin.
- Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya minum 8 gelas air sehari.
- Bersenam setiap hari.
- Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit, dan membuatkan masalah buasir menjadi lebih teruk.
- Mandi dengan air suam untuk kurangkan rasa sakit dan gatal.
- Gunakan ais supaya bengkak surut, atau duduk di dalam besen berisi air garam.
Walaubagaimanapun, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut jika buasir berterusan, sembelit teruk, darah dalam najis atau terdapat gangguan pada dubur sehingga menyebabkan ketidakselesaan. *MyHealth
Kurangkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee
Di Shaklee, kami mencadangkan 3 suplemen berikut untuk bantu kurangkan sakit buasir:
Beli online Set Nutrisi Buasir (klik)
Fungsi Set Buasir Shaklee dalam membantu kurangkan buasir ialah:
(1) OsteMatrix : Magnesium dalam OsteMatrix bantu melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis, melawaskan pembuangan air besar, sekaligus mengatasi masalah buasir.
(2) OmegaGuard : Anti-keradangan. Membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur darah vena dan sekitarnya, sehingga menyebabkan pembuangan air besar amat perit. OmegaGuard membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.
(3) Zinc Plus (Zinc Complex) : Membantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan Zink amat disarankan terutama buat pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar (najis berdarah).
Testimoni Pengguna Set Buasir Shaklee
Berikut di antara perkongsian pengguna Set Buasir Shaklee.
Testimoni Set Buasir Shaklee 01:
“Saya mula ambil Set Buasir Shaklee pada Sept 2013, dan dalam mada 3 hari masalah sembelit saya tiada. Paling terkejut, bila buasir saya (lebihan daging di dubur) dah tiada. Syukur pada Allah…”, -Puan Rohayu.
Testimoni Set Buasir Shaklee 02:
“Minggu lalu suami saya kena buasir. Kesian sangat kat dia sampai MC sebab takleh nak bergerak sangat. Pergi klinik dapatlah ubat buasir, antibiotik dan ubat masuk dubur. Minta doktor tengokkan, risau sebab sampai berdarah..
Balik dari klinik, saya terus bagi Set Buasir Shaklee. Alhamdulillah, dengan izin Allah, 2 hari selepas pengambilan vitamin Shaklee ini, suami dah boleh gerak seperti biasa. Buasir dah kecut. Hari ketiga dah boleh pergi kerja semula…”, -Puan Dayang
Testimoni Set Buasir Shaklee 03:
“Adik nie muda lagi, tapi susah nak buang air besar, dan disahkan menghidap buasir. Saya suggest suplemen Shaklee. Selepas 2 minggu, dia bagitahu yang dia gembira sangat, sebab sejak amet Set Buasir Shaklee, dah ada perubahan. Buang air besar dah tak sakit, dan ketulan pada duburnya semakin berkurangan…”, -Puan Eizan
Testimoni Set Buasir Shaklee 04:
“Semasa pregnant saya kena buasir, dan buasir makin teruk lepas bersalin. Sangat risau sebab selalu dengar cerita buasir nie susah nak baik, dan perlu dibuang.
Tapi ajaibnya, saya ambil Set Berpantang Shaklee; Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Zinc Complex dan juga OmegaGuard. Dalam masa kurang daripada 2 minggu, luka jahitan dan buasir tue dah baik. Wahhh sangat gembira!”, -Puan Nurru Adila
Cara Beli Set Buasir Shaklee
Anda dah tahu bagaimana setiap nutrien dalam set buasir Shaklee ini berfungsi dalam membantu mengurangkan simptom buasir, dan juga perkongsian dari pengguna yang dah pernah amalkan set buasir shaklee, kan? Mari kami terangkan harganya pula.
- OmegaGuard (Omega-3): RM136.25
- OsteMatrix (Calcium-Magnesium etc): RM61.25
- Zinc Plus: RM56.25
Harga Set Buasir Shaklee ialah RM253.75 sahaja (tidak termasuk postage).
Jadi, anda ada 2 pilihan untuk dapatkan set suplemen bantu kurangkan buasir ini iaitu:
(1) Beli Set Buasir Shaklee secara online di laman eSel (klik sini). Pembayaran dengan Credit Card ataupun Debit Card. Produk akan dihantar terus ke muka pintu anda. 100% selamat!
(2) Atau, WhatsApp order “Set Buasir Shaklee” ke 017-3030081. Kami juga boleh bantu anda berjimat dengan mendaftar ahli Shaklee, dan automatik dapat penjimatan sehingga 20% untuk semua pembelian produk Shaklee, termasuklah Set Buasir Shaklee ini. Lebih berbaloi tau!
Jadual pemakanan Set Buasir Shaklee, eksklusif untuk customer GenkiMomma.My sahaja.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp 017-3030081 (WhatsApp sahaja).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
sabree hussin says
Saya baru tau, yang Shaklee pun ada set untuk masalah buasir 😀
GenkiMomma says
Haaa dah tau nie boleh lah tuan recommend kepada mana2 kenalan yg ada masalah buasir, ya.. 😀
Noriza Rahman says
Seingat akak dulu masa bersalin anak sulung, dah nak terkena buasir kot sebab asyik sembelit je kan, huish ngeri ja rasa
GenkiMomma says
Nasib baik tak kena buasir ye kak, sebab ramai je ibu2 dalam pantang yang kena buasir..
Noriza Rahman says
Huhu..ngeri kalau ingat balik…now dah maintain makan oste tak mau bagi sembelit
GenkiMomma says
Alhamdulillah OsteMarix sangat membantu…
mommykemai says
buasir ni memang mengerikan kan . better rawat awal awal.
GenkiMomma says
Ngeri sangattt… Minta2 dijauhkan dari terkena buasir nie…
Hero Borneo says
kena buasir bukan alang-alang sakitnya..namun dengan adanya set ini saya percaya ia boleh membantu..
GenkiMomma says
Ada yg menangis, ada yang seriau nak pergi toilet sebab buasir nie, kesian kannn…