Tahukah anda bahawa produk Shaklee (M) di import terus dari Shaklee (U.S)? Dan, dijamin HALAL, of course!
Oleh sebab itu, tarikh luput (Expiry Date) produk yang dipaparkan juga mengikut format US, bukan format yang biasa digunakan di Malaysia.
Format tarikh luput: MM/DD/YY (Bulan/ Tarikh/ Tahun)
Saya berikan contoh tarikh luput seperti di bawah ini.
(1) Format yang biasa di pamerkan MM/DD/YY (Bulan/ Tarikh/ Tahun):
Mungkin anda akan terkejut apabila mendapat produk Shaklee yang bertarikh luput seperti di bahagian kiri gambar – 12 haribulan 1, tahun 2012!!!
Namun, jika anda lihat produk di bahagian kanan, secara logiknya, tidak mungkin tarikh luput produk ini ialah 1 haribulan 19, tahun 2013 kan?
Jadi, bacaan yang betul bagi gambar di bahagian kiri ialah 1 Disember 2012!!!
(2) Bagaimanapun, ada juga yang straight-forward seperti di bawah ini. Pun ada beza juga, ada yang nyatakan bulan dahulu tarikh kemudian, dan sebaliknya.
Jadi, jika tiba-tiba anda mendapat produk dan merasakan produk itu telah tamat tarikh luput, jangan gelabah ya. Segeralah menghubungi pengedar Shaklee anda.
Ingin saya maklumkan bahawa kami tidak akan sesekali menjual produk yang akan tamat tarikh luput dalam masa sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh pembelian, melainkan di atas persetujuan anda (pembeli). Insya Allah.
* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Pertanyaan?
Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!