Zaman sekarang, mempunyai gaji RM3,000 sebulan di bandar, dah termasuk di dalam golongan “miskin bandar”. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, tapi keadaan sekeliling yang memaksa kita perlu ada wang yang banyak untuk teruskan kehidupan.
Dah usaha berjimat-cermat pun, tak banyak mana baki duit gaji yang tinggal. Jangan kata nak menyimpan, duit untuk makan pun kadangkala cukup-cukup aje.
Lagi sedih bila terpaksa potong elaun untuk mak ayah. Pedih? Tapi, itulah realiti sekarang.
Mengapa Ibu Muda Ramai Resign Awal Jadi Suri Rumah?
Bila dah kahwin dan beranak-pinak, ada banyak kos-kos tambahan yang perlu difikirkan.
Macam kami pernah alami sendiri, kos hantar anak ke Taska, campur sekolah pagi, jagaan petang dan kos overtime, mencecah RM1,000 sebulan untuk 2 orang anak. Masa tue tengah mengandung anak ke-3. Untuk jaga baby kena cari pengasuh atau Taska lain pula.
Kos jaga baby sekarang pun tak murah, secara purata RM300-RM400 juga. Secara kasarnya, kos jagaan 3 orang anak sebulan bakal jadi RM1,400. Kos ulang alik Nilai ke Bandar Utama PJ, minyak petrol dan tol pula cecah RM800 sebulan. Kos ini aje dah macam sebulan gaji.
Jadi, tak hairan lah ramai ibu muda sekarang yang berhenti kerja untuk menjaga anak sendiri. Sebabnya, kos menghantar anak ke pusat jagaan, ditambah dengan kos ulang alik ke tempat kerja, melebihi gaji bulanan yang diterima. Kami termasuk golongan resign awal nie.
Sebagai suri rumah, dapat jaga anak sendiri. Makan minum keluarga pun terjaga. Dengan perancangan kewangan yang teratur, belanjawan keluarga pun dapat dijimatkan. Insya Allah…
Hey, kami surirumah berijazah tau. Ada juga sahabat pemegang PHD pun pilih untuk jadi surirumah.
Bisnes Dari Rumah Untuk Suri Rumah Tanpa Modal Besar
Orang dah biasa bekerja, mesti rasa tak best kan tak dapat pegang duit sendiri. Jika anda sedang bekerja, dan merancang nak jadi surirumah juga sebab nak jaga anak-anak, fikir masak-masak dan buat perancangan lengkap terlebih dahulu, sebelum nekad berhenti kerja tau.
Sebaik-baiknya dah ada simpanan yang mencukupi. Mengikut kata pakar kewangan, kena ada simpanan lebih kurang 3-6 bulan dari gaji bulanan anda. Paling penting, usaha untuk langsaikan segala hutang piutang terutama kad kredit. Terus cancel kan kad kredit.
Dalam masa yang sama, usahakan buat sesuatu yang boleh jana side income dari rumah. Dapatlah ringankan sedikit beban suami. Mungkin buat kuih, buat kek, buat aiskrim Malaysia, jahit baju, servis lipat baju, bina laman web dan sebagainya.
5 Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Untuk Suri Rumah
Jika anda minat dengan produk kesihatan, dah pernah makan vitamin Shaklee, dan mempunyai komputer atau sekurang-kurangnya smartphone, anda boleh cuba jalankan bisnes Shaklee dari rumah secara online. Modalnya RM80 sahaja. Murah kan?
5 kelebihan buat bisnes Shaklee untuk surirumah ialah:
(1) Fleksibiliti Masa di Rumah
Ramai cakap halangan utama nak buat bisnes dari rumah ialah kekangan masa. Ehh, kalau orang yang masih bekerja pun boleh buat bisnes Shaklee, kita yang surirumah nie mesti lagi boleh buat. Sebabnya, kita yang adjust masa kita sendiri.
(2) Modal Kecil
Modal permulaan yang diperlukan ialah kos daftar ahli Shaklee sahaja iaitu sebanyak RM69. Tambahan kos penghantaran member kit RM10.60 (Semenanjung), dan RM21.20 (Sabah Sarawak).
Kemudian, perlu ada smartphone dan internet. Kalau ada laptop atau komputer lebih baik. Tapi, itu bukanlah wajib. Dengan smartphone sahaja kita mampu besarkan bisnes Shaklee dari rumah.
(3) Dropship Shaklee
Bagi surirumah yang tiada modal untuk membeli stok produk di awal bisnes Shaklee, boleh mulakan bisnes sebagai dropship Shaklee. Mudah kan? Tak perlu susah payah fikir nak keluarkan modal besar untuk mulakan perniagaan. Boleh order online, atau walk in ke mana-mana branch Shaklee.
(4) Kedai Shaklee Buka 24 Jam
Dengan teknik bisnes yang betul, surirumah juga boleh mempunyai kedai sendiri. Yang best nya dalam bisnes Shaklee, tak perlu ada kedai fizikal pun. Cukup kedai online yang boleh di akses 24 jam sehari, 365 hari setahun, dari seluruh dunia.
(5) Support Group Online & Ready-to-use Business Tools
Sebagai seorang surirumah, bukan mudah nak keluar rumah selalu. Nak masak, kemas rumah, ulang alik ambil anak pergi sekolah dan macam-macam urusan lagi.
Kami faham, sebab kami pun surirumah juga. Siapa kata suri rumah duduk goyang kaki?
Oleh itu, kami mempunyai pelbagai support group bisnes Shaklee dan kelas produk online di dalam group FaceBook, aplikasi WhatsApp dan Telegram. Bila ada kesempatan, boleh juga sertai pelbagai kelas nutrisi, marketing dan seminar yang dianjurkan oleh Shaklee dan team kita.
Tak ada masa nak prepare marketing tools? Jangan risau, kita ada support group yang kuat. Paling best sebab kita ada pelbagai bahan bisnes yang ready-to-use juga, istimewa buat ahli yang mendaftar di bawah group Shaklee kami sahaja.
Peluang Bisnes Shaklee Untuk Semua Suri Rumah
Kami tak janjikan bulan bintang. Namun, jujur kami katakan, memang boleh buat side income dengan bisnes Shaklee ini. Tak perlu ada downlines pun anda dah boleh dapat untung runcit dan bonus tunai. Sebab kita jual beli barang, bukan jual beli harapan.
Untuk permulaan, setakat nak tampung kos belanja dapur, beli beras 10kg, minyak 5L, bahan basah di pasar, susu dan diapers anak tue, lepas sangat. Rajin lagi, dapat lebih lagi.
Bila anda serius berkongsi kebaikan produk, dan mempunyai jaringan group bisnes yang besar, lebih banyak lah benefits sebagai bisnes leaders Shaklee yang efektif, yang bakal anda rasai.
Dengan serius menjalankan bisnes Shaklee, kami dapat jelajah banyak tempat menarik di dunia:
- 2012: Percutian mewah Langkawi di The Westin Langkawi Resort & Spa.
- 2013: Percutian mewah Sabah di Sutera Harbour Hotel Kota Kinabalu.
- 2013 & 2017: Menunaikan ibadah Umrah di Mekah, dan ziarah Madinah.
- 2013: Naik unta, main ski dan ronda bangunan tertinggi di dunia, Burj Al Khalifa di Dubai.
- 2014: Disneyland, Universal Studio dan Golden Gate Bridge di California USA,
- 2015: Kota Milan, tinggalan sejarah di Florence, Menara Pisa dan Colosseum Rome di Italy.
- 2016: Melawat The Treasury Petra, Laut Mati dan Gua Ashabul Kahfi di Jordan.
- 2017: Terkini, baru sahaja pulang melawat Shirakawago (world cultural heritage), main Snow Wall di Tateyama Kurobe Alpine Route dan Tokyo Disneyland di Jepun.
Alhamdulillah, tak sangka suri rumah pun boleh rasai semua ini. Siap boleh bawa anak sekali.
Jom lah sertai keluarga besar vEminent Shaklee kami hari ini! Seronok tau… 😀
Arnie Samsudin,
Suri Rumah dan Pengedar Shaklee Aktif sejak September 2009.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp: 017-3030081
Follow FB : Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
mrhanafi says
Ya. Kos hidup yang tinggi sudah ketara sejak tahun 90an lagi..
Kini peningkatan begitu mendadak sekali..
Sebab itu wajar untuk bekerja dari rumah terutama golongan wanita
GenkiMomma says
Ramai surirumah memilih buat bisnes dari rumah sekarang..
Rahasimah says
Walaupun masih bekerja tapi masih ada masa untuk membahagikan masa berbisness.
Dapat juga membantu suami dengan mengunakan duit bonus shaklee yang Kak Manis dapat untuk membesarkan 5 orang anak.Alhamdullilah Shaklee juga telah membantu masalah kesihatan kami sekeluarga dan sekaligus dapat menolong orang lain sihat.
Keluarga besar #vEminent memang majoriti surirumah dan income banyak tau.Nak joint boleh cari Pengedar Shaklee Puchong atau hubungi 019-6998825 (kak Shima)
GenkiMomma says
Orang sibuk biasanya lebih baik time management nya berbanding orang yg kurang sibuk.. Tahniah kak Shima! 😀
Rahasimah says
Sapa buat dia dapat.
Jangan pandang belakang , nanti kena tinggal.
GenkiMomma says
Fokus pandang depan aje selagi tak achieve target… 😉
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says
Memang kos penjagaan anak tu sangat tinggi kan. Kalau kerja semata-mata nak bayar untuk penjagaan anak sangat tak berbaloi. Lebih baik sambil kerja buat bisnes, bila dah stabil boleh resign dengan bahagia
GenkiMomma says
Makin lama makin mahal tue kos taska..
Ibu Zaid says
Insyaallah asalkan usaha & bersyukur rezeki tu berkat
Ada je cara Allah nak cukupkan
Kalau tak berkat
Banyak mana pun ada saja cara Allah tarik
Halal & berkat.
GenkiMomma says
Betul, redha Allah nombor satu..
Azwan says
Kalau ada peluang tak salah mencuba. Boleh juga tambahkan pendapatan.