Anak ke-4 kami, Dhira, mempunyai Eczema sejak lahir. Masih ingat lagi selepas beberapa jam dilahirkan, dan dia berada di dalam dakapan, saya nampak ada biji-biji ruam di pipi kanan dan di tengah-tengah kepalanya. Pelik, sebab bayi sebelum ini semua dilahirkan berkulit licin.
Mulanya ingatkan toxicum, sebab diberitahu oleh nurse begitu. Namun, bila dah sebulan masih tiada tanda-tanda berkurangan, malah biji-biji halus makin merebak di kedua-dua belah pipi. Bila bawa untuk check up sebulan, Paed sahkan anak kami Eczema.
Makanan Ibu Menyusu Anak Eczema
Semakin hari radang Eczema Dhira semakin teruk. Paling banyak di kedua-dua belah pipi, lengan kiri dan kepala lutut kiri. Ada hari-hari tertentu radang Eczema akan timbul di tempat lain, tapi controllable. Tiga area nie yang paling kronik.
Saya perasan radang Eczema nya makin bertambah selepas habis pantang. Nampak sangat ada sesuatu dalam makanan yang trigger kepada Eczema nya, tapi tak tahu apa. Yelah, masa masih dalam pantang elok je macam biji-biji ruam kecil. Habis je pantang dah mula meradang teruk, merah berdarah dan berair.
Saya faham, ramai ibu-ibu yang ada anak ekzema juga mengalami masalah yang sama, kan? Jadi, dalam entri ini saya ingin kongsikan apa yang saya amalkan dalam proses penyembuhan ekzema ini.
Food Journal Ibu Menyusu Anak Eczema
Sebagai ibu menyusu anak Eczema, saya tak mahu eliminate semua makanan. Biasanya sayur-sayuran dan buah-buahan tiada masalah. Protein kena hati-hati. Tapi, tak boleh lah tak ambil protein langsung kan, dah laa menyusu. Jadi, saya cuba kawal makan dan buat eczema food journal, untuk kenal pasti makanan apakah yang menjadi punca radang Eczema nya.
Ini contoh eczema food journal… Ianya perlukan kesabaran yang tinggi, serius! 😀
Pernah sekali makan kek coklat yang sangat sedap. Beli 1 wholecake, dekat seminggu jugalah baru habis. 2-3 hari kemudian timbul macam ring worm di betis kaki Dhira. Sampai ada yang tegur, “ehh macam bentuk bunga lah Eczema dia“.
Apabila Dhira cukup 6 bulan, kami buat Allergy Test di DEMC Shah Alam. Hasil dari allergy test tue, Dhira alah dengan produk tenusu. Walaupun Dhira sendiri belum makan apa-apa makanan pejal, sebagai ibu menyusu anak Eczema, sayalah yang turut kena pantang semua dairy products.
Tak boleh minum susu, makan coklat, keju, kek, yogurt, dan segala air bersusu termasuklah teh tarik. Hatta susu kambing pun tak boleh.
Ok, no wonder lah betis Dhira naik macam ring worm lepas ibunya makan kek coklat yang sedap tue.
Pantang Larang Makanan Ibu Menyusu Anak Eczema
Secara amnya, semua ibu menyusu anak Eczema wajib elakkan tepung putih dan gula putih, kerana kedua-duanya ini makanan favourite Candida.
Ini termasuklah makanan berproses, makanan segera dan makanan ringan yang tiada nilai nutrisi pun, hanya menggembirakan Candida dan menggemukkan badan kita sahaja.
Ini penerangan bagaimana kita menyumbang kepada kitaran hidup Candida:
Antibiotik membunuh kesemua bakteria baik dan jahat di dalam badan. Sekiranya dalam keadaan tertentu yang memerlukan ibu menyusu anak Eczema makan antibiotik, ibu perlu makan suplemen Probiotik segera untuk menambah semula bakteria baik di dalam badan.
Suplemen Ibu Menyusu Anak Eczema
Dah perlu berpantang banyak jenis makanan, saya akui badan tak cukup nutrisi, dan perlu top up keperluan nutrisi harian melalui suplemen, sebab memang tak makan ikut piramid makanan. Masak pun ikut sempat je sebab tak boleh tinggal baby lama-lama, risau dia menangis dan garu Eczema nya sampai berdarah (selalu berlaku). Nak pergi toilet pun tak sempat!
Ambil suplemen bukan sebab untuk milk booster pun. Selain untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian, sesetengah suplemen ini sangat digalakkan untuk ibu menyusu anak Eczema, ataupun pesakit Eczema itu sendiri. Tujuannya untuk menguatkan sistem imun badan, melemahkan Candida (elak Candida overgrowth) dan mengelakkan sindrom usus bocor (leaky gut).
Senarai suplemen di bawah ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang lain. Tapi, untuk entri ini saya hanya high-lite kan khasiat yang berkait dengan masalah Eczema sahaja.
Sebagai seorang ibu menyusu anak Eczema, suplemen yang saya ambil ialah:
- OmegaGuard. Khasiat fish oil dan Asid Lemak Omega-3. Membantu menguatkan sistem imun, mengurangkan keradangan (anti-inflammation), membantu masalah kulit seperti Eczema, Psoriasis dan ruam, serta melancarkan peredaran darah.
- Garlic Complex. Khasiat bawang putih. Sumber antibiotik, antivirus dan antihistamine semulajadi. Membantu menguatkan sistem imun dan mencegah pembiakan Candida.
- SR Vitamin C. Untuk sumber Vitamin C. Sumber antihistamine semulajadi, dan membantu menguatkan antibodi.
- B-Complex. Untuk penenang saraf. Sangat penting untuk jaga emosi anak Eczema, dan kita sebagai penjaga pun tak boleh stress. Jadi penting sangat B-Complex nie sebagai stress-relief.
- NutriFeron. Menggalakkan penghasilan Interferon semulajadi di dalam badan, yang membantu mengekang reproduksi virus, dan menguatkan sistem imun badan. Dalam NutriFeron ada biji labu (pumpkin seed) yang membantu melawan Candida.
- Al Manna. Sumber prebiotik, makanan kepada bakteria baik Probiotik di usus. Meningkatkan tindak balas sistem imun tubuh, membantu penyerapan mineral seperti Zinc, Sodium dan Kalsium, serta mengelakkan keradangan usus.
Ada beberapa suplemen Prebiotik yang disarankan buat ibu menyusu anak Eczema seperti Kefir, Lacto-5 (mengandungi 5 strain bakteria) dan Lacto-GG (mengandungi 20 billion CFU strain bakteria jenis Lactobacillus Rhamnosus), tetapi saya tidak ambil.
Adakala, suplemen di atas ini saya ambil extra dose terutama apabila Eczema meradang teruk, dan ketika fenomena fullmoon setiap bulan (hari ke-13, 14 dan 15 dalam bulan Islam). Sepanjang fenomena bulan penuh ini biasanya candida dan parasit sangat aktif dan membiak dengan gembira di dalam badan. Perhatikan anak Eczema anda, biasanya mereka akan menggaru lebih pada waktu ini.
Ok, mudah je kan diet ibu menyusu anak Eczema? Hanya amalkan pemakanan yang berkhasiat, elakkan makanan pencetus Eczema anak, serta kurangkan pengambilan makanan yang disukai oleh parasit (bakteria jahat). Fokus utama, kuatkan imun badan, serta tingkatkan kesihatan usus untuk mengelakkan sindrom usus bocor.
Eczema tidak boleh sembuh sepenuhnya. Ia bukan sekadar penyakit kulit biasa, tetapi sebenarnya penyakit berkaitan imun, yang sekiranya tidak dibendung akhirnya timbul meradang pada kulit. Namun, bila kita jaga pemakanan iaitu penjagaan dari dalam dan disertai dengan penjagaan Eczema yang betul, Insya Allah boleh mengawal dan mengelakkan keradangan Eczema.
Paling utama, teruskan penyusuan susu ibu selama yang mungkin, sekurang-kurangnya 2 tahun. Kuatkan semangat demi kesihatan anak Eczema kita, ya. Susu ibu terbaik! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Paling penting tahu cara mengawal pemakanan ibu kan, banyak kena pantang tu arnie….hihi
GenkiMomma says
Bertabahlah wahai ibu2 yg ada anak Eczema, ekeke… 😛
Nurul Fatihah says
Masa sy baca ni sy rasa mcm dah nak menangis. Sebab Allah uji sy. Radang anak sy makin teruk. Sedangkan tiap hari sy mkn omega sampai 9 biji. Tp sy juga ada makan alfalfa. Mungkin sbb panas tu, radang makin teruk. Now sy makin faham, lebih jelas tentang eczema walaupun anak sy belum confirm pun lagi eczema 😂. Tp dari tanda2 amat merisaukan sy. Nak kena borong nutriferon ni😅.