Pernah tengok drama Titian Cinta tak? Saya pun bukanlah follower tegar sangat drama TV3 pukul 7 petang ini. Biasanya akan tengok online aje. Itu pun bila anak-anak semua dah tidur, ataupun dah pergi sekolah. Haa punyalah delay berjam-jam, gitu.
Tapi, jalan cerita drama Titian Cinta nie macam best juga lah. Kiranya, boleh layan lah sambil masak, atau sambil lipat baju tue. Di antara drama TV3 yang best selepas 7 Hari Mencintaiku.
Ke sebab Zul Ariffin? Hihi.. Eh, kami dah jumpa Zul Ariffin in person, tau. Nanti kami share…
Isu Doktor Salah Cakap Dalam Drama TV3 Titian Cinta
Baru-baru ini, drama Titian Cinta ini tiba-tiba jadi hot apabila ada satu babak di mana doktor salah explain tentang keadaan Rahadatul Aisy (Farah Nabilah), isteri Umayr Harris (Zul Ariffin).
Apa yang penonton dengar ialah, doktor terangkan bahawa ‘rahim kiri’ Aisy telah dibuang. Punca kena buang sebab ‘rahim kiri’nya rosak ketika keguguran anak pertama. Di sinilah silapnya.
Rahim wanita ada satu sahaja. Ovari wanita yang ada 2, ovari kiri dan kanan.
Isu ini mendapat kecaman hebat netizen, sehingga seorang doktor juga turut tampil untuk mengulas tentang isu ini. Dipendekkan cerita, bukan salah penulis novel, bukan salah penulis skrip drama, dan bukan juga salah pelakon yang pegang watak doktor. Kenyataan dari FB Dr. Kamarul Ariffin.
Rupa-rupanya kesilapan teknikal di mana, penyunting tersilap masukkan NG scene ketika editting episod tersebut. Maklumlah, dialog doktor tersebut agak panjang, dan tak mustahil lah jika ada banyak take untuk scene tersebut. Jadi, ia kesilapan teknikal. Bukan sebab tak buat research.
Ovari Ada Satu Sahaja, Masih Ada Peluang Hamil Ke?
Ovari kiri Aisy kena buang kerana rosak teruk, sebab ditolak sampai jatuh dengan kuat oleh suaminya. Pembedahan demi pembedahan menyebabkan ada ‘pelvic adhesion’ pula, sehingga turut menggangu ovari kanannya. Jadi, peluang Aisy untuk hamil agak rendah.
Ok, kita lupakan tentang Aisy. Dalam kehidupan sebenar, jika sebelah ovari kena buang kerana cyst ataupun apa-apa sebab lain, agak-agak masih ada harapan tak untuk hamil?
Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Kuala Lumpur, Datuk Dr Prashant Nadkarni berkata, peluang menimang cahaya mata masih wujud selagi wanita terus berikhtiar dan melakukan pemeriksaan secara konsisten. Semua wanita lahir bersama semua telurnya, dan melalui kitaran haid setiap bulan. Apabila hamil, kitaran haid akan terhenti, jadi telur atau ovum tidak akan terbuang.
Namun, wanita yang memiliki satu ovari, ditambah pula dengan usia sudah menjangkau 30-an, perlu ikhtiar untuk hamil dengan segera. Mereka perlu segerakan kehamilan kerana apabila ovari berkurang satu, bermakna jumlah telur yang akan disenyawakan bersama sperma turut berkurang.
Wanita yang melambatkan kehamilan, kitaran haidnya tetap berlaku. Jadi, telur yang tidak disenyawakan terbuang begitu saja. Apabila telur makin berkurang, kesuburan juga makin menurun.
3 Cara Untuk Tahu Waktu Kesuburan Wanita
Hamil Anak Ke-5 Selepas Ovari Kiri Dibuang Kerana Cyst
Untuk pasangan suami isteri yang tidak merancang, kebiasaannya akan mendapat anak pertama dalam tempoh 2 tahun pertama perkahwinan. Jika masih juga belum dikurniakan zuriat dalam tempoh tersebut, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor yang bertauliah.
Kisah benar. Ada seorang sahabat kami yang telah dibuang ovari kirinya ketika melahirkan anak ke-4. Kebetulan anak keempatnya dilahirkan secara pembedahan c-zer, jadi doktor dapat lihat dengan jelas ovari kirinya telah rosak kerana cyst agak banyak.
Mulanya, dia ingat tak boleh hamil dah. Namun, tuah manusia tiada siapa yang tahu, kan. Baru-baru ini beliau disahkan hamil anak ke-5. Rezeki yang tak disangka. Walaupun di awal kehamilan terdapat sedikit bleeding, Alhamdulillah sekarang dah masuk Trimester ke-2.
Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Semoga urusan anda juga dipermudahkan. 🙂
Arnie Samsudin
Suka tengok drama, sambil bertukang di dapur.
anuar says
Bila baca kisah ni secara tidak langsung kita dapat mensyukuri betapa besarnya rezeki kurniaan Allah S.W.T..
Dengan izin Allah S.W.T apa sahaja boleh berlaku.. yang penting kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa..
Nur Razali says
Suka baca entri nih! Nur yang tak follow drama ni rasa nak kene tengok jugak la nanti 😅 opps!
Noriza Rahman says
Ramai juga terfikir kalau ada satu ovari juga tak boleh mengandung, tapi kuasa Allah lebih mengatasi segalanya kan.
Yana says
pengalaman dari beberapa orang kawan2 sendiri yang cuma tinggal 1 ovari.. ada yang sebab cyst.. ada juga sebab kehamilan luar rahim, jadi ovari terpaksa dibuang 1.. alhamdulillah, sorang kawan saya tu ada 2 anak.. yang sorang lagi dah 5 anak dia.. alhamdulillah.. rezeki Allah tak siapa boleh halang… 🙂
Farha says
sebenarnya lama tak layan drama. tapi macam menarik. boleh cuba tengok online la nampak gayanya ni.
Lenny Boniface Jubilee says
Orang ngelak nak tengok dama tu… sebab sakit hati… baik rehatkan minda dah penat… hahahah
sabree hussin says
Ada jugak dengar pasal isu ni. Tu pun dari Fb 🙂
Mazni Azmi says
Kalau Allah dah takdirkan dan kita berusaha tak putus asa
insyaallah akan dapat juga
Kate says
Best entry ni. Kalau balik kampung baru dapat tengok drama ni. Tu pun terikut adik tengok. Sebab pelakon dia ja nak tengok drama ni. Hehehe..
Ibu Zaid says
Teringat pula pada seetee nur ha lee za
Lama cuba 11 tahun