Bila bercakap tentang pencuci muka, kebanyakkan iklan dalam majalah, di televisyen, mahupun di enjin carian online, semuanya bercerita tentang pencuci muka wanita. Tak banyak iklan pencuci muka lelaki. Jika pergi ke pasaraya pun, tak banyak rangkaian pencuci muka khusus untuk lelaki.
Namun, realitinya hari ini, kaum lelaki pun menghadapi masalah kulit wajah. Lelaki juga ada masalah kulit muka berminyak, muka kering, dan banyak jerawat di muka.
Sama sahaja macam wanita. Jadi, lelaki juga perlukan penjagaan muka yang betul.
Pencuci Muka Lelaki, Buat Kulit Wajah Kering Menggerutu
Ini kisah benar suami saya. Asalnya, beliau memang tak pakai sebarang pencuci muka. Kulit muka pun jenis normal, jerawat langsung tak ada. Standard kan, remaja lelaki begitu.
Masalah mula timbul bila kami sambung belajar di luar negara yang ada 4 musim. Kulit mukanya menjadi kering di musim sejuk, dan berminyak sebab berpeluh di musim panas. Sekali sekala timbullah jerawat di muka. Ketika inilah beliau mula gunakan pencuci muka.
Mulanya beliau beli pencuci muka khusus untuk lelaki. Banyak di pasaran, pencuci muka ‘For Men’ kan. Beliau cuba satu jenama ini. Yang tak best nya, kulit wajah jadi kering dan ala menggerutu.
Ada satu hari tue, beliau cuba pencuci muka yang saya gunakan. Di Jepun memang ada banyak produk penjagaan muka yang semulajadi, dan mesra alam. Masuk sahaja di farmasi, pening kepala nak pilih mana satu. Selepas beberapa hari pakai pencuci muka yang kalau ikut iklannya untuk wanita, kulit wajah suami kembali lembut dan licin. Tidak lagi kering menggurutu.
Paling utama, tiada jerawat dah. Alhamdulillah, settle masalah sementara.
Pencarian Pencuci Muka Lelaki Di Malaysia
Masalah timbul kembali apabila kami pulang ke Malaysia. Mana nak cari pencuci muka yang lembut di kulit wajah lelaki, macam yang kami guna di Jepun tue?
Sekali lagi dia mencuba pencuci muka khusus untuk lelaki, yang ada tulis ‘For Men’ tue. Masalah yang sama berulang kembali, mukanya menjadi kering, menggerutu dan mula naik jerawat.
Sehinggalah pada penghujung 2009, saya berkenalan dengan NutriWhite Deep Foaming Clenaser. Mulanya, ragu-ragu juga nak cuba. Maklumlah harga seratus lebih. Kalaulah tak serasi nanti, membazir sahaja bayar mahal-mahal.
Percubaan Pencuci Muka NutriWhite Deep Foaming Cleanser
Namun, sebab dah makan vitamin Shaklee selama setahun, dan yakin dengan khasiat dan kualiti produk Shaklee, maka beli jugalah NutriWhite Deep Foaming Cleanser tue. Katanya,
- Membersih dan menyegarkan kulit.
- Rumpai laut tanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati, dan tegangkan kulit.
- Alga Hijau melembapkan kulit, dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin.
- Strawberi Begonia mencerahkan, dan meratakan tona kulit.
Wah, sounds convincing kan? Jadi beli jugalah…
Ya Allah, kali pertama pakai di muka, terus jatuh hati! Picit sedikit sahaja, ala 2 biji kacang hijau. Tapi, buihnya banyak penuh muka. Yang best tue, lepas bilas muka terasa lembut aje. Tiada langsung rasa kering tegang, macam kebanyakan pencuci muka di pasaran.
Kalau pakai seorang, boleh tahan sampai 9-10 bulan. Ini kalau guna 2 kali sehari tau, siang dan malam. Jimat sangat. Sebabnya, picit sedikit sahaja, tapi boleh hasilkan buih yang banyak.
Kongsi Pencuci Muka NutriWhite Dengan Suami
Bila tengok muka saya serasi pakai Nutriwhite Deep Foaming Cleanser nie, suami pun teringin nak cuba pakai. Tapi, mula-mula tue dia trauma juga lah, takut kesan sama macam sebelum ini.
Bila dah 2-3 kali pakai, terus jatuh cinta jugalah, “Abang rasa serasi lah dengan pencuci muka Nutriwhite tue. First time rasa muka tak kering bila cuci. Jerawat pun takde nie”.
Sejak itu, bermulalah episod perkongsian pencuci muka NutriWhite dengan suami. Merata dah kami bawa pencuci muka NutriWhite ini travel, ke Italy, Jordan dan juga Umrah.
Kalau pergi memancing pun, si dia angkut 1 tube bersama tau. Sentiasa kena standby 2 tube Nutriwhite cleanser di rumah. Kalau tak nanti, diri sendiri lah yang tak dapat nak cuci muka.
Tambahan lagi, kalau dulu 1 tube pencuci muka NutriWhite boleh tahan lama. Sekarang ini, 1 tube tahan tak sampai setengah tahun. Maklumlah pakai berdua.
Lagipun, kita picit besar 2 biji kacang hijau aje. Si dia picit mengalahkan 2 biji kacang tanah!
Aduh, pasrah ajelah, hihihi… 😛
Pencuci Muka NutriWhite Cepat Habis
Tapi, kami dah jumpa cara baru untuk memanjangkan sedikit jangka hayat pencuci muka NutriWhite ini. Kita pakai sehabis baik, jangan membazir secubit pun.
Bila kita picit dah tak keluar apa-apa, jangan dibuang dahulu. Gunting tube pencuci muka itu, korek sedikit di dalamnya, dan gunakanlah seperti biasa. Sayang wooo…
Lelaki kesayangan anda guna pencuci muka jenama apa? Bolehlah kongsikan di sini, mana tahu membantu kaum lelaki di luar sana, yang masih lagi tercari-cari pencuci muka lelaki yang sesuai.
Shaklee Youth SkinCare, Rahsia Wajah Kekal Jelita 10 Tahun Lebih Muda
Arnie Samsudin
Peminat Setia Pencuci Muka NutriWhite, kini dah bertukar ke Shaklee Youth.
WhatsApp 017-3030081 jika nak cuba Shaklee Youth SkinCare.
azimah mohd zainuddin says
Kalau dah cuba nutriwhite cleanser memang takkan berubah ke jenama lain. Paling suka sekali ianya lembut pada kulit. Amat sesuai kepada mereka yang kulit sensitif
GenkiMomma says
Paling best sebab picit siket je, tapi bubble dia banyak.. Jadi boleh tahan lama cleanser nutriwhite nie, jimattt… 😉
Noriza Abdul Rahman says
Geng maskulin ni kalau mencuci muka memang cepat habis kan arnie? Suami akak pun sejak dah kenal dengan nutriwhite ni memang dia sorang saja yang conquer
GenkiMomma says
Kannn kak nord.. tapi masalahnya, tak perlu picit banyak2 pun bubble dah penuh muka kann, pembazironnn gitew… 😛
dedauncomel.com says
Shaklee pun rupanya ada keluarkan produk pencuci muka?
Memang saya pernah cuba pencuci muka tulis “For Men” tak ingat jenama apa.. Tapi macam saya berhenti pakai sebab buat muka saya nampak suram.
Bila saya cuba yang perempuan punya cuci muka, okay pula. Tapi mungkin saya kena cuba nutri white ni..
GenkiMomma says
Nampaknya lepas nie kaum lelaki tak perlu dah cari pencuci muka “For Men” yea..
Nur Razali says
Sep siket kak arnie. Kita sama share pencuci muke nutriwhite ni dengan suami 😉 orang lelaki ni lagi susah sebenarnye kan nak pilih pencuci muka yang sesuai. Bila da jumpe yang betul2 serasi tak pandang yang lain dah.
Alhamdulillah. Jimat masa dan duit nak survey2 😊😊😊
GenkiMomma says
Bila kongsi2 nie, nak travel pun senang kan.. Tapi, kena banyak bersabar laa sebab cepattt aje habis 1 tube tue… 😛