Sempena promosi Kolagen Shaklee pada bulan Oktober 2013 ini, saya turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba Shaklee Collagen Powder ini, menambahkan lagi senarai suplemen harian yang saya ambil dengan penuh konsisten. Awalnya, tujuan pengambilan kolagen adalah untuk merasai kelebihan kolagen terutama untuk kesihatan kulit. Namun, tidak disangka, pengambilan kolagen ini mampu menyelesaikan “masalah cap ibu jari rosak” yang telah lama saya hadapi.
Apakah Masalah Cap Ibu Jari Rosak Itu?
Saya memang menghadapi masalah dengan tapak tangan dan tapak kaki sedari kecil, samada ianya terlalu kering, atau terlalu basah. Losyen memang menjadi teman setia sejak kecil lagi. Tangan terlalu kering sampai rasa tak selesa, kasar dan adakala pecah-pecah kalau tak pakai losyen. Bila berpeluh pula, tangan akan jadi terlalu basah sehingga perlu lapik tangan dengan kertas atau sapu tangan waktu sekolah dulu, kalau tak kertas buku akan menjadi basah dan terkoyak. Adakala tangan boleh diperah-perah dan air peluh mengalir bagaikan titisan air paip.
Sebab dah terbiasa dari kecil, pada saya ini bukanlah masalah besar, sehinggalah kerajaan mula memperkenalkan MyKad dan electronic thumbprint scanner untuk urusan rasmi. Serious BIG PROBLEM!
Kedua cap ibu jari (thumbprint) saya selalu gagal untuk semua urusan perbankan, urusan rasmi kerajaan (buat passport, pengeluaran EPF) dan sebagainya. Kebanyakan pegawai bertugas akan suruh saya tukar MyKad, dan saya pun malas nak cerita yang sebenarnya tangan saya yang bermasalah. Malah, saya pernah juga ditertawakan oleh beberapa pegawai bertugas kerana tidak berjaya melepasi ujian thumbprint MyKad tue. Namun, selepas tukar MyKad pun masih gagal ujian cap ibu jari, bermakna bukan MyKad yang tidak boleh dibaca, tetapi tangan saya yang ‘rosak’!
Tahun lepas, MyKad saya hilang, maka perlu buat yang baru di JPN Sepang. Selepas beberapa kali cuba dengan kedua belah jari pun masih gagal untuk dibaca, kalau tidak silap kepadanan cap ibu jari kurang dari 20%. Bagaimana nak buat MyKad nie? Pakai losyen tak jalan, tangan makin berpeluh, dan makin tak boleh baca. Suami belikan sebungkus Teh Ais, sebenarnya nak sejukkan tangan guna ais tue, tapi kalau nak mintak ais je segan pulak. Lepas dalam 2 minit sejukkan ibu jari dgn ais, cuba semula, Alhamdulillah lepas. Namun, mimpi ngeri tak berakhir di situ je, bila nak ambil MyKad yang dah siap pun masalah juga. Kedua belah cap ibu jari gagal. Akhirnya, suami yang kena wakilkan ambil sebab cap jari dia lepas. Kiranya, MyKad tue dikutip oleh wakil, walaupun saya ada di situ!
Sejak peristiwa itu, saya sebolehnya mengelakkan apa jua urusan yang perlukan cap ibu jari. sehinggalah minggu lepas, nak taknak perlu juga ke bank atas urusan bisnes.
Rabu lepas, perlu ambil sesuatu dari bank. Sebelum masuk bank dah berlawak dengan suami, “confirm banyak kali try pun tak lepas nie. Risau laa, kalau tak lepas bagaimana?”. Amazingly, berjaya melalui ujian electronic thumbprint scanner tue pada cubaan pertama menggunakan ibu jari kanan. Speechless! Esoknya ke Bank lagi (bank berlainan) atas urusan lain, 2 kali gagal guna tangan kanan, dah cuak, tapi berjaya pada cubaan pertama menggunakan ibu jari kiri. Syukur!
Bila fikir semula, apa yang saya ambil sehingga ada improvement pada ibu jari?
Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda. Hanya 1 sachet kolagen, untuk kebaikan ke seluruh badan!
Jom cuba Collagen Powder hari ini, dan rasai sendiri effect nya! 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.