Setiap tahun Shaklee menawarkan 2 destinasi pelancongan insentif antarabangsa kepada bisnes leaders yang mematuhi syarat dan points yang ditetapkan. Untuk tahun 2016, pilihan trip yang ada ialah Shaklee Global Conference di Florida, dan juga Umrah Ziarah Jordan.
Jika tahun 2015 kami berpeluang melancong ke Milan, Florence dan Rome di Italy, untuk tahun 2016 ini kami memilih Umrah Ziarah Jordan bersama Shaklee, Insya Allah.
Kursus Umrah Shaklee Untuk Trip Insentif 2015/2016
Semalam kami hadiri kursus Umrah Shaklee yang diadakan di Shaklee Home Office, Sunway Pinnacle, sekaligus mendengar taklimat tentang trip insentif ke Jordan.
Ini merupakan pengalaman kali ke-2 kami mengikuti kursus Umrah Shaklee, kerana sebelum ini kami pernah sertai Shaklee Umrah Ziarah Dubai 2013. Gambar di bawah nie, test pakai winter jacket.
Seronoknya pergi Umrah bersama Shaklee ini, bukan sahaja pelbagai kelengkapan diberikan sebagai hadiah, malah, pihak Shaklee turut menjemput pihak agensi Umrah untuk membuat kursus Umrah istimewa buat semua peserta Umrah Shaklee. Jadi, tak perlu hadiri kursus umrah berasingan di luar.
Tersentuh hati apabila ustaz mengingatkan kami tentang tujuan sebenar kita nak tunaikan Umrah. Nawaitu kena betul. Sebelum bertolak lagi dah perlu buat banyak persiapan jiwa, teutama sekali mohon keampunan atas segala dosa-dosa. Lain niat, lain lah yang dapat.
Alhamdulillah, setelah selesai kursus Umrah Shaklee ini, sedikit sebanyak dapatlah pencerahan tentang ibadah Umrah. Namun, hati tetap rasa risau takut ada yang keciciran. Moga urusan kami dipermudahkan di sana nanti, Insya Allah..
Trip Insentif Amman Jordan 2016
Sebelum berangkat ke Madinah, kami berpeluang melancong 3 hari 2 malam di Jordan, bumi para Anbiya’. Baru tahu bahawa matawang Jordan jauh lebih mahal dari US dollar. Ini kalau pergi sendiri, perlukan tabungan yang besar dan perancangan yang teliti nie.
Rate semasa, 1 Jordan Dollar = RM 6.31. Wow, sangat! 😀
Teruja sangat tengok tentatif yang Shaklee dah sediakan untuk kami sepanjang berada di sana. Di antara tempat yang bakal di lawati ialah:
- Ancient City of Petra (Lost City of Stone).
- Laut Mati.
- Madaba City.
- Seven Sleepers Cave (Gua Ashabul-Kahfi).
- Amman City Tour (termasuk melawat Makam Nabi Shuib).
Semua tempat yang bakal kami lawati tue sebenarnya antara destinasi pelancongan idaman sendiri sejak kecil lagi. Dulu-dulu, kalau tengok rancangan Jejak Rasul setiap petang masa bulan Ramadhan, rasa seronoknya lah kalau dapat lawat semua tempat dalam TV tue.
Tak sangka, Allah makbulkan melalui trip insentif Shaklee, dengan asbab serius buat bisnes Shaklee. Makin jatuh cinta berkali-kali dengan bisnes Shaklee ini.
Kelengkapan Umrah dan Melancong Dari Shaklee
Di antara kelengkapan Umrah yang diberikan oleh Shaklee sebagai persediaan ke sana:
- Kursus Umrah di Shaklee HQ.
- Set kain Ihram (eksklusif Shaklee) untuk lelaki.
- Set kain Telekung (eksklusif Shaklee) untuk wanita.
- Travel luggage.
- Sling bag (untuk kegunaan Umrah Ziarah).
- Buku nota kecil panduan Umrah.
- Winter jacket (untuk kegunaan di Jordan).
Of course, tiket penerbangan pergi balik, hotel dan makan minum juga ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Kita cuma sediakan dokumen untuk mohon visa Umrah sahaja.
Di antara hotel penginapan yang bakal kami bermalam ialah:
- Movenpick Hotel Dead Sea.
- Marriott Hotel, Amman.
- Oberoi Hotel, Madinah.
- Hilton Hotel, Mekah.
Winter jacket nie bukan kelengkapan Umrah tau. Memandangkan kami akan ke Jordan terlebih dahulu sebelum ke Madinah, dan sekarang di Jordan musim sejuk, jadi Shaklee hadiahkan jaket musim sejuk istimewa buat kami. Berpeluang test pakai untuk dapatkan saiz yang betul.
Jenama Karrimor. Boleh pengsan tengok harga winter jacket nie. Kalau diberi peluang beli sendiri dengan nilai yang sama, tak sampai hati kot nak beli jaket harga sebegini. Nasib baik Shaklee yang hadiahkan, merasa juga lah pakai jaket Karrimor yang ohsem nie. Thank you, Shaklee! 😀
Luggage Limit Untuk Royal Jordanian Air
Untuk Umrah kali ini, kami akan naik Royal Jordanian Air. Berbeza dengan syarikat penerbangan lain, Royal Jordanian Air ini beri setiap penumpang check in 2 luggage dengan berat maksimum 23kg sahaja setiap satu. Hand luggage 7kg pun ada.
Jadi, setiap penumpang layak untuk check in muatan 46kg, dengan syarat berat maksima setiap bag ialah 23kg. Contohnya, kalau isi 1 bag 30kg dan, lagi 1 bag 16kg, walaupun jumlahnya sama 46kg, akan kena denda lah jawabnya. Bukan murah-murah, 100 USD juga lah.
Di sebabkan limit 23kg per bag ini lah, kali ini travel luggage yang kami terima kecil sedikit saiznya berbanding trip Italy tahun lepas. Shaklee tak mahu kami ter-over isi barang dalam satu-satu beg. Tapi, kecil-kecil cili padi tau. Jenama Barry Smith, uols.
Pada luggage yang kami terima, tiada price tag. Tapi, nampak kawan-kawan share, harganya lebih kurang sama je dengan winter jaket Karrimor. Ok, dua kali pengsan! Hehe… 😛
Nota Kembara Umrah Buat GenkiMomma Group
Entri ini ditulis untuk berkongsi kegembiraan mengikuti kembara Umrah Ziarah Jordan dengan trip insentif Shaklee, istimewa buat semua ahli di bawah GenkiMomma Group.
Kalau boleh, kami nak kongsikan detik demi detik, layanan eksklusif yang Shaklee berikan kepada incentive trip achievers. Layanan 5 bintang di setiap trip dalam negara, trip luar negara, mahupun trip Umrah Ziarah. Shaklee sangat menjaga kebajikan bisnes leaders nya.
Lebih seronok sebab boleh pilih untuk hantar ibu ayah join trip Umrah Shaklee juga tau. Yang penting, cukup conference points nya. Kiranya, kalau anda dah pernah tunaikan Umrah, apa kata hantar ibu ayah untuk rasai layanan 5 bintang pakej Umrah Ziarah dari Shaklee ini?
Semua ahli Shaklee, punyai peluang yang sama untuk mengikuti incentive trip ini. Sekali dah daftar sebagai ahli, berusahalah hingga jadi usahawan Shaklee yang berjaya. Jika dah biasa makan produk Shaklee, cepat-cepat daftar sebagai ahli Shaklee, dan terus mulakan langkah pertama berkongsi kebaikan produk Shaklee hari ini dengan kos RM80 sahaja.
Kejar impian sendiri, pedulikan cakap orang lain. Allah yang menilai usaha kita, dan Allah jugalah pemberi rezeki kita. Sepatah kata mentor, ‘ekonomi Allah tak pernah merosot’.
Kami doakan, agar semua pengedar aktif di bawah GenkiMomma Group berpeluang untuk menikmati trip Umrah Ziarah bersama Shaklee, atau mana-mana trip 5 bintang yang lain. Kali ini kami bawa doa anda bersama dulu. Suatu hari nanti giliran anda pasti akan tiba juga. Insya Allah, Ameen… 😉
Mentor Shaklee Anda,
Follow FB Arnie Samsudin untuk direct PM, serta dapatkan tips kesihatan terkini.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now” sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Attiey says
alhamdulillah..bestnya
GenkiMomma says
Alhamdulillah… 😀
MeqZa Abdul Rahman says
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan ke tanah suci nanti arnie
GenkiMomma says
Ameen, terima kasih kak Nord! 😉
Oja Samid says
Tumpang happy sama~~ ^_^ semoga Allah menerima ibadah umrah kalian semua ya, insyaALlah.
GenkiMomma says
Ameen, terima kasih Oja! 😉
RVMaster says
Selamat menunaikan umrah GenkiMomma & GenkiPapa. Semoga mendapat Umrah yang mabrur.
GenkiMomma says
Ameen, terima kasih RV Master… 😀