Siapa suka baca buku dan novel, angkat tangan! Haa sebagai seorang pencinta buku, rasa macam tak sah aje kalau kita tak daftar jadi ahli dengan kedai buku tersebut, kan? Sah-sah memang akan selalu berulang beli, jadi sangat rugi kalau tak jadi member. Kurang diskaun nanti.
Alah, boleh je jadi ahli kelab Tesco, AEON, Bonus Link, BodyShop, Crabtree & Evelyn, Mothercare, dan anda sambung lah sendiri. Sampai kena jeling dengan suami, sebab penuh wallet. Hehe..
Jadi, kalau dah kata pencinta buku dan novel tue, haruslah jadi ahli untuk mana-mana kedai buku kegemaran. Macam saya sendiri pun dah ada member card untuk 2 kedai buku popular ini, iaitu MPH dan Popular. Sehingga hari ini, jimat banyak dah rasanya.
MoRewards Member Untuk Ahli MPH Online
Tapi, baru saya tahu rupa-rupanya, tak sama tau ahli MPH dan ahli MPH Online. Kiranya, walaupun kita dah ada kad ahli MPH, kad tersebut tak boleh guna untuk pembelian di MPH Online.
Ahli MPH Online dipanggil sebagai MoRewards Member. Akaun yang kita daftar untuk beli buku di laman mphonline.com itu hanyalah akaun untuk beli buku. Bukan daftar sebagai ahli mphonline. Sebab itu ada perkataan ‘Rewards’ di situ.
Bahasa mudahnya, semua yang ada akaun MPH Online memang automatik dapat pelbagai diskaun online. Namun, untuk MoRewards member ini, akan dapat tambahan diskaun, penghantaran percuma, dan siap ada diskaun 25% birthday treats lagi.
Syarat dan Kelebihan Jadi MoRewards Member
Syarat-syarat nak jadi member MoRewards ini senang aje:
- Beli barang di mphonline.com bernilai minima RM100 dalam 1 buku, automatik dapat jadi MoRewards Member.
- Nak lagi jimat, tambah lagi RM20. Sebabnya, untuk bukan ahli MoRewards, hanya belian melebihi RM120 yang layak dapat penghantaran percuma.
Belian kali pertama ini kita tak dikira sebagai ahli lagi. Hanya melayakkan kita jadi ahli MoRewards secara automatik sahaja. Untuk pembelian seterusnya, baru boleh guna kelebihan MoRewads.
Apa Yang Best Jadi MoRewards Member?
Banyak sangat. Ada 7 kelebihan yang istimewa untuk MoRewards Member aje.
- Jimat 10% untuk segala-galanya di MPHOnline.com.
- Tambahan diskaun 5% (dan lebih), setiap jualan murah dan promosi istimewa.
- Penghantaran percuma untuk belian minima RM80 ke atas (seluruh Malaysia).
- MODeals sehingga 70%.
- Diskaun 25% untuk buku pada hari jadi kita.
- Penjimatan istimewa yang dihantar ke dalam e-mail, sepanjang tahun.
- Orang pertama untuk tahu updates dan promosi terkini.
Contohnya, buku yang tiada diskaun macam buku Sophie Kinsella (My Not So Perfect Life) di atas nie, kita akan dapat jimat 10%. Buku yang memang dah ada diskaun, macam buku rujukan sekolah biasanya 15%, kita dapat lagi tambahan diskaun 5%. Terus dapat 20%. Gila kentang!
Nak Murah, Daftarlah Keahlian
Haa mesti anda dah rasa teruja kan nak jadi MoRewards member. Jadi, boleh mulalah buat senarai buku yang ingin dibeli mulai hari ini. Bila dah cukup RM100, baru beli di MPHOnline.com yea.
Begitulah, jika nak beli sesuatu barang dengan harga yang murah, wajiblah daftar jadi ahli. Sama juga dengan vitamin Shaklee, kalau nak beli harga terlajak murah, boleh bisik-bisik dengan kak Arnie. Tapi, kalau nak beli buku online murah di MPH, klik aje mphonline.com.
Alah membeli, menang memakai, gitu! Selamat membaca, sahabat… 😉
Arnie Samsudin
Peminat Sophie Kinsella & Twilight Series
azimah mohd zainuddin says
Banyak betul benefits kalau jadi member. Tak tahu pun boleh dapat free membership kalau spend lebih RM100.00
GenkiMomma says
Ada macam2 diskaun tambahan tue yang buat jadi lagi gerammm kalau tak grab..
Noriza Rahman says
Oh tak tau lah pulak kena registered untuk dapat lagi lebih diskaun. Suami memang ahli mph online.
GenkiMomma says
MoRewards Member nie automatik dapat bila kita beli RM100 dalam satu resit, tak perlu manual register kat mana2..
NORIZA ABDUL RAHMAN says
Selalu kalau beli kat kedai fizikal, memang habis lah RM100 tu dengan beli buku anak-anak
Farha says
wah menarik…tapi sejak duduk kelantan, faha suka ke SMO book store… lepas ni boleh ke MPH lak..
GenkiMomma says
haa mmg lagi best bila dapat pergi physical shop.. in case tak sempat, kita shopping buku online aje, hehe…
Nur Razali says
Kalau jadi member nie memang banyak benefit yang kita akan dapat kan. Sama juga bila jadi member dengan shaklee eh tetibe 😂
GenkiMomma says
Tak gunalah ada ‘membership system’ dalam mana2 jual beli produk, kalau bukan ahli pun boleh sukahati beli dengan harga ahlim kannn… Ini tidak adilll, ehehe…