Berkhatan anak lelaki amat di tuntut oleh agama Islam (bagi yang tiada masalah kesihatan yang memudaratkan). Berkhatan atau bersunat merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit. Ini kerana kawasan tersebut boleh menjadi tempat pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan.
Khatan berasal daripada perkataan Khitan, yang bermaksud potong. Dalam proses berkhatan, sebahagian kecil daripada kulit kulup pada hujung alat sulit akan dibuang (circumcision).
Alhamdulillah, anak lelaki sulung kami telahpun selamat berkhatan minggu lepas, sempena cuti sekolah panjang, hujung tahun 2015.
Sebelum Berkhatan Anak Lelaki, Apa Nak Buat?
Sebelum bersunat, kami membuat survey pelbagai klinik di sekitar Shah Alam yang menawarkan khidmat berkhatan anak lelaki. Akhirnya, kami pilih Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam.
Jadi, kami terus call untuk bertanyakan tentang teknik berkhatan dan kos rawatan. Pilihan kami ialah teknik laser. Maklumlah, ramai yang cakap berkhatan dengan teknik laser agak mahal. Biasanya dalam lingkungan RM300. Malah, baru-baru ini ada anak sahabat yang kena sampai RM600. Berpeluh dengar, kan?
Setelah berpuas hati dengan penerangan staff Klinik Ajwa, terutama kos berkhatan, kami terus buat appointment. Dapat giliran jam 7:45 malam, pada 15 Disember, 2015.
Berdebar sebenarnya nak berkhatan anak lelaki di Klinik Ajwa ini, kerana ini merupakan kali pertama kami membuat rawatan di Klinik Ajwa. Kebiasaannya, kami hanya bawa anak di klinik sekitar Setia Alam, ataupun jika perlukan rawatan susulan, terus bawa ke DEMC Shah Alam.
Sebagai ibu, saya mula membaca info tentang berkhatan termasuklah penjagaan selepas berkhatan. Rupa-rupanya banyak lagi yang saya tak tahu berkaitan berkhatan, contohnya tentang Phimosis.
Phimosis ialah satu keadaan di mana di mana pembukaan kulit pada hujung zakar terlalu sempit dan menghalang aliran kencing. Paraphimosis pula ialah kulit hujung zakar tersekat di belakang glans. Kedua-dua masalah perubatan ini boleh diatasi dengan berkhatan.
Sebelum Berkhatan, Apa Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Phimosis?
Terus-terang, ibu pun nervous sangat!
Pengalaman Berkhatan Anak Lelaki di Klinik Ajwa Shah Alam
Selepas Maghrib, kami terus bergerak ke klinik Ajwa. Tiba di klinik, nampak ada seorang budak lelaki baru keluar dari bilik doktor berkain pelikat. Confirm baru lepas berkhatan juga nie.
Bila kami mendaftar, staff di kaunter terus suruh kami masuk ke bilik doktor. Tak perlu tunggu lama, malah tak sempat duduk pun.
Masuk sahaja ke bilik doktor, ada 2 orang di dalam nya. Tak pasti samaada kedua-duanya doktor, atau tak. Yang pasti, kedua-duanya sangat baik, penerangan mereka jelas dan friendly.
“Adek tau ke bersunat nie kita nak buat apa?
Ok, mula-mula kita akan cuci dulu sekeliling nie (sambil pegang part berkenaan). Kemudian kita akan bagi ubat bius, kat sini, sini, sini. Pastu dah.
Masa bius tue rasa macam kena gigit semut sket. Haa tue jelah sakitnya. Sakit kat part bius aje. Lepas tue adek tak rasa apa-apa dah. Pastu siappp…”
Macam-macam jugaklah anak kami tanya, nervous kan. Akhirnya nampak anak kami agak relaks selepas berbual-bual dengan mereka.
Proses Berkhatan Anak Lelaki Dengan Teknik Laser
Proses berkhatan dengan teknik laser ini lebih kurang sama seperti teknik konvensional.
- Mulanya, diberikan suntikan pelalian (bius) secukupnya.
- Kemudian, kulit kulup akan dipotong dengan gunting terlebih dahulu.
- Selepas itu barulah lebihan kulit kulup yang tinggal dipotong, dan dikemas kini dengan teknik laser (electrocautery).
- Akhir sekali, luka terbuka tersebut di jahit seperti biasa.
Kelebihan berkhatan teknik laser (electrocautery) ialah, ia dapat hasilkan potongan yang bersih, dan kurang pendarahan berlaku. Penjagaan selepas berkhatan juga agak mudah.
Selesai berkhatan, doktor terangkan kepada kami serba sedikit penjagaan selepas berkhatan. Sebelum pulang, doktor nasihatkan anak kami terus makan ubat tahan sakit (Paracetamol) semasa masih di klinik, kerana sakit berkhatan itu akan mula terasa selepas kesan ubat bius hilang.
Inilah ubat yang kami terima, 2 jenis aje. Ubat sapu Gentamicin dan juga Paracetamol 250mg.
Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan servis di Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Dari khidmat staf di kaunter, sehinggalah khidmat doktor bertugas yang mengkhatankan anak lelaki kami. Klinik ini juga amat luas (kalau tak silap 3 shoplot), selesa dan berhawa dingin.
Berkhatan Anak Lelaki Di Shah Alam
Untuk ibu ayah di sekitar Shah Alam, bolehlah cuba bawa anak lelaki untuk berkhatan di sini. Nak khatan baby girl pun boleh. Kalau nak survey harga ke, nak buat appointment ke, sila call nombor di bawah nie tau… Recommended, uols! 😉
Klinik Ajwa
Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5510 6258
Alhamdulilah, kami berdua berpeluang menyaksikan sendiri proses berkhatan anak lelaki kami dari awal sehingga akhir. Suami relaks sahaja. Saya, jujurnya, memang agak ngeri juga lah. Siap terfikir, bagaimanalah orang zaman dahulu kala berkhatan anak lelaki mereka tanpa bius?
Nasihat saya, jika anda tidak kuat semangat, jangan buat-buat berani tengok proses berkhatan tersebut. Nanti anak lelaki anda cool aje selepas berkhatan, anda pulak yang trauma berhari-hari!
Saja saya kongsikan di blog ini tentang pengalaman berkhatan anak lelaki supaya menjadi rujukan kami sendiri di masa akan datang, kerana kami ada seorang lagi anak lelaki berusia 3 tahun. Kalau tak tulis nanti, confirm sendiri pun lupa! 😛
Semoga perkongsian saya ini turut membantu dan memberi idea kepada first-time parents yang merancang untuk sunatkan anak lelaki anda.
Insya Allah, nanti saya kongsikan tentang penjagaan selepas berkhatan anak lelaki pula…
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Noriza Rahman says
Tak da pengalaman lagi anak lelaki berkhatan
GenkiMomma says
Takpe, boleh share pengalaman anak perempuan berkhatan pula..
zul says
berapa rm kena utk sunat kat klinik ajwa nie
GenkiMomma says
Boleh call direct ke Klinik Ajwa di 03-5510 6258..
Hero Borneo says
Hasilnya pasti cantik dan kemas.. Untungla anak bujang puan.. Semoga menjadi anak soleh
GenkiMomma says
Aamiin, terima kasih di atas doanya tuan HB.. 🙂
Nore says
Terima kasih atas perkongsian..mmg tengah cari info tmpat utk khatan anak…
GenkiMomma says
Sama-sama kasih.. Semoga dipermudahkan urusan puan Nore… 😀