Awal bulan lepas, ketika sampai di rumah selepas bermain bola, nampak suami berjalan terdengkut-dengkut. Ingatkan kaki terseliuh aje. Maklumlah, terseliuh atau cramp itu adatlah bila main bola.
Rupa-rupanya, kaki kiri suami injured sebelah ketika bermain bola. Terkejut, anak-anak terus berlari mendapatkan ayah mereka, dan tolong ambil barang apa yang patut.
Kaki Injured, Mungkin Ada Otot Yang Cedera
Kata suami, sebelum main bola tue, dia tak buat warming up dengan betul. Kemudian, masa tengah main bola dah rasa sedikit kejang di belakang betis kiri. Tapi, tetap teruskan main bola juga. Ingatkan kejang biasa. Kebetulan ada hantaran bola kepadanya. Nak taknak, terpaksa ambil.
Tiba-tiba, pappppppp! Rasa seperti ada orang baling batu dengan kuat di belakang betis kiri. Terpaksa berhenti main serta-merta sebab sakit yang amat sangat.
Nasib baik pandu kereta automatik. Jadi, suami masih boleh pandu sendiri kereta pulang ke rumah, sebab pergerakan guna kaki kanan sahaja. Yang cederanya kaki kiri.
Doktor Sahkan Otot Koyak
Keesokkan harinya, kami ke klinik. Kebetulan ada klinik di sini, yang doktornya memang pakar bahagian fisioterapi. Lebih menarik, doktor tue sendiri pun pernah mengalami kecederaan otot masa aktif bersukan dulu. Urat keting putus, kot? Ingat-ingat lupa.
Setelah doktor buat beberapa test pada kaki suami, doktor sahkan ada kecederaan otot. Bahasa mudahnya, otot koyak. Yang penting, bukan ligamen koyak, ataupun ligamen ACL putus.
Aduh, dalam banyak-banyak jenis kecederaan tue, ACL putus lah paling digeruni.
Area yang sakit tue sedikit bengkak, tapi tiada sebarang lebam. Maksudnya, ada kecederaan di dalam, tetapi lukanya tidak terlalu major. Lebam ialah sebagai salah satu indikasi untuk tahu darjah kecederaan dalaman.
Terpaksa Pantang Sukan 3 Bulan
Dengan kata lain, kes kecederaan otot pada suami nie tak perlukan sebarang X-Ray. Makan ubat anti-radang, vitamin B-Complex high dose dan latihan fisioterapi sahaja. Perlu rehat yang banyak, minimakan pergerakan, dan perlu pantang bersukan sekurang-kurangnya 3 bulan.
Untuk bantu pergerakan harian, doktor cadangkan penggunaan tongkat untuk kurangkan tekanan kepada kaki yang sihat. Nak guna wheelchair pun boleh juga.
Keluar sahaja dari klinik, teruslah kami bergegas ke farmasi favourite untuk mencari tongkat yang sesuai. Barulah tahu, tongkat pun ada 2 jenis rupanya. Cara guna tongkat pun kalau tak betul-betul, boleh menyebabkan urat penting di bahagian ketiak putus. Seram!
Jadi, bermula lah episod suami perlu berehat sekejap dari melakukan tugas harian. Syukur kami memang bekerja sendiri, jadi tak perlulah MC terlalu lama.
Insya Allah, nanti kami kongsikan segala tips dan penjagaan otot koyak di dalam entri akan datang. Doakan suami cepat sembuh, ya. Terima kasih, semua… 😀
Arnie Samsudin
30 Hari Sebagai Jururawat Terhormat
Oja Samid says
Moga cepat sembuhnya ya..seram juga dengar koyak-koyak nie. Seriauu.. huhu
GenkiMomma says
Thank you, oja! Masih fasa berhati2 lagi tue, walaupun dah boleh jalan tanpa tongkat..
Noriza Abdul Rahman says
Pengalaman jadi jururawat terhormat ni memang tugas isteri kan?
GenkiMomma says
Terus insaf terkenang masa-masa terluang yang dibazirkan, bila compare dengan masa sibuk sebagai ‘jururawat’ nie, hihi..