Alhamdulillah, hujung bulan November lepas (20 – 28 Nov, 2015), kami telahpun selamat menyertai percutian 5 bintang ke Italy, yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee Malaysia. Seramai hampir 270 orang Shaklee business leaders turut serta di dalam trip percuma Shaklee ke Italy ini.
Sebenarnya pengalaman bercuti di Italy dengan Trip Percuma Shaklee ini memang sangat-sangat best! Serius! Tak boleh nak diceritakan dengan satu entri ini sahaja.
Jadi, untuk kali ini saya kongsikan summary sahaja. Cerita lebih detail akan menyusul kemudian, Insya Allah…
Pengalaman Bercuti Di Italy Dengan Trip Percuma Shaklee
Setiap kali menyertai Trip Percuma Shaklee, sama ada di dalam mahupun di luar negara, pasti akan teruja. Kami di layan seperti VVIP kerana hampir kesemuanya disediakan 100% oleh pihak Shaklee. Kita hanya bawa badan sahaja. Sebelum bertolak kami telah dihadiahkan dengan winter jacket dan luggage setiap seorang. Di sini je dah jimat banyak RM sebab tak perlu beli luggage dan winter jacket sendiri.
Mahal kan harga barang musim sejuk di Malaysia.
Tiket penerbangan pergi balik, hotel tempat penginapan 5 bintang, kos pengangkutan darat dengan bas dan bullet train, semuanya percuma. Sepanjang di Italy, kami menginap di 3 buah hotel:
- Di Milan – Melia Milano Hotel.
- Di Florence – Hilton Florence Metropole Hotel.
- Di Rome – Rome Marriott Park Hotel.
Makan breakfast, lunch & dinner disediakan percuma juga. Ada sekali pihak Shaklee tak sediakan lunch kerana kami diberi peluang untuk beraktiviti bebas di Outlet. Sebagai gantian, kami diberikan 50 Euro seorang siap-siap semasa di KLIA, sebelum berlepas.
Macam kami yang pergi dengan 3 tiket (3 orang) nie, maka dapatlah in total 150 Euro (lebih kurang RM750). Alhamdulillah, dapatlah kami gunakan duit makan ini untuk membeli souvenirs dan lain-lain. Dengan keadaan ekonomi di Malaysia sekarang, kalau tiba-tiba ada orang hadiahkan 1 Euro percuma pun bersyukur sangat. Inikan pula 150 Euro? Alhamdulillah..
Sepanjang di Italy juga, pihak Shaklee sentiasa menyediakan makanan Halal untuk kami. Kami turut di bawa ke Masjid dahulu sebelum bersiar-siar. Alhamdulillah, berpeluang menunaikan solat di Masjid di Florence, dan juga Masjid Besar Rome. Biasanya Shaklee akan booking satu restoran. Jadi, sekiranya pada hari tersebut tiada agenda ke Masjid, kami akan solat sahaja di mana-mana ruang kosong di dalam restoran tersebut ketika waktu lunch.
Perbezaan Melancong ke Negara Eropah
Dengan jumlah business leaders yang ramai, Shaklee telah bahagikan kami kepada 3 kumpulan, bermakna kami naik 3 airlines yang berlainan. Kami menaiki Singapore Airlines , jadi perlu transit di Singapore dahulu. Beza masa Italy dan Malaysia ialah 7 jam, di mana, Malaysia awal 7 jam dari Italy.
Melancong ke negara Eropah memang terasa sangat berbeza, terutama perubahan siang ke malam dan sebaliknya. Kali pertama merasa malam yang panjang hampir 20 jam. Kami bertolak dari Changi Airport jam 2 pagi, dan sampai di Milano Malpensa Airport jam 8:30 pagi (waktu tempatan 3:30 petang). Jarak masa perjalanan dari Singapore ke Milan ialah 13 jam.
Kali pertama juga merasa siang yang sangat pendek, tak sampai 7 jam. Bertolak dari Rome Airport jam 11 pagi. Menjelang jam 2 petang waktu Italy, kami masuk ke zon malam semula. Alhamdulillah, kami tiba di Changi Airport semula pada jam 6 pagi waktu Malaysia.
Pemandangan dari atas memang sangat cantik, terutama apabila kapal terbang melintasi kawasan pergunungan bersalji. Dapat menyaksikan matahari naik sedikit demi sedikit, bertambah Wow! Semua fenomena ini buat kita berfikir berkali-kali akan kebesaran Allah, pencipta Alam, sepanjang perjalanan.
Benarlah kata orang jauh pengalaman, luas pemandangan.
Peluang naik Italia Bullet Train (Business Coach)
Tempat pertama turun di Italy ialah Milan. Dari Milan, kami travel ke Florence dengan bullet train, Trenitalia. Dari Florence, kami travel ke Rome dengan bullet train juga.
Jika naik bas, perjalanan Milan-Florence & Florence-Rome mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dengan bullet train, perjalanan menjadi lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Bukan itu sahaja, demi nak beri keselesaan kepada kami, Shaklee sewakan Business Coach buat kami semasa dalam bullet train.
Tambahan lagi, demi tak mahu menyusahkan kami, pihak Shaklee telah menyewa lori khas untuk membawa luggage kami sahaja melalui jalan biasa. Jadi, kami travel light, bawa diri sendiri sahaja naik bullet train.
Baik sangat Shaklee nie. Memang kami enjoy & relax melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Sepatah kata tourist guide kami yang baik,
“Sepanjang i jadi tourist guide nie, Shaklee is the first company yang sewa Business Coach dalam Bullet Train untuk ahlinya, dan sewa 2 kali pulak tue! Biasanya company lain kalau buat trip mesti bagi sebajet yang mungkin.”
Semasa kami di Rome, sedang beratur panjang nak masuk dalam Colosseum:
“Susah sebenarnya nak dapat tiket masuk ke Colosseum untuk group ramai-ramai begini, sebab always full je. Pihak Colosseum pun control berapa ramai yang boleh masuk sehari. Jadi, biasanya kami bawa group datang, dan ambil gambar di luar Colosseum aje.
Tapi Shaklee memang baik hati lah, 6 bulan sebelum dah booking untuk bagi you all masuk dalam nie. “
Alhamdulillah, terima kasih Shaklee Malaysia kerana sangat menghargai semua ahlinya!
Surprise Gifts dari Shaklee
Cenderamata dari pihak Shaklee pun banyak. Sebelum bertolak kami dah dapat payung eksklusif Shaklee. Sampai sahaja di Milan, kami diraikan oleh pihak syarikat dan dikalungkan medal eksklusif Shaklee. Di bilik hotel di Milan, kami di sambut dengan Welcome Card. Di bilik hotel di Florence, kami di kejutkan dengan thumb drive ekskusif Shaklee.
Akhir sekali, semasa di malam Gala Dinner di Rome, kami di hadiahkan piring souvenir Rome. Kami turut diberi ‘tiket’ International Trip Shaklee ke Orlando US 2016 siap-siap, sebagai pembakar semangat semua untuk rebut lebih banyak tiket trip percuma Shaklee tahun depan.
Dalam banyak-banyak hadiah, personally saya paling terharu apabila pihak Shaklee siap sertakan jadual waktu solat untuk rujukan kami semasa di Italy. Betapa pihak syarikat begitu menjaga kebajikan kami, pengedar Shaklee Muslim.
Bagaimana nak dapat Trip Percuma Shaklee nie?
Langkah pertama ialah, anda WAJIB mendaftar keahlian Shaklee terlebih dahulu.
Untuk layak mendapat tiket Trip Percuma Shaklee, seorang business leader perlu mencapai sales tertentu, serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Jadi, bukan senang nak dapat walau 1 tiket sebenarnya. Namun ianya bukanlah mustahil juga, kerana ramai juga yang dapat 4, 5 dan 6 tiket!
Jangan risau, kami akan guide langkah demi langkah sehingga anda berjaya.
Alhamdulillah, untuk trip percuma Shaklee ke Italy tahun ini, kami berjaya membawa bersama 5 orang (5 tiket) dari group GenkiMomma – Puan Siti Zaharah & Puan Nafisah. Seronok rasa dapat travel bersama-sama business partners. Kegembiraan dapat dikongsi bersama.
Puan Siti Zaharah
Call/ WhatsApp 012-558 0858
Pengedar Shaklee Ipoh & Penang.
Puan Nafisah
Call/ WhatsApp 019-433 0815
Pengedar Shaklee Juru, Perai, Seberang Jaya, Penang & Parit Buntar.
Jika anda berada berdekatan dengan mereka, boleh hubungi mereka terus di nombor di atas untuk mendapatkan produk Shaklee, ataupun menyertai empayar Shaklee mereka yang hebat. Konsultasi dan bimbingan bisnes Shaklee diberikan dengan penuh komited!
Percutian 5 Bintang Percuma ini bagaikan BONUS TAHUNAN buat kami, sebagai tanda penghargaan dari pihak syarikat di atas usaha keras & kejayaan bisnes kami sepanjang tahun. Bonus Tahunan dalam bentuk wang tunai pun ada. Yang itu kita cerita nanti bila anda dah sign up keahlian Shaklee bersama tema kami, ya.
Jom sertai keluarga besar GenkiMomma Group, kami tunjukkan caranya. Insya Allah..
Ok next ialah, kena order album online dari Photobook Malaysia pula. Banyak nak kena compile nie… 😉
*Kami ialah Pengedar Shaklee aktif di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Rahul says
The video of Journey to Milan, Italy is very fantastic. I am charmed to see this.
GenkiMomma says
Thank you!
Noriza Rahman says
Suatu pengalaman yang sangat indah dan best yang dikongsikan…jelesnya diriku…
GenkiMomma says
Best sangat kak nord! Selama nie dok hantar hubby & anak2 je, bila kita experience sendiri trip Shaklee nie, Ya Allah, speechless! Best sangat!!! 😉
nur razali says
Ya Allah rasa seronokkk sgt baca entry kak arnie nih..terus trbayang sekali ada kt italy jgk, part yg paling mengharukan Shaklee Malaysia betul2 jg kebajikan orang Islam bab solat tuh..terbaik lah 😉
GenkiMomma says
Yup, Shaklee jaga sangat2 kebajikan kita pengedar Muslim nie Nur.. Bawa pergi Masjid, sediakan makanan Halal sepanjang trip kat macam2 Italian Restaurant, even kat hotel pun pihak hotel sediakan satu dining hall khas untuk Halal food, Alhamdulillah.. Saya doakan Nur juga akan ke Italy dgn trip Shaklee suatu hari nanti, Aamiin… 😉
azimah mohd zainuddin says
Banyakkan gift dari Shaklee yang memang best sangat…semuanya untuk menghargai SID yang telah berpenat lelah
GenkiMomma says
Shaklee memang suka bagi surprise selalu Zimah.. kita “terpaksa” lah terima gift tue semua, hehe… 😀