Awal bulan Disember, selepas berpenat-lelah untuk Closing Bisnes Shaklee Bulan November 2013, kami berkumpul untuk lunch-gathering bersama beberapa orang leaders dari GenkiMomma team. Kali ini kami memilih restoran ikan bakar yang terkenal di Kuala Selangor, iaitu Aroma Ikan Bakar, Jeram.
Sempat juga kami mempromosikan Shaklee, dengan bergambar bersama bunting ini.
Makanan di sini memang terkenal enak, servis juga cepat, tempat makan yang menarik, boleh pilih pondok-pondok kecil untuk makan secara bersila, dan yang paling disukai oleh kanak-kanak semestinya kerana lokasinya yang terletak berhampiran pantai. Kebanyakan daripada anak-anak kami seronok bermain pasir tempoh hari, sehingga basah seluar dan kasut dipenuhi pasir dan air laut. Ibu-ibu ambil peluang untuk berbual mesra – release stress selepas Closing, maklumlah selalunya hanya di WhatsApp sahaja. Manakala kaum bapa juga tidask kurang hebatnya, sempat menambah ‘teh tarik session’ pula sebelum berangkat pulang.
Ketika sedang asyik memilih makanan laut yang segar di kaunter, terlihat seraut wajah yang comel melintas di belakang saya. Rasa macam kenal, tetapi khuatir nak tegur kerana takut salah orang, maklumlah belum pernah bertemu dengan insan ini secara live. Tatkala sedang enak menjamu makanan, tiba-tiba dia datang menyapa saya, dan tak silap lagi, sahih beliau memang salah seorang dari anak buah GenkiMomma Team, Puan Rolin!
Seronok kan bisnes Shaklee nie? Kita bukan sahaja fokus kepada bisnes dan marketing sahaja, namun, kita turut menambah kenalan melalui jaringan networking. Tidak kira apa latar belakang kami (dari yang berkelulusan SPM sehinggalah ke PHD), apa jua profesion kami (ada doktor, cikgu, pegawai bank, IT experts, jurutera dan suri rumah), dan di mana jua lokasi kami, itu semua bukanlah halangan untuk BERJAYA!
Kebanyakan yang menyertai bisnes Shaklee adalah golongan wanita bekerjaya yang bercita-cita ingin menjadi Ibu Bekerja Dari Rumah (Work At Home Mom), dan bukanlah sekadar suri rumah sepenuh masa. Sambil menjaga dan melihat anak-anak membesar di depan mata, dapat juga menjana pendapatan dari rumah bagi menaiktaraf ekonomi keluarga. Tidak dinafikan, ada juga yang sekadar mahukan pendapatan sampingan dan masih mahu bekerja sepenuh masa kerana ada tanggungjawab tersendiri. Apa jua matlamat hidup anda, itu adalah pilihan anda, dan Shaklee mempunyai Pelan Pemasaran yang sesuai dengan target bisnes anda.
Jom sertai team bisnes Shaklee kami yang hebat ini. Anda boleh hubungi mana-mana pengedar Shaklee di bawah jaringan kumpulan kami di “Pengedar Shaklee”.
Anda juga boleh terlebih dahulu membaca pelbagai info mengenai keahlian Shaklee di “Daftar Ahli”.
* DISCLAIMER:
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Pertanyaan?
Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!