Durian, raja segala buah-buahan, merupakan buah tempatan kegemaran kami suami isteri, terutama sekali Encik Suami. Beliau sanggup Jalan-Jalan Cari Durian (JJCD) ke mana sahaja tempat yang menawarkan buah durian yang sedap dan berkualiti.
Seingat saya, ada dua tempat makan durian sedap yang pernah kami cuba. Yang pertama, durian di Balik Pulau, Pulau Pinang, dan satu lagi durian di SS2 Petaling Jaya.
Makan Durian Sedap di SS2 Petaling Jaya
Semalam kami keluar JJCD bersama anak-anak ke SS2 Petaling Jaya. Saje menghabiskan hari terakhir cuti sekolah anak-anak dengan mengenali buah-buahan tempatan. Lagipun, Ramadhan 2015 bakal membuka lebaran lagi 3 hari. Jadinya, ala-ala JJCD sebelum Ramadhan laa nie. Hehe..
Sampai je di SS2, agak pelik kerana tempat buffet durian yang kami berdua pernah makan dahulu (berhampiran Balai Polis Sea Park) under construction. Di bahagian luarnya ada sebuah lori menjual durian. Lori durian nie dikerumuni ramai pelanggan. Ada yang makan durian berdiri di sekeliling lori. Ada juga yang makan durian di pintu kereta masing-masing.
Kami beli sebiji sahaja durian Musang King nie, dan join sekaki makan durian di pintu kereta sendiri aje. Senang nak jaga anak-anak. Harganya, 1kg = RM35.
Inilah hasilnya. “Kucing tidur”, nyummmsss… Sedap sangat, hingga menjilat jari!
Anak lelaki sulung beriya nak belajar kopek buah durian. Jadi, ayahnya ajarkan cara yang betul. Oklah, jadi pengalaman baru dia kopek durian sendiri buat kali pertama. Kuat juga dia cuba buka pangsa durian tue.
Abang berdua dan kakak tak minat makan durian sangat. Semuanya rasa sikit sahaja, dan letak kembali. Yang bersungguh nak makan durian ialah baby Dhira (11 bulan). Menjerit-jerit dia bila saya lambat suapkan durian ke mulutnya. Hello, durian Musang King, ok? 🙂
Makan Durian di Donald’s Durian SS2
Usai makan durian Musang King nie, kami dapat info dari pelanggan durian di situ bahawa, gerai durian yang sedang tutup nie dah pindah di tempat lain.
Dah alang-alang di SS2, kami cuba cari kedai tersebut. Rupa-rupanya Donald’s Durian, gerai buffet durian yang sama, yang kami pernah makan masa pertama kali makan durian di SS2 dulu.
Bezanya, dahulu gerainya di tepi jalan. Kali ini di dalam deretan bangunan kedai (gambar bawah).
Jika lori durian tadi offer 1 jenis durian sahaja, di Donald’s Durian nie ada macam-macam gred buah durian. Jadi banyak sikit pilihan. Mulanya terpilih durian yang tidak berapa masak. Alhamdulillah, boleh tukar dengan durian yang lebih baik. Good service! Kali nie kami ambil buah durian gred lain. Lupa pula, D13 ke D18? Harga pula, 1kg = RM20.
Yang ini pun makan puas hati. Isi durian nya lemak, lembut, dan biji pun kecil aje. Sedap sangat!
Durian Tinggi Anti-Oksidan
Ehh tahu tak, buah durian nie pun sumber anti-oksidan?
Jadi, sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit, sekaligus bantu badan melawan radikal bebas juga tau. Haaa, jangan pandang buah-buahan tempatan sebelah mata, ok.
Sama level aje durian dan strawberry nie, hehe… 😉
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
MNH says
gebu betul isi durian tu ye. nampak memang menyelerakan!!!
GenkiMomma says
memang sedap sangat! 😀
Noriza Rahman says
Kalau suami isteri ‘hantu’ doyan memang senang cerita la..boleh beli dan makan di mana saja…
GenkiMomma says
yang penting takmau letak bawa balik dlm bonet, baunya perghhhh… baik sumbat dalam perut siap2! 😛
Raihanah Ahmad says
nampak menyelerakan durian tu
GenkiMomma says
memanh ohsem! 😀
farzli says
sayangnya ittew tak makan durian.. uhukss
GenkiMomma says
rugi laaa awak… hihi