Masa kami bercuti di Itali tahun lepas, setiap hari hotel sediakan sarapan halal untuk kami. Memandangkan kami bawa anak bersama, mulanya agak risau juga jika ada hidangan yang tak kena pada tekaknya. Maklumlah, kanak-kanak kan.
Namun Alhamdulillah, ada juga menu yang anak boleh makan. Paling asas ialah roti. Paling seronok, banyak betul mini coklat Nutella di sana. Jadi, anak kami memang looking forward nak makan roti sapu coklat Nutella setiap pagi.
Tapi jujurnya, dia lebih banyak makan coklat Nutella tue dari roti. Hehe… 😀
Tak Bersarapan Pagi Punca Sakit Perut
Masa hari terakhir di Rome, kami perlu bertolak awal pagi dari hotel kerana flight jam 11 pagi. Jadi, perlu gerak dari Marriott Hotel pada jam 7 pagi, dan bersarapan pagi seawal jam 6 pagi.
Bila kena bersarapan awal pagi nie, faham-fahamlah. Anak makan sambil lewa sahaja, sebab mata masih mengantuk. Dia lebih banyak makan coklat Nutella. Mungkin itu sahaja yang selera di tekaknya, atau mungkin juga sebab tahu itulah hari terakhir dapat makan coklat Nutella sesuka hati.
Inilah mini coklat Nutella kegemaran si kakak. Wajib makan setiap pagi. Yang dalam kotak tue kami beli di Rome Airport, nak habiskan baki duit syiling Euro yang ada.
Bila sampai di airport, dia habiskan baki air berkarbonat yang kami beli hari sebelumnya. Nak bawa masuk ke dalam airport memang tak lepas lah, sebab tak boleh bawa botol berisi cecair masa immigration check. Pegawai bertugas di Rome Airport memang strict.
Sakit Perut Dalam Kapal Terbang
Nightmare kami bermula sebaik sahaja kapal terbang berlepas. Anak kami, yang duduk di tengah antara saya dan suami, mula cakap sakit perut. Tak lama lepas tue dia muntah dengan agak banyak. Habis kami guna ketiga-tiga beg muntah.
Saya bawa dia ke tandas, bersihkan segala muntah. Kemudian buka tudung, dan sapu minyak angin di perut, belakang badan, urut kepala dan sebagainya. Tapi, keadaan dia masih tak stabil. Kebetulan sehari sebelum tue kami semua kena hujan. Kepalanya dah mula panas, dedar orang tua kata.
Bila perut dah kosong, angin naik ke kepala. Dia mula mengadu pening kepala, dan tekak rasa loya-loya. Lapar, tapi tak boleh nak makan.
Ya Allah, kita tinggi di dalam awan biru nie wahai anak. Kat manalah ibu ayah nak cari doktor?
Nutriferon Penyelamat Anak Sakit Perut Dalam Kapal Terbang
Dalam kalut fikir keadaan anak yang dah menangis sebab sakit perut, teringat dalam handbag ada standby NutriFeron. Bila buka jumpa 3 sachet NutriFeron. Alhamdulillah, cukup untuk kami bertiga.
Paksa anak makan sedikit roti dan biskut. Kemudian, terus bancuh 1 sachet NutriFeron dalam secawan air kosong. Baca selawat, bagi dia minum, dan suruh tidur.
Acqua dalam bahasa Italy ialah air. Owh ya, crackers dan keju dari Italy sangatlah sedap! 😉
Alhamdulillah, anak tidur lena sampai kami tiba di Changi Airport. Sepanjang hampir 13 jam perjalanan dari Rome ke Singapore, dia langsung tiada selera makan. Sekadar makan sedikit roti dan biskut untuk alas perut. Itupun sebab kami paksa.
NutriFeron Immune Booster Ketika Travel
Syukur sangat sebab bawa sekali NutriFeron naik kapal terbang. Kalau tak, mesti dah berguling-guling anak kami menahan sakit perut dalam kapal terbang.
Kami recommend NutriFeron ini, terutama untuk anda yang selalu travel ke luar negara, dan duduk lama di dalam kapal terbang. Tambahan pula, di luar negara bukan macam di Malaysia. Senang-senang nak pergi ke klinik, ataupun ke hospital.
“Clinical studies suggest that proprietary blend of natural plant extract can enhance the natural interferon production in the body, and provide immune support at the cellular level.Â
Kita kena usaha untuk badan kekal fit dan kuatkan imun selama mungkin sepanjang travel. Lagipun, bila jatuh sakit masa sedang travel, tak puaslah nak menikmati keindahan alam, kan.
Jika nak cuba sekotak NutriFeron hari ini, boleh terus buat belian online di sini. Harga sekotak NutriFeron ialah RM192 sahaja. Atau, WhatsApp sahaja kami di 017-3030081.
Saiznya yang kecil, memang sangat sesuai untuk dibawa travel. Tak perlu banyak space pun… 😀
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
riangria says
sakit perut dalam kapal terbang jarang gak berlaku tpi da berlaku.. utk kanak2 nutriferon ni memang membantu..
GenkiMomma says
Kalau berlaku tue yg risau, manalah nak cari tuan doktor 35,000 kaki di udara tue, hihi.. 😛
Oja Samid says
Bulan nie terus rembat twinpack, alang-alang tengah promo nie kan. Memang sokmo bawa sebagai emergency kit. 😉
GenkiMomma says
baru-baru nie semua asyik hachoom aje, sekejapan aje kotak Nutriferon yang baru buka tue dah tinggal separuh Oja, hihihi… 😛