Mengapa Rasa Mual, Mabuk, Loya dan Nak Muntah Ketika Hamil? | Kebanyakan ibu-ibu akan merasa mual, mabuk, loya, pening, alah, kerap muntah dan tidak bermaya di awal kehamilan, terutamanya ketika trimester pertama. Ada sesetengahnya berlanjutan sehingga ke penghujung kehamilan. Ada juga yang langsung tidak merasa apa-apa perubahan di dalam diri, selain daripada perut yang membesar sahaja.
Perasaan kurang selesa ini bukanlah sengaja di reka-reka, kerana ianya berlaku secara semulajadi, di luar kawalan. Para suami haruslah memberi peluang kepada isteri untuk berehat dan mungkin mengambil alih beberapa tugasan rumah agar si isteri boleh berehat dengan lebih tenang. Mungkin para suami boleh tolong sapu minyak angin, memicit kepala atau memberi urutan mesra kepada isteri bagi meringankan bebannya.
Berat mata memandang, berat lagi ‘amanah’ yang ditanggung oleh isteri anda, jadi berikanlah lebih perhatian kepada isteri anda untuk menghadapi saat-saat getir ini.
Mengapa Rasa Mual, Mabuk, Loya dan Nak Muntah Ketika Hamil?
Antara kebarangkalian penyebab rasa mual ini ialah:
(1) Hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin). Hormon hCG meningkat dengan mendadak di awal kehamilan. Tiada siapa boleh jelaskan bagaimana hormon hCG meyumbang kepada rasa mual, tetapi kebanyakan pendapat mengaitkan hCG sebagai punca utama kerana waktunya berpadanan (rujuk graf di atas). Rasa mual memuncak pada masa yang sama paras hCG di tahap yang tinggi.
(2) Hormon Estrogen. Hormon estrogen ini yang turut melonjak naik dengan mendadak di awal kehamilan turut dikaitkan dengan rasa mual ibu hamil.
(3) Peningkatan deria rasa dan sensitiviti terhadap bau-bauan. Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila seorang ibu yang baru hamil akan rasa teruja dengan bau roti bakar yang harum, ataupun, tiba-tiba rasa nak muntah apabila mencium bau haruman dari suaminya. Jangan berasa pelik apabila si ibu akan tiba-tiba rasa tidak suka kepada makanan kegemarannya, mahupun tiba-tiba menjadi suka kepada perkara yang dia tidak pernah sekalipun sukai. Sila salahkan hormonnya!
(4) Perut yang sensitif. Sesetengah perut dan sistem penghadaman wanita akan tiba-tiba menjadi lebih sensitif seiring dengan perubahan di awal kehamilan. Malah, ada sesetengah kajian mengatakan bahawa wanita yang mempunyai bakteria perut yang dikenali sebagai Helicobacter pylori akan lebih cenderung untuk rasa mual dan muntah. Walaubagaimanapun tidak semua kajian menyokong pendapat ini.
(5) Tekanan. Ada juga sesetengah pendapat yang mengaitkan tekanan dengan rasa mual. Walaupun tiada kajian yang kukuh, namun, jika anda sudah terlalu kerap muntah dan sentiasa diselubungi mabuk, rasa mual dan loya, pastinya sedikit sebanyak menyumbang kepada rasa tertekan.
Tiada rawatan khusus bagi ibu-ibu yang sedang mabuk, rasa mual, loya dan kesemua rasa tidak selesa ini, selain daripada memperbanyakkan berehat. Namun, jika anda terlalu kerap muntah dan sukar untuk masukkan sebarang makanan atau minuman ke dalam mulut, jumpalah doktor dengan segera agar anda diberikan rawatan yang bersesuaian.
Suplemen membantu atasi rasa mual ketika hamil
Jika anda memilih suplemen Shaklee sebagai suplemen asas kehamilan anda, di antara vitamin yang boleh membantu melegakan perasaan kurang selesa rasa mual dan loya ini ialah:
(1) Performance Drink – minuman isotonik tanpa gas berperisa oren, yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah, serta mengelakkan dehidrasi.
(2) Chewable Vita-C 100mg – Rasa masam dari Vitamin C boleh kunyah dari Shaklee ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa loya dan mual, dan, semestinya lebih berkhasiat berbanding asam jeruk!
(3) Peppermint-Ginger Plus – Peppermint dan Halia sememangnya terkenal untuk merawat rasa mual dan loya secara semulajadi. Tambahkan suplemen ini kedalam secawan teh panas kurang manis, dan anda pasti rasa lebih tenang seketika, di samping bantu membuang angin di dalam badan.
Untuk mengatasi rasa mual yang tidak selesa ini, anda boleh juga membaca entri “Tips Atasi Morning Sickness”.
6 vitamin penting untuk ibu hamil
Jika anda kurang mengambil makanan bernutrisi di awal kehamilan ini, kami mencadangkan agar anda mengambil set vitamin asas kehamilan dari Shaklee yang mengandungi 6 vitamin penting untuk ibu hamil iaitu Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Vitamin-C, OsteMatrix, Energizing Soy Protein (ESP) dan OmegaGuard. Ingat, nutrisi ini penting bukan sahaja untuk si ibu, malah untuk si comel di dalam kandungan juga!
Berminat? Anda boleh terus membuat belian Vitamin Kehamilan Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Kemudian, jangan lupa hubungi kami untuk mendapatkan jadual pemakanan eksklusif 6 vitamin penting untuk ibu hamil ini setelah pembelian dibuat.
Atau, jika anda ingin bertanya lanjut, hubungi terus kami di nombor tertera di bawah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Alhamdulillah, rasa mual time preggy tak lama macam orang lain, just loyamain-main je..hihi