Hi semua! Assalamu’alaikum dan salam pagi Jumaat yang barakah…
Hari ini, kami nak kongsikan kegembiraan dengan anda semua, dengan berita baik yang baru sahaja kami terima 2 hari lepas.
Alhamdulillah, kami menang Top 5 ‘Unboxing Shaklee Youth Skincare Video Contest’, anjuran Shaklee Malaysia sempena pelancaran produk penjagaan kulit Youth di Malaysia.
Paling terkejut sebab kami dapat nombor 1 tau! Syukur sangat-sangat… 😀
Kali Pertama Unboxing Shaklee Youth Skincare
Terjebak Beli Shaklee Youth Skincare
Jujurnya, masa mula-mula Shaklee bawa masuk Shaklee Youth, jualan istimewa untuk business leaders sahaja masa Shaklee BLNC 2018 Februari lepas, saya tak rancang nak beli pun.
Berkali-kali saya ulang pada rakan-rakan yang hadir sama, “Saya tak beli lah. Saya tak rajin pakai. Saya bla bla bla…”. Haa, punyalah tak berminat kononnya kan.
Sebab, saya bukanlah orang yang rajin apply regimen kecantikan pada muka. Cukup sekadar cuci muka, sapu pelembap, tepek bedak (kalau ingat), anda I’m good to go. No make up! Hehe..
Saya percaya dengan kesihatan dan kecantikan kulit dari dalam. Jadi, vitamin kecantikan memang tak miss setiap hari. Asalkan kulit sihat tanpa jerawat dan kulit tak kusam, saya happy dah.
Tapi, masa hadir ke Shaklee BLNC 2018 hari tue, serius jatuh cinta dengar penerangan daripada saintis yang develop Shaklee Youth ini. Dari segi bahan-bahan semulajadi yang digunakan, jangkamasa nak develop Youth sehingga 8 tahun, segala ujikaji, testimoni dan yang paling penting, Shaklee ada data klinikal pengguna Youth. Bukan sekadar cakap-cakap tanpa fakta.
Ya Allah! Terus jatuh cinta tergolek-golek dengan Shaklee Youth! 😉
Testimoni Bergambar Pengguna Shaklee Youth 25 Hari
Unboxing Shaklee Youth Skincare Video Contest
Bila Shaklee update tentang Unboxing Youth Skincare Video Contest ini, sajelah suka-suka nak meriahkan penyertaan. Produk premium kan. Kalau Shaklee tak buat unboxing video contest pun, rasanya memang ramai pengguna Youth akan buat unboxing video Youth nie.
Bila Shaklee dah announce tentang unboxing video contest, of course lah kita buat dengan lebih semangat, tapi tetap dengan konsep santai.
Jadi, inilah video Unboxing Shaklee Youth Skincare kami. Amacam, best tak?
Anak bujang pun rajin sama nak tolong ibu unboxing. Jadi, kita bagi satu slot untuk dia menyelit (minit 0:47 ke 0:52). Rezeki anak juga nie, penyebab ibu menang. Penyeri video ibu, hehe..
Menang Top 5 Unboxing Youth Skincare Video Contest
2 hari lepas Shaklee umumkan pemenang Top 5 Unboxing Youth Skincare Video Contest ini. Ada 110 video penyertaan kesemuanya. Alhamdulillah, kami masuk top 5!
Semua pemenang Top 5 akan menerima hadiah yang sama, iaitu Collagen Powder (bernilai RM298).
Nak tahu, untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik, kena seimbang luar dan dalam.
Untuk penjagaan kulit luar, kita amalkan Shaklee Youth Skincare. Untuk penjagaan dari dalam, wajiblah amalkan vitamin untuk kulit, terutama Vitamin C dan Kolagen. Gabungan 2 C’s (Vitamin C dan Collagen) ini memang superb untuk boost kecantikan kulit dari dalam.
Tambahan pula, kolagen sangat penting untuk wanita berusia 20 tahun ke atas.
Jadi, bila menang Collagen Powder nie, memang best sangat-sangat lah. Lompat bintang!
Shaklee Youth Skincare Di Malaysia
Berita baiknya, mulai Mac 2018, anda dah boleh beli produk Shaklee Youth Skincare ini tau.
Sepanjang bulan Mac 2018 ini pun ada promosi percuma Radiance C+E (bernilai RM400+) untuk setiap pembelian Shaklee Youth Intensive Treatment & Repair Set.
Beli Shaklee Youth Skincare, Free Postage & Free Membership
Semua pembelian Youth Skincare akan dapat free postage. Dan, peluang free membership juga, beserta dengan cash bonus 5%. Penjimatan berganda tau. Jomlah cuba 1 set hari ini…
**Nak order Set Penjagaan Kulit Shaklee YOUTH?
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Xplorasi Destinasi says
tahniah, menang tempat pertama. Mahal juga hadiah dia ya kalau beli sendiri 🙂 Dekat RM300 juga tu
GenkiMomma says
Terima kasih… 🙂