Mengapa Ibu-ibu Suka Makan Coklat Bila Rasa Stress? | Menjadi seorang ibu yang ada ramai anak kecil nie boleh tahan rasa stress juga sebenarnya. Tak kisahlah samaada si ibu seorang suri rumah tangga sepenuh masa, ibu bekerja dari rumah, mahupun ibu bekerja di ofis sepenuh masa.
Ada ibu yang boleh kekal tersenyum melayan gelagat anak-anak sambil membuat kerja-kerja rumah. Namun kebanyakan ibu rasanya dah bertukar sikit lagi nak jadi “singa” apabila kepenatan membuat pelbagai kerja rumah, ditambah lagi apabila anak meragam, menangis dan merengek. Ruang tamu, bilik tidur, dan dapur, walau dah 50 kali kemas pun nampak macam tak kemas langsung! Stress nyaaa…
Kalau tiba-tiba ada kenalan atau sedara mara buat surprise nak datang rumah, lagi parah. Rasa nak tercabut jantung kemas rumah macam lipas kudung. Sampaikan ada di antara kenalan yang beri amaran kepada keluarga dan rakan-rakannya, “sila bagi notis 24 jam sebelum datang rumah kami”. Ini serius! 😛
Apa yang ibu-ibu buat bila rasa stress?
Selain dari ambil wudhu’ untuk sejukkan hati dan badan, rasanya ramai ibu-ibu yang makan coklat untuk hilangkan stress. Setuju tak?
Ada ibu-ibu yang siap ada stok coklat emergency, khas untuk dimakan ketika rasa stress sahaja. Kiranya, stok coklat ini disorokkan dari pengetahuan anak-anak. Bukanlah sebab kedekut tak mahu kongsi makan coklat dengan anak. Namun, ada pembahagiannya. Ada coklat untuk dimakan beramai-ramai. Ada stok coklat khas untuk ibu makan bila rasa stress sahaja.
Kalau tiada juga stok coklat di rumah, paling tidak dapat secawan minuman coklat panas pun sangat menenangkan. Macam saya sendiri akan pastikan serbuk bancuhan minuman coklat tue sentiasa di refill. Sambil bancuh minuman coklat tue, ambil juga sesudu serbuk coklat dan ngap masuk mulut. Kalau takde air coklat, dapat roti coklat pun boleh.
Kalau tiada apa-apa langsung makanan atau minuman berunsurkan coklat di dalam rumah, dapat tengok gambar coklat dalam internet pun jadilah! Kronik! 😀
Tapi, mengapa ibu-ibu suka makan coklat bila rasa stress?
(1) Coklat boleh membantu untuk mengurangkan rasa stress kerana coklat membantu meningkatkan paras serotonin dan endorphin dalam otak kita.
Chocolate can be used, in appropriate quantities, as one tool for stress reduction. Dark chocolate has been found to improve mood by increasing serotonin and endorphin levels in the brain.
(2) Coklat mengandungi asid valeric yang menenang dan mendamaikan. Kandungan gula di dalam coklat dipercayai mempunyai efek tenang dan mengurangkan kesakitan. Bau harum coklat pula memberi ketenangan kepada otak kita, dengan melambatkan gelombang otak, menukarkan gelombang Beta (normal) ke gelombang Alpha (relax).
Chocolate is good for stress. This is thought to be because it contains valeric acid, which is a relaxant and tranquilliser. The sugar in chocolate may reduce stress – sugar has been shown to have a calming and pain-relieving effect on babies and animals because sweet tastes activate the opiate-like substances in our brain. The smell of chocolate has been found to slow down brain waves, making us feel calm. Most of the time our brains are dominated by beta waves – normal waking frequency. When our brain activity slows to alpha waves, we experience a pleasant feeling of calm but alert relaxation.
Ok, no wonder lah ramai ibu-ibu yang cari coklat bila rasa stress! 😀
Paling penting, sebab “stressed” ialah “desserts”!
“When you’re stressed, you eat ice cream, cake, chocolate and sweets. Why? Because stressed spelled backward is desserts!”
Jadi jom ibu-ibu kita makan coklat bila rasa stress! Yeayyy… Ke arah scream free parenting! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Dinar Emas says
kena sentiasa ada stok coklat di rumah la kalau macam ni kan..
GenkiMomma says
wajib sentiasa ada! 🙂
onlajer says
oh baru tahu , tapi rasa orang lelaki kalau stress pun boleh makan coklat kot
GenkiMomma says
lelaki pun boleh sangat..
Oja Samid says
coklat mmg favourites..tapi bila dah tak menyusu n tak brape aktif bergerak nie bahaya..senang naik berat :p
GenkiMomma says
dark chocolate ok ja, tak bikin weightgain (kot), hihi…
sabree hussin says
Patut la isteri saya ni kalau nampak coklat je mesti nak beli
Noriza Rahman says
Stressed dan desserts tu memang tak terfikir ada kaitannya..haha