Memahami Punca Eczema Kanak-Kanak | Biasanya, kanak-kanak dengan sejarah keluarga yang ada Eczema dan Athma akan lebih cenderung untuk mewarisi Eczema. Jika anda ada anak Eczema, kebarangkalian 25% untuk anak seterusnya juga mendapat Eczema. Jika anda suami isteri ada Eczema, kebarangkalian untuk anak anda mewarisi Eczema juga sangat tinggi.
Ini anak kami, baby Dhira. Dhira ada Eczema sejak lahir. Dhira satu-satunya anak kami yang ada Eczema. Abang dan kakaknya mempunyai kulit yang licin dan cantik. Saya juga mempunyai Eczema ketika kecil, gatal-gatal berair di kedua belah kaki, yang hilang sepenuhnya sebelum saya menginjak ke sekolah menengah. Ayah Dhira tiada Eczema, tetapi datuk Dhira mempunyai Athma.
Melihat kepada sejarah kesihatan ibu dan ayah Dhira, no wonder lah Dhira boleh mendapat Eczema, bukan? Walaubagaimanapun, Eczema juga boleh menyerang kanak-kanak yang keluarganya tiada langsung sejarah Eczema, mahupun Athma.
Memahami Punca Eczema Kanak-Kanak
Alahan Sekeliling Punca Eczema Kanak-Kanak
Alahan sering dikaitkan sebagai punca Eczema. Meskipun alahan bukanlah punca Eczema nombor 1, kebanyakan kanak-kanak Eczema biasanya mempunyai kulit sensitif terhadap bahan alergen biasa seperti hama, habuk, bulu kucing, debunga, lipas dan lain-lain.
Cuaca juga memainkan peranan penting. Cuaca terlalu panas akan menyebabkan anak Eczema berpeluh, menjadikan radang Eczema nya gatal, dan dia akan menggaru kerana tidak selesa. Suhu terlalu sejuk seperti dalam bilik berhawa dingin akan menyebabkan kulit anak Eczema menjadi terlalu kering, seterusnya membei rasa gatal juga. Automatik anak Eczema akan menggaru sehingga kulitnya berdarah.
Cuaca berjerebu paling teruk. Kulit anak Eczema akan menjadi kering kegatalan apabila terdedah kepada udara yang tidak bersih ini walaupun seketika. Baby Dhira juga terkesan dengan cuaca jerebu ketika ini. Dia mula menggaru tidak selesa apabila tidur malam. Malah, ada anak Eczema sahabat kami yang keradangan di pipinya tiba-tiba sahaja menjadi luar biasa teruk ketika jerebu ini.
Alahan Makanan Punca Eczema Kanak-Kanak
Alahan makanan sering diperkatakan sebagai penyebab punca Eczema. Ada banyak bahan makanan yang dipercayai akan menggalakkan keradangan Eczema. Di antara makanan terkenal sebagai punca Eczema ialah produk tenusu, soya, kekacang, telur dan makanan laut.
Namun, ingatlah Eczema setiap kanak-kanak adalah berbeza dan unik. Apa yang baik buat anak Eczema orang lain, tak semestinya menjadi pengubat kepada anak Eczema kita juga. Jadi, jangan mudah terikut kata-kata orang sekeliling, “makan itu tak boleh, makan ini lebih bagus”. Setiap kanak-kanak memberi tindak balas berbeza kepada makanan.
Sebagai ibu bapa, anda perlu mengenal pasti, apakah makanan yang menjadi punca Eczema anak anda makin teruk. Anda boleh memilih untuk membuat Allergy Test, ataupun Elimination Diet.
Elimination Diet
Jika anda ingin cuba mencuba Elimination Diet, anda perlu sediakan buku jurnal Eczema khas untuk merekodkan jenis-jenis makanan dan tindakbalas anak Eczema anda terhadap makanan tersebut.
Cara-cara untuk buat Elimination Diet ialah:
(1) Sediakan buku jurnal khas Eczema.
(2) Mulakan dengan makanan yang anda rasa paling tinggi kebarangkaliannya sebagai punca Eczema anak anda. Hentikan pemberian makanan tersebut kepada anak anda selama 2 ke 3 minggu.
(3) Perhati, dan rekodkan tindakbalas anak anda di dalam buku jurnal Eczema anda. Ingat, apa jua perubahan positif atau negatif disebabkan oleh makanan yang dihentikan dari diet harian anak anda tadi mungkin hanya akan muncul selepas 1 minggu.
(4) Jika anda lihat kondisi Eczema anak anda bertambah baik selepas penghapusan makanan tadi, dan Eczema nya datang semula apabila anda memperkenalkan semula makanan tadi ke dalam diet hariannya, tahniah! Itu menunjukkan yang anda telah berjaya mengenal pasti apakah alahan makanan yang menjadi punca Eczema anak anda.
(5) Ulangi cara yang sama untuk kesemua makanan lain juga.
Kemudian, elakkanlah apa jua makanan yang diketahui menjadi punca Eczema anak kita melarat.
Kesilapan kebanyakan ibu bapa kini ialah, mereka terus menghentikan pemberian semua jenis makanan daripada pelbagai kumpulan makanan. Pantang hampir kesemua jenis makanan. Cara ini kurang tepat. Kita tidak tahu apakah alahan makanan yang menjadi punca Eczema anak kita.
Lebih teruk, kesilapan ini boleh menyebabkan masalah kekurangan nutrisi kepada anak Eczema, yang seterusnya melemahkan sistem imun anak, dan memburukkan lagi kondisi anak Eczema anda.
Penjagaan Eczema untuk baby Dhira
Untuk mengetahui punca Eczema baby Dhira, kami memilih untuk melakukan Allergy Test.
Kepentingan Buat Allargy Test untuk Anak Eczema
Melalui ujian tersebut, barulah kami tahu bahawa baby Dhira alah dengan produk tenusu. Walaupun Dhira menyusu badan sepenuhnya, dia masih boleh dapat efek produk tenusu itu melalui pemakanan saya, ibunya. Jadi, saya perlu pantang segala jenis produk tenusu seperti susu segar, coklat, mentega, keju, kek, teh tarik dan lain-lain, termasuklah susu kambing.
Alhamdulillah, selepas hampir 8 bulan berpantang produk tenusu, Eczema Dhira kini semakin berkurangan, di usianya 1 tahun 2 bulan. Walaupun saya makan atau minum apa jua yang berkaitan susu lembu, radang Eczema Dhira tidak menjadi teruk. Sekali sekala saya berikan sedikit makanan atau minuman berunsur produk tenusu kepadanya, tiada tindak balas negatif. Syukur!
Walaubagaimanapun, kami masih meminimakan produk tenusu dalam diet harian Dhira sehingga Eczema nya benar-benar pulih. Dalam masa yang sama, apa yang kami praktikkan ialah:
(1) kami berusaha meningkatkan sistem imun dan kesihatan ususnya.
(2) kami mengelakkan segala punca alahan yang boleh memburukkan radang Eczema nya. Contohnya, elakkan mandi di public pool, elakkan pergi beriadah ke tempat yang ramai orang, elakkan dia dari menangis berlarutan kerana anak Eczema tak boleh stress.
(3) kami menggunakan mandian dan krim bebas steroid (kami guna Buds Eczema Rescue Kit).
(4) kami mengamalkan Extra Virgin Olive Oil sebagai pelembap kulitnya.
(5) dan, kami menggunakan sabun basuh baju yang mesra alam (kami pilih Fresh Laundry Concentrate) untuk cucian bajunya.
Memahami punca Eczema kanak-kanak adalah lebih penting daripada menyapu pelbagai krim Eczema yang mahal. Eczema bukan sekadar sakit kulit. Eczema ialah penyakit berkaitan sistem imun.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“, atau di mana-mana cawangan Shaklee.
mommykemai says
bagus perkongsian ini boleh bantu ramai para ibu untuk mengawal ekzema baby mereka.
GenkiMomma says
harapannya begitulah, hehe… Insya Allah… 😀
Sani says
Kita kena tahu dimana puncanya, barulah kita boleh cari penawarnya. Kalau ada buku log macam tu senang nak rujuk dimasa depan terutamamnya kalau ada kes yang berulang..
GenkiMomma says
Betul, bolehlah kita track sendiri progres kesihatan anak..
Noriza Rahman says
Memang menguji kesabaran ibu dan ayah untuk menangani anak eczema dan asthma ni kan..syukur
GenkiMomma says
Alhamdulillah, ilmu tentang Eczema nie totally knowledge baru buat kami in parenting.. 😀
azimah mohd zainuddin says
Ibu bapa yang ada anak eczema ini kena extra rajin dan juga banyak-banyak sabar kan. Kagum dengan mereka semua yang tidak pernah putus asa untuk memulihkan bayi mereka
GenkiMomma says
Betul, kena banyak sabar, kena rajin membaca & kena kuat pekakkan telinga… 😛
Oja Samid says
bagus perkongsian macam nie. ramai parents yang ada anak eczema boleh dapat manfaatnya, insyaAllah. 🙂
GenkiMomma says
Hopefully bermanfaat kepada ramai, Insya Allah… 🙂