Mee Bandung Sedap di Shah Alam | Sebagai peminat tegar Mee Bandung sedap Muar, dan dah biasa makan mee bandung sedap asli dan original di Muar, kami suami isteri agak cerewet apabila memilih makan mee bandung sedap di tempat selain daripada Bandar Maharani. Sudah beberapa kali terkena “mee sos”, akhirnya kami lebih rela pilih menu lain jika kami tak yakin peniaga tersebut boleh hidangkan mee bandung sedap yang sebenar.
Mengapa “mee sos”? Ini kerana kebanyakan daripada peniaga menggunakan campuran sos semata untuk membuat kuah mee bandung mereka. Jadi, kuah mee bandung tersebut bukan sahaja kurang enak, tidak mencapai expectation, malah langsung tak menyamai rasa kuah mee bandung sebenar walau sedikit! 😀
Mee Bandung Sedap di Shah Alam
Kali pertama makan Mee Bandung sedap di Muar pada tahun 2004. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, terletak di Jalan Abdullah, atau lebih terkenal di kalangan warga Muar sebagai Jalan No.2. Namun, kedudukan kedainya di jalan raya yang agak sibuk menyebabkan sedikit susah untuk parking kereta. Jadi, kini kami sekeluarga lebih suka terus ke cawangannya di Medan Selera Tanjung Emas, Muar. Boleh terus makan pelbagai Asam Pedas Muar yang enak sekali.
Sebelum pulang mesti nak beli beberapa paket kuah mee bandung sedap segera, sebagai bekalan untuk masak sendiri di rumah apabila tiba-tiba teringin nak makan mee bandung sedap. Maklumlah, memang payah nak jumpa tempat makan mee bandung sedap selain di Muar.
Namun, kini kami dah ada tempat makan Mee Bandung sedap yang baru iaitu Restoran Bisik-Bisik, di Seksyen 7 Shah Alam. Restoran ini terletak bersebelahan dengan UNISEL.
Kali pertama makan Mee Bandung di Restoran Bisik-Bisik, terus teringat rasa original mee bandung sedap di Muar. Serius sedap, serius jatuh cinta! Harga berpatutan, ada pelbagai pilihan Mee Bandung serta makanan popular negeri Johor yang lain. Antara yang kami pernah cuba ialah Spageti Bolognaise dan Roti Kacang Pool, pun sedap! “Luaskan Seleramu”, gitu.
Alhamdulillah, tak perlu susah payah travel jauh sampai ke Muar untuk merasai kelazatan Mee Bandung sedap asli Muar. Namun, kalau anda betul-betul nak rasai sendiri keenakan pelbagai makanan popular lain di Muar, wajib lah rancang perjalanan Jalan-Jalan Cari Makan ke Muar.
Maklumlah, mana nak jumpa makan satay sebagai sarapan pagi, kan? Hanya di Muar… 😛
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp/ Telegram: 017-303 0081 atau 012-218 0781.
E-mail: genkimomma@gmail.com
Noriza Rahman says
Terliur dah ni…aduh
GenkiMomma says
Sedappp, macam makan Mee Bandung original kat Muar..