Keracunan Arsenik Kerana Makan Vitamin C Bersama Udang | Sebelum ini pernah tersebar di internet tentang kes keracunan arsenik yang menyebabkan kematian. Dikatakan bahawa pengambilan vitamin C telah menukarkan kompaun arsenik di dalam makanan laut kepada kompaun arsenik yang berbahaya, sehingga mengakibatkan pendarahan di mulut, hidung dan telinga.
Benarkah Makan Vitamin C Bersama Udang Punca Keracunan Arsenik?
Tapi, betul ke makan vitamin C bersama dengan udang akan menyebabkan keracunan arsenik?
Jom kita baca ketahui lanjut fakta mengenai arsenik…
(1) Arsenik merupakan 1 unsur yang banyak ditemui pada tanah, haiwan dan juga manusia. Dalam makanan juga ada arsenik. Namun, makanan laut mencatatkan unsur arsenik yang lebih tinggi, berbanding jenis makanan lain.
(2) Unsur arsenik dalam makanan merupakan unsur arsenik organik. Pengambilan makanan yang berunsur arsenik yang organik adalah tidak berbahaya.
- Arsenik organik (organic arsenic) bukanlah bermaksud ianya terhasil daripada sumber semula jadi. Tetapi, ianya disebabkan atom arsenik itu mempunyai ikatan secara kovalen kepada atom karbon. Jadi, ia dipanggil arsenik organik, dan kompaun ini wujud pada kadar yang sedikit dalam makanan. Ia selamat untuk dimakan.
- Arsenik tidak organik (inorganic arsenic) pula ialah arsenik yang wujud dalam keadaan metallic form, ataupun yang mempunyai ikatan ionik dengan kompaun lain. Arsenik tidak organik yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan
(3) Ada 1 kajian menyatakan kompaun arsenik organik boleh bertukar menjadi bahan yang berbahaya apabila dimakan dengan vitamin C. Tetapi, kajian itu menggunakan jumlah kompaun arsenik yang sangat tinggi, dan tak boleh disamakan dengan kandungan arsenik di dalam makanan.
(4) Keracunan arsenik tidak menyebabkan simptom seperti pendarahan di mulut, hidung dan telinga. Sebaliknya, simptom jika terkena keracunan arsenik lebih kepada menyebabkan muntah, cirit birit, tekanan darah rendah, dehidrasi dan juga renjatan (shock).
Bahayakah Makan Udang Bersama Vitamin C?
Bahasa mudahnya, sepinggan udang atau makanan laut, tidak bersamaan langsung dengan nilai arsenik yang boleh menyebabkan kematian akibat keracunan arsenik. Malah, ada kajian lain yang menunjukkan vitamin C boleh melindungi kita daripada keracunan arsenik bila diberi bersama.
Di antara khasiat dan kebaikan Vitamin C:
- Melawan jangkitan.
- Memperbaiki tisu penyambung yang rosak kulit, tulang, ligamen, tendon).
- Penghasilan kolagen untuk kulit.
- Melindungi pembuluh darah, melancarkan pengaliran darah.
- Mengeluarkan bahan kimia berbahaya dari dalam badan kita.
- Meningkatkan penyerapan zat besi (bagus untuk ibu hamil low Hb).
Kesimpulannya, tak timbul masalah keracunan arsenik jika kita nak makan vitamin C dan udang, atau apa jua makanan laut. Jadi, sila lah makan udang, walaupun anda sedang mengamalkan suplemen Vitamin C sekarang. Tiada masalah. Tapi, makan bersederhana lah tau.
Yang jadi masalah ialah, bila kita sebarkan perkara yang salah… 😀
*Sumber asal: RootOfMedicine
Sustained Release Vitamin C 500mg Terbaik
Jika anda nak cuba Vitamin C yang selamat dan dari sumber semulajadi, cubalah Sustained Release Vitamin-C 500mg dari Shaklee. Kelebihan Vitamin C ini ialah pada teknologi ‘sustained release’ nya, iaitu 100 mg Vitamin C di lepaskan secara berperingkat ke dalam badan setiap jam, selama 5 jam.
Oklah, jika anda berminat nak dapatkan Vitamin C sekarang, anda boleh terus buat belian Vitamin C secara Online di sini (klik). Harga sebotol Shaklee Vitamin C ialah RM98.05 sahaja, tak termasuk kos penghantaran. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit sahaja. OmegaGuard akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee (M). Jangan risau, 100% secured!
Berita baik. Anda boleh terus beli Vitamin C dengan harga lebih jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee, dan terus nikmati diskaun sehingga 20% untuk belian semua produk Shaklee.
WhatsApp kami di 017-3030081 / 012-2180781 untuk daftar ahli + belian Vitamin C.
Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian Vitamin C & produk Shaklee dari kami, GenkiMomma.My sahaja.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
apdm says
ramai yang share artikel mengenai udang dan keracunan arsenik ni. padahal ianya cuma hoax kan.
GenkiMomma says
Betul tue, hoax sahaja.. kandungan sepinggan seafood tak menyamai nilai arsenik yg boleh menyebabkan keracunan arsenik..
Datin Sweet says
Oh tak betul lah rupanya..
dulu ramai kata makan durian dgn tembikai bahaya.. betul ke…
GenkiMomma says
Konsepnya, nak makan apa pun kena lah berpada-pada, kannn..
Noriza Rahman says
Memang suka sangat la sebarkan mitos dari fakta kan, sampaikan orang percaya tanpa mengkajinya dulu
GenkiMomma says
Bagus juga bila ada yang buat mitos tanpa fakta sebegini, kita pun jadi cakna nutrisi sebab nak tahu fact or faked, kannn.. 😀