Biasa dengar orang cakap tentang sakit slipped disc?
Semua orang mungkin tahu yang slipped disc ini berkait dengan sakit pada tulang belakang.
Tapi, tak semua tahu apa itu sebenarnya sakit slip disc. Kebanyakkan orang ingat yang sakit slipped disc nie lebih kurang macam retak tulang atau patah tulang.
Akibat salah faham, ramai mencari rawatan alternatif yang tak bantu penyembuhan slipped disc pun.
Apa Itu Sakit Slipped Disc
Slipped disc merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang, yang beralih tempat membonjol ke belakang, lalu menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit.
Ia dikenali sebagai Prolapsed Intervebral Disc (PID), atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).
Disk pada tulang belakang terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Annulus Fibrosus dan Nucleus Pulposus. Fungsi disk ini pada tulang belakang ialah:
- menjadi pelapik di antara ruas tulang belakang (vertebral body).
- bertindak sebagai penyerap tekanan.
- membenarkan pergerakkan berlaku di antara tulang belakang.
Bulging disc berlaku apabila salah satu disk pada tulang belakang menjadi rosak, dan menekan saraf. Satu lagi keadaan ialah apabila Annylus Fibrosus terkoyak, menyebabkan Nucleus Pulposus menerobos keluar, lalu menekan struktur saraf. Keadaan ini dipanggil Herniated Disc.
Punca-punca Sakit Slipped Disc
Di antara punca-punca yang boleh menyebabkan terkena slipped disc ialah:
- Trauma. Contohnya, jatuh terduduk, atau kemalangan jalan raya.
- Mengangkat bebanan yang berat. Contohnya, pekerjaan yang perlukan mengangkat bebanan berat, atau dukung anak pada tempoh masa yang lama.
- Tak jaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
- Duduk terlalu lama. Contohnya, pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam kerana pemanduan jarak jauh.
- Sukan angkat berat.
Mengikut kajian, pekerja buruh kasar, individu yang selalu mengangkat bebanan berat, individu yang obes, serta perokok tegar, antara golongan yang mudah dapat masalah slipped disc.
Selain dari herniated disc, ada beberapa kemungkinan lain penyebab sakit belakang:
- Kanser tulang.
- Tulang rapuh (Osteoporosis).
- Kerosakan sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy).
- Disk rosak atau koyak (Discogenic back pain).
- Ketegangan otot lumbar (Lumbar muscle spasm).
- Perubahan pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan.
- Jangkitan kuman pada tulang belakang.
- Jangkitan pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection).
- Batu karang pada ginjal dan pundi hempedu.
Langkah Pencegahan Sakit Slipped Disc
Mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, ada beberapa langkah pencegahan yang boleh kita amalkan dalam aktiviti harian, untuk mengelakkan dari terjadinya sakit slipped disc:
(1) Semasa Baring
- Pilih tilam yang tegap, untuk sokong tulang belakang dengan baik.
- Posisi yang dicadangkan: mengiring dan melengkung tubuh ke hadapan, dengan bantal di antara dua lutut.
(2) Semasa Berjalan
- Pakai kasut bertumit rendah yang selesa.
(3) Semasa Duduk
- Gunakan kerusi bersandar, yang boleh sokong tulang belakang dengan baik.
- Gunakan bantal kecil, atau lumbar roll, untuk sokong bahagian belakang.
(4) Semasa Berdiri
- Bila berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir-gilir, di atas bangku kecil yang rendah.
(5) Semasa Mengangkat Barang
- Gunakan teknik angkat barang yang betul. Jika sedang berdiri, bengkokkan lutut dan duduk ala squat untuk ambil barang di atas lantai. Jangan bongkokkan pinggang. Rujuk gambar di atas tentang teknik angkat barang dari lantai yang betul. *Kredit: eHealthStar.com
Secara amnya, lakukan senaman dengan kerap, jaga berat badan, serta banyakkan pergerakan dan aktiviti yang mencergaskan tubuh badan.
Bila dah faham apa itu sakit slipped disc, maka kita tahu bahawa slipped disc ini bukannya boleh disembuhkan dengan sekadar makan suplemen ataupun urutan luaran.
Langkah pencegahan ini hanyalah salah satu usaha untuk kita elakkan daripada terkena sakit slipped disc. Namun, jika terasa sakit belakang, dan suspect terkena slipped disc, segeralah dapatkan rawatan dari yang pakar. Hanya doktor bertauliah yang boleh berikan rawatan yang perlu, mengikut simptom dan tahap kesakitan yang anda alami.
Arnie Samsudin
Sayangilah tulang belakang kita.
Mama Hakim says
Kasihan buat perkerja pekerja buruh yang mengangkat beban berat
Senang kena slip disk
GenkiMomma says
demi sesuap rezeki halal..
Imahtalks says
Betul tu slip disc bukannya boleh main urut-urut jer. Kalau tersalah urut Naya jer.
GenkiMomma says
Makin meraung jadinya..
Ira says
Sakit macam ni boleh datangkan kesan buruk juga pada akhirnya. Kalau time buat kerja selalu sangat terbongkok terus betulkan balik kedudukan. Risau betul.
GenkiMomma says
Usaha kecil untuk ergonomik, dengan impak besar..
Adil Musa says
Bapa aku dulu pun slip disc, kena fisiotheraphy banyak kali baru ok…
GenkiMomma says
Slipped disc dan fisio, berpisah tiada…
yana says
alahai… risau pulak baca ni.. kebetulan pulak ramai antara kawan-kawan yang kena slipped disc.. kita sekarang ni nak jaga sangat tak angkat2 berat ni pun x boleh.. dilema juga la kan..
GenkiMomma says
Mak2 yg asyik dukung anak dalam tempoh yg lama pun ada kebarangkalian terkena slipped disc juga..
Noriza Rahman says
Ada seorang kawan anak dia jatuh basikal saja. Tapi disangkanya biasa, rupa² lama² anak dia nak berjalan pun susah, senget. Bila check dah kena slipped disc.
GenkiMomma says
Bila melibatkan jatuh2 nie, memang risau betul..
Khairul Zamri says
Sangat bahaya ni slip disc amat seksa kalau kena jadi kenalah berwaspada daripada sekarang
GenkiMomma says
Let’s cegah sebelum parah…