Sebagai bisnes leader Shaklee, kita berpeluang untuk menikmati percutian 5 bintang di dalam dan luar negara. Namun, perlu menepati syarat dan mata ganjaran tertentu yang ditetapkan oleh Shaklee (M) sebelum layak untuk mengikuti trip insentif eksklusif ini.
Bagi bisnes leader Muslim, anda boleh pilih untuk menunaikan Umrah dan Ziarah, ataupun destinasi pelancongan eksklusif lain yang ditawarkan pada tahun tersebut.
Contohnya, untuk bisnes cycle tahun 2012/2013, Shaklee tawarkan pilihan di antara London/Paris ataupun Dubai dan Umrah. Kami pilih Umrah sebagai destinasi antarabangsa pertama kami.
Jadi, ingin kami kongsikan serba sedikit mengenai keistimewaan Umrah Ziarah percuma Shaklee nie.
Keistimewaan Umrah Ziarah Percuma Shaklee
Seminggu sebelum bertolak, kami telah diberikan taklimat mengenai trip insentif, dan kursus Umrah ringkas oleh ustaz yang bertauliah. Para jemaah turut menerima sling bag, travel luggage, beserta kain ihram untuk lelaki, dan kain telekung untuk wanita. Alhamdulillah…
Semua kos perjalanan, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Anda hanya perlu bawa badan dan keperluan asas harian sahaja.
Keistimewaan pakej pelancongan Shaklee ialah, pihak syarikat membenarkan kami membawa ibu bapa beserta anak-anak (*T&C applied). Menarik, kan?
Tak banyak syarikat Multi-Level-Marketing yang memberikan peluang sebegini. Maka, sangat sesuai bagi kita yang sememangnya melakukan bisnes Shaklee dan bekerja dari rumah kerana ingin membesarkan anak di depan mata.
Kami menggunakan keistimewaan ini dengan memberi peluang kepada anak sulung untuk menunaikan Umrah. Saya tak ikut kerana masih menyusukan anak ke-3 kami yang berusia setahun.
Kelebihan lain ialah, Shaklee (M) memilih hotel yang berdekatan dengan Masjid bagi memudahkan kita untuk membuat ibadat sepenuhnya di Tanah Suci. Alhamdulillah…
Kenapa Perlu Sertai Umrah Ziarah Shaklee?
Ada yang berkata, “Nak pergi Umrah pun nak tunggu Shaklee hantar ke?”
Bukan begitu. Pilihan untuk Umrah Ziarah ini memang ditawarkan oleh pihak Shaklee saban tahun business cycle. Ada syarat yang perlu dipatuhi. Jujurnya, nak dapat 1 tiket Umrah pun bukannya senang. Namun, taklah mustahil juga.
Dengan kata lain, trip Umrah ini adalah ganjaran dari pihak syarikat sebagai penghargaan di atas pencapaian bisnes, dan usaha keras kami selama setahun. Kami boleh pilih nak sertai Umrah, atau trip insentif yang lain.
Benar kita boleh kumpul duit dan pergi menunaikan Umrah bila-bila masa sahaja yang kita mampu. Tak perlu tunggu Shaklee hantar baru nak ke Umrah. Namun, secara pendapat saya, jika ada peluang untuk menunaikan Umrah secara percuma, kenapa perlu tolak kan?
Dengan menerima pakej Umrah Ziarah percuma dari Shaklee ini, duit yang telah kita kumpul untuk ke Umrah mungkin boleh di infaq kan ke jalan Allah, bayar zakat dengan jumlah yang besar, beri bantuan ke rumah kebajikan, dan wakafkan ke jalan Allah. Insya Allah…
“Antara satu UMRAH dengan UMRAH yang lain adalah penghapus dosa di antara keduanya, dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali Syurga.”
“Orang-orang yang menunaikan HAJI dan UMRAH adalah tetamu Allah SWT. Jika mereka memohon kepada-Nya, nescaya Dia akan memperkenankannya. Dan jika mereka meminta ampun kepada-Nya, maka Dia akan mengampuni dosa mereka.”
Semoga semua peserta beroleh Umrah yang mabrur, dan ibadah Umrah yang dikerjakan diterima oleh Allah SWT. Dan semoga lebih ramai lagi pengedar Shaklee aktif akan berpeluang merasai tajaan Umrah Ziarah percuma daripada Shaklee ini. Aamiin…
*Kami ialah Pengedar Shaklee aktif di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp: 017-3030081
Follow FB: Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Trackbacks
[…] Saya harap saya pun boleh dapat pakej macam ni.. (Pakej Umrah Shaklee) […]
[…] lagi. Di antara destinasi percutian di luar negara bersama Shaklee yang pernah kami sertai ialah Umrah & bercuti di Dubai pada tahun 2013, serta Shaklee Global Conference sambil bercuti di Los Angeles & San […]
[…] sebab anak teruna ini sangat kuat menyusu, tak sempat nak buat stok EBM. Jadi, saya hadiahkan pakej Umrah & Dubai kepada suami dan anak […]