Arwah nenek saya meninggal dunia kerana kanser payudara.
Masih ingat lagi cerita dari emak, tentang bagaimana dia menjaga arwah nenek, terutama di hari-hari terakhirnya. Tipulah kalau saya tak rasa risau. Walaupun tak pernah jumpa dengan arwah nenek, tapi kita tahu ada sejarah keluarga di situ. Dengan kata lain, faktor keturunan (sejarah keluarga).
Kanser payudara bukan sahaja menyerang payudara, malah ia juga boleh merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah, dan kemudian tersebar ke seluruh badan terutama bahagian tulang, hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari. Dalam kebanyakkan kes, kanser payudara mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis sewaktu ianya dikesan.
Metastasis adalah satu proses di mana sel-sel kanser telahpun merebah ke bahagian lain di seluruh tubuh badan. Alangkah baik sekiranya kanser payudara dapat dikesan di peringkat awal.
Apa Itu Kanser Payudara
Kanser payudara atau barah payudara, ialah sejenis penyakit di mana ada sel-sel kanser (malignant) di dalam tisu-tisu payudara. Ini bermaksud, sesetengah sel di dalam payudara membesar secara luarbiasa. Sel barah berlainan dari sel biasa dalam beberapa cara.
Sel kanser membahagi dan membesar secara cepat, dan menyerang tisu-tisu di sekelilingnya.
Lelaki juga ada kebarangkalian mendapat kanser payudara. Namun, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding lelaki. Ia merupakan antara penyebab utama kematian wanita di seluruh Malaysia. Hampir 3,500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun.
Faktor Risiko dan Gejala Kanser Payudara
Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Di antara faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser payudara ialah:
- sejarah keluarga (emak, adik-beradik perempuan, anak perempuan pernah hidap kanser payudara).
- pernah menghidap ketumbuhan pada payudara benigna proloferatif (benign proloferative).
- menghidap kanser ovari atau rahim.
- sejarah haid (datang haid awal, putus haid lambat).
- sejarah kelahiran (tiada anak, atau melahirkan anak pada usia lanjut).
- pengambilan estrogen tambahan.
- peningkatan umur.
- minum arak.
Selain daripada mengetahui tentang faktor-faktor penyebab kanser payudara, setiap wanita juga harus peka dengan sebarang perubahan pada diri sendiri.
Di antara gejala utama yang dialami oleh pesakit payudara ialah:
- ketumbuhan, ketulan pada payudara.
- pengeluaran cecair lelehan dari puting.
- sakit dan ketidakselesaan luar biasa sekitar payudara.
Sekiranya terdapat mana-mana gejala di atas, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Pemeriksaan Sendiri Payudara, Kempen Kesedaran Kanser Payudara
Jika kanser payudara dapat dikesan pada peringkat awal, ada peluang yang lebih optimis untuk pesakit diselamatkan. Soalan lazim tentang kanser payudara.
Jadi, semua wanita perlu:
- Cakna tentang kanser payudara, terutama tentang gejala-gejala utama.
- Melakukan pemeriksaan payudara sendiri (PSP).
Pemeriksaan payudara sendiri ini harus dilakukan sekali sebulan, iaitu beberapa hari setelah darah haid berhenti. Jika tak yakin nak buat sendiri, pergi sahaja berjumpa kakitangan kesihatan untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan.
Bagi wanita berusia 40-an ke atas, ujian saringan mammogram juga harus dijalankan. Ujian mammogram dapat kesan perubahan pada tisu payudara, yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal sahaja.
Doktor mungkin akan buat pemeriksaan lanjutan seperti mengambl biopsi, atau sampel tisu payudara, jika perlu. Yang penting, semua wanita wajib sedar tentang kanser payudara.
Usaha Untuk Mencegah Kanser Payudara
Awal tahun 2009, saya menjalani pembedahan kerana breast abscess. Jangan salah faham, breast abscess bukan kanser. Ia terjadi kerana proses penyusuan, menyusukan anak.
Clogged duct, mastititis, breast abscess dan akhirnya terpaksa menjalani pembedahan surgical incision and drainage. Selepas pembedahan pun banyak kali saya kena clogged duct dan mastitis lagi. Seram sangat. Dah 8 tahun berlalu, tapi tetap ingat.
Atas sebab ini, dan risau dengan sejarah keluarga yang pernah hidapi kanser payudara, saya amat pentingkan pemakanan sihat setiap hari, terutama makanan tinggi yang tinggi antioksidan. Tak lupa juga vitamin seperti Beta Carotene, Vitamin C, Vitamin E dan Polifenol.
Makanan yang kaya dengan antioksidan, dan khasiat polifenol amat penting untuk melindungi sel-sel badan yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas. Maklumlah dengan gaya hidup masa kini, setiap masa radikal bebas menyerang kita. Malah, agak mustahil untuk kita dapatkan nutrisi yang cukup melalui pemakanan harian sahaja.
Dalam masa yang sama, kami juga cuba amalkan gaya hidup sihat, kurangkan manis, elakkan fast food dan processed food. Masak sendiri di rumah sahaja. Semoga usaha kecil dan berterusan ini dapat melindungi sel-sel badan daripada serangan penyakit kanser.
Jika anda ada simptom kanser payudara, segeralah dapatkan rawatan perubatan dari doktor.
Noriza Abdul Rahman says
Kalau ada sedara mara yang kanser memang kita agak takut, kan?
GenkiMomma says
Yup, seram sangat…
Nur Razali says
Nur sendiri pun sama sedara mara ada kanser payudara. Bila da tau ada sejarah keluarga ni kan cuba amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat juga pengambilan vitamin. Lebih baik kita usaha cegah sebelum terlambat kan 😊
GenkiMomma says
Usaha mencegah ajelah yang bolehkan, selebihnya kita serah pada Yang Maha Esa..
Oja Samid says
Keluarga takde sejarah kanser payudara, tapi still berjaga-jaga dan takut juga sebenarnya. Muda-muda dulu banyak makan macam-macam benda tak berkhasiat, dah tua-tua nie baru sedar diri sikit. So banyak nak kena ubah dan jaga.
GenkiMomma says
Samelah, dah laa banyak makan processed food & fast food.. pastu makanan sekarang nie, byk sangat yg GMO, risauuu…
kate says
Saya pun ada mak cik meninggal sebab Kanser Payudara. Dan saya sendiri pernah ulang alik ke hospital sebab Ada ketulan dekat breast. Syukur, ketulan tu hanya ketulan biasa. Sejak itu, dah rajin cek sendiri setiap bulan di rumah.
GenkiMomma says
Wahhh samelah kita ye Kate.. antioksidan tak boleh tinggal tue, kita usaha lah untuk mencegah, kann..