Meal Shakes Untuk Warga Emas Tiada Selera Makan | Ini kisah benar seorang sahabat yang menjaga ibu mertuanya yang sudah berusia 70-an. Menjaga ibu ayah di usia warga emas begini bagaikan menjaga bayi kecil. Mereka amat sensitif, dan memerlukan lebih perhatian.
Ibu mertuanya mempunyai sedikit masalah jantung, tak boleh minum air terlalu banyak sehari (ada limitation kerana jantung lemah), juga ada gout yang menyerang sekali sekala. Selain itu, kesihatan si ibu agak baik, kecuali sakit tua.
Cuma satu yang merisaukan sahabat ini suami isteri, ibu mereka tiada selera makan.
Warga Emas Tiada Selera Makan
Apabila ditanya “mak nak makan apa?”, ibunya akan sebutlah nama beberapa makanan. Namun, apabila dihidangkan, makan sesuap sahaja dah berhenti. Nak taknak, sahabat ini paksa jugalah ibunya makan 2-3 sudu lagi kerana risau perut ibu lapar.
Adakala ibunya sendiri yang mengajak mereka makan di luar kerana teringinkan makanan tertentu. Apabila makanan sampai, pun sama juga, jamah sesudu dua dah berhenti. Kalau makan sampai 5 sudu tue dah macam bonus. Kalau habis sepinggan, rasa nak melompat sahabat ini.
Bila tak makan, atau memilih makan, si ibu akan mengadu perutnya pedih. Perut masuk angin, adakala jadi gastrik. Kasihan si ibu. Kurus sangat!
Meal Shakes Untuk Warga Emas Tiada Selera Makan
Untuk membantu ibunya mendapatkan nutrisi harian yang cukup, sahabat ini memberikan secawan Meal Shakes 2 kali sehari. Secawan pagi selepas bangun tidur, secawan lagi malam sebelum bangun tidur. Sekurang-kurangnya, dapatlah membantu memenuhi lompong-lompong nutrisi yang pastinya tak dapat ditampung melalui 2-3 sudu suap makanan sahaja.
Alhamdulillah, selepas konsisten diberikan Meal Shakes, ibunya nampak lebih ceria dan bertenaga, walaupun masih belum ada selera makan. Penghadaman juga lawas. Serat di dalam Meal Shakes membantu melawaskan penghadaman, dan mengelakkan sembelit.
Pengambilan Meal Shakes juga tak beri kesan kepada masalah gout nya, in case anda tertanya-tanya samada Meal Shakes penyebab radang gout makin teruk? Tidak sama sekali.
NutriFeron Untuk Bantu Kuatkan Imuniti Warga Emas
Adakala si ibu demam. Almaklumlah, di usia emas begini, antibodi tak kuat mana. Aircond terlalu sejuk boleh jadi punca demam. Travel dalam jangkamasa yang lama sehingga badan sakit-sakit juga boleh menyebabkan demam. Tak cukup rehat, tak cukup tidur pun penyebab demam.
Jadi, sahabat ini akan berikan NutriFeron yang dicampurkan ke dalam bancuhan Meal Shakes. Mudah, sekali minum sahaja. Alhamdulillah, jika diberi NutriFeron pada malam hari, keesokan paginya panas badan si ibu berkurangan, dan demamnya pasti kebah. Dengan izin Allah jua.
Herbal Blend Cream Untuk Ruam Warga Emas Dengan Adult Diaper
Si ibu juga tidak boleh berdiri lama dan sukar nak berjalan sendiri kerana mudah penat. Perlukan bantuan kerusi roda untuk ke sana ke mari. Jadi, kebanyakan masa si ibu hanya berbaring sahaja. Ini menyebabkan beberapa bahagian badan terutama di pelipat naik ruam peluh, dan menjadi gatal.
Untuk mengatasi ruam peluh si ibu, sahabat ini menyapu Herbal Blend Cream di kawasan ruam tersebut. Alhamdulillah, rasa gatal berkurangan, dan dalam masa 2 hari ruam terus hilang.
Jika ayah ibu anda tidak mampu bergerak sendiri, dan sudah mula pakai adult diaper, wajibkan simpan stok Herbal Blend Cream di rumah. Percayalah, sangat membantu mengurangkan rasa gatal dan keradangan di bahagian yang tidak mendapat pengudaraan yang baik, terutama pelipat.
Seronok kan baca perkongsian sahabat ini? 😀
Selama ini kita selalu dengar Meal Shakes untuk kanak-kanak sahaja. Hakikatnya, kedua-dua Meal Shakes dan Herbal Blend Cream ini juga sesuai digunakan untuk warga emas, tau.
Jadi, jika anda juga sedang menjaga warga emas tiada selera makan, dan sedang uzur di rumah terutama kerana sakit tua, pastikan anda ada 1 tin Meal Shakes di rumah sebagai makanan tambahan buat ibu ayah tersayang.
Semoga kita dapat menjaga dan menyantuni ibu ayah kita dengan sepenuh kasih sayang di usia emasnya, sebagaimana mereka menatang kita bagai minyak yang penuh sewaktu kecil dahulu.
Insya Allah… 😀 10 Amalan Ibu Bapa Untuk Membesarkan Anak Yang Soleh
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee segera di “Join Now“.
Yana says
seronoknya baca cerita ni… alhamdulillah.. alhamdulillah…
GenkiMomma says
Haa inilah testimoni sahabat yg saya cakap kat korang tue, yana.. Alhamdulillah, Shaklee sebagai ikhtiar untuk ibu sihat ceria.. 😀
Noriza Rahman says
Semoga Allah berikam kesihatan yag baik buat ibu sahabat ni ya 🙂
GenkiMomma says
Mudah-mudahan, Amiinnn… 🙂