Pengalaman Bersalin Almost Gentle Birth Baby Dhira | Sahur pagi ini mengimbau kenangan setahun lepas, di mana ibu sedang bertarung nyawa di Labor Room DEMC. Kelahiran Dhira paling unik di antara 4 beradik, kerana dengan Dhira lah kali pertama ibu merasa almost gentle birth. Allah kabulkan doa ibu nak merasa se-natural mungkin. Dengan abang dan kakak dahulu, ibu “walk-in” ke hospital aje. 😀
Happy 1st Birthday, beautiful Baby Dhira!
Pengalaman Bersalin Almost Gentle Birth Baby Dhira
Saban hari ibu baca tentang Gentle Birthing sepanjang mengandungkan Dhira. My favourite ialah blog HypnoBirthing, ada FB Group Gentle Birthing. Walaupun tiada plan nak bersalin di rumah, ilmu yg diperolehi sedikit sebanyak ibu dapat apply dan rasa lebih relax menanti kehadiran Dhira. Braxton Hicks, relax. Bloody show, pun relax, sempat puasa penuh Sabtu dan Ahad. Blood with mucus plug, then ibu tahu Dhira dah nak keluar. Tapi taknak risaukan ayah, yang nak pergi Terawikh pun serba tak keruan, ibu tunggu regular contraction dengan penuh sabar.
Bloody show mula pagi Sabtu, 5 Julai. Ibu bisik pada Dhira, keluar 7 Julai laa, lawa siket tarikh, hehe. Alhamdulillah, contraction mula betul-betul malam 6 Julai. Contraction makin kerap selepas jam 12 malam. Mula-mula ingatkan masih Braxton Hicks. Tapi, setiap kali terjaga kesakitan tue masih ada. Dan paling best, jam macam tak bergerak. Lamanya dari jam 12 tengah malam nak ke pukul 1 nie.
Tak boleh tidur, pukul 2 pagi ibu bangun dan start timing contraction. Bloody show kali ini pun lebih tebal dan disertai dengan mucus plug, bukan darah sahaja. Selang masa contraction pula dalam 6-7 minit! Confirm nak bersalin dah nie!
First time track Contraction sendiri. Masih simpan lagi nota – July 7, 2014. 3:48 AM
Ingat nak ajak ayah pergi hospital lepas sahur aje, tapi contraction makin kuat. Ibu kejut ayah bila selang masa contraction dah 5 minit. Sempat makan 4 biji OsteMatrix untuk kurangkan rasa sakit Contraction. Superb Tips!
Kesakitan masa ini, sakit tapi masih bearable. Cumanya, dari meja makan nak jalan ke kereta yg jaraknya tak sampai 20 meter pun, hampir 4-5x ibu berhenti melangkah. Rasa nak merangkak pun ada. Serius!
Owh ya, first time ibu tengok ayah makan nasi laju giller, tak sampai 3 minit! Nasi putih dengan kicap aje, ayah tak peduli nak ambil lauk pun. Ayah siap lupa nak minum air, ok! Hihi..
Sampai di hospital sekitar jam 4:30 pagi, bukaan dah 6cm. Pengalaman pertama buat ibu. 3 kelahiran sebelum ini, sampai di hospital baru 2-3 cm sahaja. Alhamdulillah, Dhira selamat lahir ke dunia jam 5:24 pagi, 07.07.2014. Betul-betul beberapa minit sebelum azan Subuh. Kalaulah ibu tak kejut ayah tadi, dan tunggu lepas sahur baru nak ke hospital?
Allahu Akbar, apa yg kita fikir, rasa, cakap, buat, semua tue DOA, kan?
Baby Dhira betul-betul keluar pada tarikh 07.07.2014, seperti yang ibu ayah impikan!
Bersalin Gentle Birth vs Induced Labor
Sebelum ini orang selalu tanya ibu, “sakit tak bersalin induced?”
Kelakar rasa nak jawab, sebab ibu tak pernah merasa pengalaman bersalin natural contraction, macam mana ibu nak compare? Ketiga-tiga anak yang pertama dilahirkan secara induced dan SVD. Pergi weekly check up, jalan dah buka 2cm, terus masuk labor room. Jadi, bagi ibu kesakitan itu normal lah. Dah nama pun bersalin, ade ke bersalin yang tak sakit, kan?
Namun, bila dah rasa sendiri pengalaman bersalin dengan natural contraction, betul, memang berbeza sangat! No wonder orang selalu cakap yang induced nie sakit. Bagi orang yang dah biasa natural contraction, mungkin akan terkejut apabila kena induced. Darjah kesakitan kontraksi tue terus meroket, gitu.
Tapi, ibu pula sebaliknya, pengalaman bersalin bertukar dari induced labor kepada gentle birth. Alhamdulillah…
Happy 1st Birthday, baby Hadhirah! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Yana says
Terbalik kisah kita ye.. Saya pula no 4 baru kena induced!!! Memang serius serik walaupun rasa ok tp time meroket tu yg tak tahan. Alhamdulillah tak lama time peak tu x smp sejam je.. Xdpt bygkan org yg kena induce lama2 tu mcmna la tabahnya dia..
Happy bday Dhira!!
GenkiMomma says
Tenkiu auntie Yana! 😉
auntiekemai says
akak pula semua gentle birth ..natural semua .. tak pernah kena induced . Ingatkan paling sakit ialah gentle birth . rupanya yang meroket lagi sakit yer.
GenkiMomma says
Haah, badan kita macam tak ready dgn “darjah kesakitan” tue, hihi.. Terkejut gitu.. 😛
Oja Samid says
daku kat jepun tak pernah induce..pecahkan ketuban pun tak semua tempat amalkan. memang merasalah semua proses secara natural dri awal hingga akhir. tapi walaupun bersalin kat hospital, personally rasa sangat puashati dan happy..i guess itu boleh dipanggil “gentle birth”. n yang paling penting lagi, kita tak risikokan keselamatan diri n baby.
Olie says
Seronoknya 6cm baru masuk labour.jimat masa dalam labourr
????????