Pain Au Chocolate Croissant Sedap di Lexis Hibiscus | Anda peminat Croissant sedap, lembut dan menyelerakan? Kami pun sama! Croissant yang paling kami sukai semestinya ialah Pain Au Chocolat! 😉
Selain dari menikmati juadah buffet breakfast yang enak, antara keseronokkan kami apabila bercuti di mana-mana hotel ialah mencuba Chocolate Croissant nya. Kalau dapat Chocolate Croissant sedap, memang makan berulang kali lah, sampai lupa nak makan makanan yang lain.
Chocolate Croissant Sedap di Lexis Hibiscus
Baru-baru ini kami bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson. Walaupun Lexis Hibiscus ini baru sahaja dibuka pada awal April 2015 yang lalu, juadah sarapan paginya tidak menghampakan. Ada hidangan Melayu seperti Nasi Lemak, rendang ayam; hidangan Western seperti daging salai, sosej, salad; hidangan Jepun seperti sushi, sup miso; hidangan Korea seperti kimch; roti bakar, buah-buahan dan banyak lagi. Kita boleh pilih nak duduk di dalam (berhawa dingin), ataupun di luar menghadap laut dan pemandangan yang cantik!
Pelbagai pilihan Croissant sedap disediakan di sana. Lihat sahajalah hidangan pastries ini. Teruja, kan? 😉
Antara pastries dan Croissant sedap yang sempat kami rasa di Lexis Hibiscus nie ialah:
- Pain Au Chocolate Croissant
- French Butter Croissant
- Strawberry Croissant
- Almond Croissant
- Apple Crumble
Hari pertama, pilihan Croissant sedap breakfast ialah Pain Au Chocolate Croissant, French Butter Croissant & Strawberry Croissant! Dapat pula segelas jus jambu batu merah. Awesome!
Hari kedua, pilihan Croissant sedap breakfast ialah semestinya lagi Pain Au Chocolate Croissant, Almond Croissant & Apple Crumble! Scrumptios!
Kalau anda nak cuba buat Coklat Croissant sedap sendiri, boleh rujuk resepi Croissant sedap dari laman Martha Stewart nie. Tapi kalau nak cepat, pergi sahaja cari di mana-mana kedai Pastry, atau boleh juga cuba bersarapan di Lexis Hibiscus nie. Pain Au Chocolate Croissant nya sangat sedap! 😀
Tips Kesihatan:
Bagi anda yang risau dengan kenaikan berat badan selepas menjamah pelbagai hidangan yang lazat tetapi tinggi gula dan lemak, disarankan ambil Phytocol-ST terlebih dahulu sebelum makan untuk mengawal selera makan, serta bantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam badan.
Selepas makan, ambil pula Lecithin dan OmegaGuard untuk bantu membakar lemak dan kolesterol jahat (LDL), serta menambah kolesterol baik (HDL) ke dalam badan kita. Insya Allah…
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp/ Telegram: 017-303 0081 atau 012-218 0781.
E-mail:Â genkimomma@gmail.com
Noriza Rahman says
Huish memang sedap sangat makanannya tuh….jelesnya ku disini!
GenkiMomma says
Wajib gie tau kak nord! 😉