Pedih ulu hati ialah keradangan pada esofagus, yang disebabkan oleh asid perut. Seseorang yang mengalami masalah pedih ulu hati biasanya akan rasa panas dan pedih seperti terbakar, pada bahagian bawah tekak, sehinggalah ke bahagian bawah tulang dada.
Keadaan ini berlaku apabila asid perut naik ke saluran esofagus. Adakala, asid perut ini boleh naik sehingga ke tekak atau mulut, dan meninggalkan rasa pahit dan masam.
Masalah pedih ulu hati biasanya terjadi kerana:
- Penghasilan asid perut yang berlebihan.
- Asid perut mengalir masuk semula ke dalam saluran esofagus.
Walaupun kebanyakkan masalah pedih ulu hati disebabkan oleh radang di lapisan perut (gastritis) atau peptik ulser, pedih ulu hati juga boleh disebabkan oleh pelbagai jenis masalah kesihatan dan penyakit lain seperti radang pankreas, radang hati, radang apendiks, radang pundi hempedu dan jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia).
Mengapa Pedih Ulu Hati Terjadi Ketika Berpuasa?
Perut kita semulajdinya mempunyai asid. Suasana berasid di dalam perut kita ini bertujuan untuk mencernakan makanan, dan juga untuk memusnahkan bakteria.
Secara umumnya, aktiviti berpuasa mengurangkan kuantiti asid di dalam perut.
Namun, pedih ulu hati masih boleh dirangsang apabila kita tiba-tiba teringat tentang makanan, mahupun terbau aroma makanan, yang seterusnya akan beri signal kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid di dalam perut.
Ditambah lagi sekiranya kita mengambil makanan yang pedas dan berminyak ketika sahur.
5 Langkah Untuk Mengawal Pedih Ulu Hati
Jika hari biasa pun, kita akan rasa tidak selesa apabila diserang masalah pedih ulu hati. Inikan pula ketika berpuasa. Pasti rasa tidak selesa itu berganda-ganda.
5 panduan untuk mengawal dan mengurangkan masalah pedih ulu hati:
- Makan dengan bersederhana. Makan sedikit-sedikit, tetapi kerap di waktu malam.
- Elakkan makanan berminyak dan pedas, ketika berbuka dan terutama sahur.
- Kurangkan pengambilan kafein.
- Ambil protein berkualiti tinggi, untuk menguatkan otot perut dan otot esofagus.
- Ambil daun pudina dan halia, untuk melegakan ketidakselesaan sistem pencernaan.
Suplemen Shaklee Untuk Masalah Pedih Ulu Hati
Di Shaklee, kami mempunyai 2 suplemen yang menyokong nutrisi untuk masalah pedih ulu hati ini.
(1) Shaklee Energizing Soy Protein – Protein berkualiti tinggi dari sumber tumbuhan. Protein soyan non-GMO yang tinggi dengan kalsium, protein, dan lengkap dengan 9 asid amino perlu. Membekalkan tenaga berterusan.
(2) Peppermint-Ginger Plus – Daun pudina dan halia digunakan secara tradisional sejak berabad lalu untuk beri rasa kelegaan dan menenangkan perut. Pengambilan Peppermint-Ginger bantu mengurangkan ketidakselesaan sistem pencernaan.
Harga set ini RM208.75 sahaja (tak termasuk kos pos). Dapatkan set nutrisi pedih ulu hati secara online di laman eSell (klik sini). Produk akan dihantar selepas pembayaran lengkap diterima.
Atau, boleh sahaja WhatsApp kami di 017-303 0081, untuk maklumat lanjut.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan nutrisi sahaja. Sekiranya masalah pedih ulu hati anda menyebabkan kesakitan luar biasa, segeralah berjumpa doktor dahulu, sebelum consider untuk ambil suplemen nutrisi pedih ulu hati yang dicadangkan ini. Takut ada masalah lain pula.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp: 017-3030081
Follow FB : Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
mrhanafi says
Biasanya ada selalu ada iklan dalam tv untuk menghibanhkan perkara ini.
GenkiMomma says
Mungkin sebab ramai orang kena pedih ulu hati terutama bila berpuasa nie..
mrhanafi says
masa bukan puasa pun ada orang kena pedih ulu hati..
kalau ada ambik suplimen bagus juga..
GenkiMomma says
Harapnya protein, daun pudina & halia nie membantu pedih ulu hati tue…
Nur Razali says
Rasa tak selesa kan kalau tiba2 pedih ulu hati ni terjadi. Habis semua makanan yang dimakan tue terpaksa dimuntahkan semula..dengan ada vitamin ni sekurang2nya dapat beri keselesaan. Nak berpuasa pun takde masalah. In shaa allah..
GenkiMomma says
Kalau pedih ulu hati masa puasa nie, paling risau kot boleh trigger kepada nak muntah..
Ibu Zaid says
Selalu kalau ada pedih ulu hati ni sebab gastrik
Sebab tu elok sahur kalau nak puasa
Kalau tak puasa, sarapan tak boleh tinggal
GenkiMomma says
Sayang sangat kalau puasa tapi tak sahur..