Sepanjang berada di Jepun, ketika mengikuti International Incentive Trip 2017, acara yang paling kami tunggu-tunggu ialah pertemuaan dengan saintis Jepun, pakar imunologi Dr. Yasuhiko Kojima.
Walaupun sebenarnya ada banyak aktiviti menarik di Jepun, tempat yang unik seperti Japan Alpine Route, tempat bersejarah seperti Shirakawa Go, serta tempat popular dengan kos yang mahal seperti main di Taman Tema Disneyland dan makan ketam mahal Taraba Gani.
Namun, tetap tak dapat lawan rasa excited nak bertentang empat mata dengan Dr. Kojima ini.
Makan Malam Dengan Dr. Kojima di Imperial Hotel Tokyo
Kami tiba di bandar Tokyo pada hari keempat di negara matahari terbit itu. Bas terus hantar kami ke Imperial Hotel Tokyo, kerana kami perlu terus bersiap-siap untuk makan malam eksklusif bersama Dr. Kojima di sebelah malamnya.
Selepas daftar kehadiran di meja pendaftaran, setiap peserta diberikan beg yang berisi satu kotak Nutriferon, dan paling istimewa satu poskad yang di tandatangan sendiri oleh Dr. Kojima.
Nampak tak tulisan jepun dengan warma hitam di bahagian kanan poskad? Itulah tandantangan Dr. Kojima.
Lepas ambil tempat duduk masing-masing, staf Shaklee panggil group by group untuk ambil gambar berdua dengan dr. Kojima di bilik khas. Gambar kami di ambil oleh jurugambar professional khas yang dibawa dari Malaysia. Duduk sebelah menyebelah dengan saintis hebat, ok. Priceless!
Habis sessi bergambar, barulah Dr. Kojima di arak masuk ke dining hall, diiringi oleh Presiden Shaklee Jepun. Kebetulan beliau lalu di sebelah meja kami, sempat lagi masing-masing selfie berlatar belakangkan Dr. Kojima. Semangat beliau dan presiden Shaklee Jepun, siap pakai baju batik.
Lagi best, meja makan beliau betul-betul sebelah meja kami. Jadi, bila ada peluang terluang, cepat-cepat kami grab beliau, dan ajak gambar bersama.
Nampak tak betapa excited nya semua orang, nak jumpa Dr. Kojima… 😀
Kenapa Semua Excited Sangat Jumpa Dr. Kojima?
Eh mahu tak excited. Dr. Kojima lah individu yang mencipta suplemen immune booster Shaklee yang dikenali sebagai NutriFeron tue.
Selain daripada persembahan tarian tradisional Jepun yang menarik, semua pengedar teruja dengan sessi forum khas bersama Dr. Kojima. Di forum inilah beliau bercerita tentang bagaimana beliau mula terjebak mencipta NutriFeron.
Asalnya, Dr. Kojima dan team penyelidik dari Tokyo Universiti nak cari vaksin untuk penyakit small pox. Pencarian itu menemukan beliau dengan Interferon pada tahun 1954. Beliaulah orang pertama yang menjumpai kewujudan Interferon sebenarnya. Fakta sebenar yang tak ramai orang tahu.
Setelah menemui kewujudan Interferon, beliau mencari bahan yang boleh bantu kuatkan sistem imun badan, dengan menggalakkan penghasilan Interferon selama semulajadi di dalam badan. Sebolehnya nak cari dari sumber tumbuhan, bukan sumber berdarah.
Akhirnya, setelah 40 tahun membuat kajian, maka terciptalah Nutriferon yang dihasilkan dari herba dan tumbuhan sahaja. Di antara bahan utama Nutriferon ialah biji labu, benih Plantago, bunga Safflower dan bunga Honeysuckle.
Masih Sihat Bertenaga di Usia 92 Tahun
Dr. Kojima kini berusia 92 tahun. Masih sihat dan boleh lagi berjalan sendiri, dengan bantuan tongkat. Pesan beliau, untuk mendapatkan penuaan sihat, amalkanlah makanan seimbang dan bersenam, di samping pengambilan suplemen Shaklee.
Makan suplemen, bukan tiket untuk kita makan merapu dan abaikan penjagaan kesihatan.
Saya tak idamkan punyai umur sampai 92 tahun seperti Dr. Kojima. Tak pernah terfikir. Cuma harapan saya, dapat meniti usia emas dengan sihat, ceria dan bertenaga, serta masih mampu solat dan beribadat dengan kudrat sendiri, tanpa susahkan orang keliling. Aamin, Ya Rabb.
3 Lubuk Rahsia Beli Barang Branded Murah di Jepun
Mama Hakim says
Wah syoknya jalan jalan sampai jepun ya
Rezeki Allah nak bagi
Mama dapat jalan di Malaysia pun dah kira untung
GenkiMomma says
Alhamdulillah… 😀