Keistimewaan Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sangat ditunggu-tunggu pada bulan Ramadhan, kerana ia merupakan satu malam yang amat isitimewa buat semua umat Islam. Ia berdasarkan ayat Al-Quran dari surah Al-Qadr. Firman Allah SWT bermaksud:
“Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr:2)
Sebahagian ulama mengatakan malam Lailatul Qadar ini bersifat tetap pada setiap tahun, iaitu pada malam 27 Ramadhan. Manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun, tiada tarikh khusus (Al-Majmu’ 6/450).
Rasulullah ﷺ bersabda (*Sumber: shafiqolbu):
“Pada saat berlakunya malam Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” [Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi]
Memburu Malam Lailatul Qadar 2016, Ramadhan 1437H
Hari ini, 25 Jun 2016 (Sabtu), kita sudah pun sampai ke hari ke-20 Ramadhan. Dengan kata lain, kita sudahpun memasuki 10 hari terakhir Ramadhan untuk tahun 2016 di mana malam ini merupakan malam ke-21 Ramadhan. Set Bersahur shake, shake, shake
Berikut adalah jadual sebagai rujukan mudah untuk kita memecut di 10 malam terakhir Ramadhan 2016 (Ramadhan 1437H). *Sumber: IslamItuIndah.my
Mari kita sama-sama buru malam Lailatul Qadar, malam misteri yang terhebat ini dengan bersungguh-sungguh. Kemuliaan malam Lailatul Qadar ini lebih besar daripada 1000 bulan!
Rahmat Allah melimpah, keampunanNya tersedia untuk hamba-hambaNya. MasyaAllah!
Tips Nak Perform di Bulan Ramadhan
Hadis Berkaitan Malam Lailatul Qadar
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1778]
Aisyah radiallahu ‘anha berkata: “Rasulullah ﷺ sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada 10 malam akhir Ramadhan.” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan.” [Sahih al-Bukhari, Kitab Solat at-Tarawih, hadis no : 1891]
Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil daripada 10 malam yang akhir di bulan Ramadhan.” [Sahih al-Bukhari, Kitab Solat at-Tarawih, hadis no : 1888]
Abu Bakrah radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah ﷺ bersabda:
“Carilah (Lailatul Qadar) pada sembilan malam yang akhir, atau tujuh malam yang akhir, atau lima yang akhir, atau tiga malam yang akhir.” [Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Sawm, hadis no : 723, hasan sahih]
*Sumber: FanPage Ustaz Sharhan Shafie
Doa Malam Lailatul Qadar
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan pengampunan, maka ampunkanlah aku…”
Jom cari malam lailatul qadar. Mari kita hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan 2016 ini dengan memperbanyakkan doa, membaca Al Quran, solat sunat Tahajjud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, berzikir dan lain-lain. Jangan lupa bersedekah, walau 1 ringgit.
Jika wanita sedang haid, apa yang boleh dilakukan pada malam lailatul qadar?
- Berzikir
- Berdoa
- Membaca terjemahan Al-Quran
- Mendengar bacaan Al-Quran
Semoga Allah menghadiahkan kita semua lailatul qadar. Aamin… 🙂
Tips Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee segera di “Join Now“.
Ikhwan says
semoga bertemu dengan malam lailatul qadar 🙂
GenkiMomma says
Aamiin, sama2 Insya Allah… 🙂
Noriza Rahman says
Semoga kita menjadi hamba yang terpilih untuk bertemu dengan Malam 1000 bulan ni
GenkiMomma says
Insya Allah, Aamiinnnn… 🙂
Hairul Hissam says
Semoga kita semua dipertemukan dgn lailatulqadar..
deng says
Malam td Jimaat 1 Julia 2016 ( mlm sabtu ) berlakunya lailatul qadr