Dah minum susu, makan keju, sayuran hijau, tapi masih mengalami masalah berkaitan tulang rapuh?
Ada banyak perkara yang perlu kita lihat dalam situasi ini.
- Adakah sumber kalsium yang kita ambil mencukupi keperluan kalsium seharian?
- Adakah sumber kalsium itu dapat diserap oleh badan sepenuhnya?
- Atau, adakah faktor-faktor lain yang menyebabkan badan kehilangan kalsium tanpa sedar?
Kaum wanita terutamanya, sangat berisiko tinggi mengalami masalah tulang rapuh, Osteoporosis. Tanpa sedar, kaum wanita di awal usia 30-an pun ramai yang dah kena Osteopenia.
Rahsia Tulang Yang Kuat
Tulang merupakan sistem sokongan tubuh. Amat penting untuk kita pastikan tulang kuat dan sihat.
Tubuh membina tulang baru dengan pantas. Namun, semakin umur meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Inilah sebab utama pentingnya untuk kita bekalkan tulang dalam badan dengan nutrien secukupnya.
Kita perlukan lebih daripada kalsium untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
Inilah rahsia tulang kuat, nutrien pembina tulang yang berkualiti:
- Kalsium – bahan asas untuk membina tulang.
- Magnesium – bantu menghantar kalsium kepada tulang.
- Vitamin D – merangsang penyerapan kalsium.
- Boron – bantu metabolisme tulang.
- Kuprum, Zink dan Mangan – aktifkan enzim yang bantu tingkatkan kepadatan tulang.
Dah tahu rahsianya, kan? Jadi, anda bolehlah amalkan makanan yang tinggi dengan nutrien di atas untuk tulang yang kuat dan sihat. Tak seronoklah muda-muda lagi tapi tulang dah tak kuat.
5 Nutrisi Penting Untuk Bantu Tulang Patah Cepat Sembuh
OsteMatrix Lengkap Nutrien Pembina Tulang Yang Berkualiti
Ambil kalsium sahaja tak cukup, tau. Sebab, kalsium tak boleh diserap ke dalam tulang sendiri. Kalsium dari sumber makanan akan di angkut ke tulang dan seluruh badan oleh Magnesium. Kemudian, Vitamin D akan merangsang penyerapan kalsium ini ke dalam tulang.
Tanpa Magnesium dan Vitamin D, kalsium tak dapat diserap oleh tulang dengan baik. Pengambilan kalsium menjadi sia-sia, dan akhirnya kalsium dikumuhkan keluar dari badan.
Sekiranya anda mencari suplemen Kalsium yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D, kami sangat mencadangkan anda untuk mencuba OsteMatrix dari Shaklee.
Berikut ialah fakta nutrisi setiap 1 kaplet OsteMatrix Shaklee:
Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.
Setiap 1 kaplet OsteMatrix lengkap dengan 250mg Kalsium, 100mg Magnesium, 100 IU Vitamin D, 0.4mg Zink, 0.05mg Kuprum, 0.05mg Mangan dan 0.75mg Boron.
Semua nutrien penting untuk membina tulang yang kuat di dalam satu kaplet. Best, kan?
Paras Kalsium Darah Yang Signifikan Dalam 12 Jam
Bukan sahaja lengkap dengan nutrien pembina tulang kuat. Malah, keistimewaan OsteMatrix Shaklee ini ialah, peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan di dalam tempoh 12 jam.
Lihat graf di bawah ini. Warna biru, tidak makan suplemen kalsium. Manakala warna hijau, pengambilan 2 biji OsteMatrix Shaklee. Penyerapan diuji secara klinikal selama 12 jam.
Hasilnya, pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® (500mg KalsiuM) menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, yang diukur dalam tempoh 12-jam.
Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Jika kalsium tidak di serap dengan baik, badan tak boleh gunakan kalsium untuk membina tulang. Akhirnya, kalsium dikeluarkan dari badan melalui perkumuhan.
Pengalaman Ambil OsteMatrix Sejak Tahun 2012
Pejam celik, masuk tahun 2018 ini, dah tahun ke-6 saya amalkan OsteMatrix Shaklee.
Tak, bukan sebab saya ada penyakit berkaitan tulang. Asalnya saya mula ambil kalsium Shaklee ini kerana sakit pinggang melampau di awal kehamilan anak ketiga. Sakit sangat, lebih sakit dari senggugut.
Alhamdulillah, lepas amalkan 4 biji OsteMatrix sehari (ibu hamil kan perlukan 1,000mg – 1,200mg Kalsium sehari), sakit pinggang berkurangan dan hilang terus.
Ditambah dengan menyusu anak sehingga 2 tahun, terus-menerus pula tue sambung menyusu adik dia pula, mengandung – menyusu – mengandung – menyusu, OsteMatrix memang teman baik saya.
Bila dah habis fasa “mengandung-menyusu” ini, saya tetap amalkan OsteMatrix untuk kesihatan. Maklumlah dah nak masuk umur veteran, risau pula kena Osteoporosis.
Harga sebotol OsteMatrix ini hanya RM10 sahaja (postage RM10). Jika berminat, anda boleh sahaja terus buat belian OsteMatrix online di laman eSell Shaklee (klik sini).
*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Memang bagus amalkan ostematrix ni, Alhamdulillah dah tak kena kejang kejung kaki
GenkiMomma says
Kalau mengandung dan menyusu lagi laa tak boleh tinggal suplemen kalsium dan vitamin D yang best nie, kann..