Pengalaman Jaga Anak HFMD | Anak kami Hafiy pernah terkena jangkitan HFMD, iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, ketika usianya 2 tahun 8 bulan. Masa tue, kerisauan paling utama ialah takut adiknya, baby Dhira yang baru berusia 5 bulan masa tue pun turut terjangkit HFMD.
Kami cuba kuarantin kan Hafiy sebaik mungkin daripada adik-beradiknya, terutama dari baby. Baju basuh berasingan. Toys pun rendam air panas, basuh guna Basic-H dan jemur tengah panas. Alhamdulillah, Dhira tak dijangkiti HFMD. Tanda-tanda awal Hafiy kena HFMD.
Sebelum nie memang pernah dengar tentang penyakit HFMD, tapi biasalah, selagi tak kena pada batang hidung sendiri memang tak ambil pusing sangat. Bila dah kena, barulah bersungguh cari gali info. Masa nie lah baru tahu bahawa penyakit HFMD ini rupanya bawaan sejenis virus yang dikenali sebagai enterovirus, meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).
Bila google tentang HFMD, macam-macam gambar kanak-kanak HFMD yang keluar. Dan, lepuhan HFMD mereka agak teruk. Aduhai, lagilah bertambah risau!
Pengalaman Jaga Anak HFMD
13 Dec 2014 (Hari Pertama HFMD)
Hari ini kali pertama lepuhan keluar dengan agak ketara. Ruam dan lepuhan di tangan, kaki dan mulut, pakej sekali dengan muntah-muntah.
Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak berdekatan, dan doktor sahkan Hafiy dijangkiti HFMD. Kami terima 4 jenis ubat, gabungan ubat makan (ubat demam & ubat gatal), ubat spray dan ubat sapuan di dalam mulut. Doktor siap pesan, lepas nie akan keluar lebih banyak bintik HFMD. Setiap budak tak sama impak HFMD, mengikut ketahanan badannya.
Doktor tanya juga, “nak antibiotik tak?”, tapi kami tolak antibiotik.
Sejujurnya masa tue saya tak tahu pun penyakit HFMD nie bawaan virus ke, bakteria ke, apatah lagi tentang kerintangan antibiotik. Cuma prinsip saya, memang tak gemar berikan anak-anak antibiotik sejak mereka kecil. Kalau boleh elak, kami elak.
Namun, memang tepatlah keputusan kami tak ambil antibiotik masa check Hafiy di klinik hari tue sebab HFMD nie penyakit bawaan virus. Antibiotik ialah untuk penyakit yang berpunca dari bakteria. Jadi, penyakit HFMD tak perlu antibiotik.
Set Nutrisi Immune Booster untuk anak HFMD
Kami merancang nak berikan suplemen kepada Hafiy dengan harapan untuk kuatkan imuniti badannya melawan jangkitan virus HFMD, serta mengurangkan lepuhan baru di tangan, kaki dan mulutnya. Makanan tambahan juga penting untuk bantu badannya dapat bekalan nutrisi harian yang lengkap walaupun tiada selera makan.
Jadi, sampai sahaja di rumah, kami terus berikan NutriFeron untuk membantu menguatkan antibodi badannya melawan virus HFMD. NutriFeron membantu menguatkan sistem pertahanan badan dengan meningkatkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan.
Apa pula Interferon? Interferon nie ialah sejenis protein yang akan dilepaskan oleh sel badan kita sebagai tindak balas terhadap kemasukan virus ke dalam sel badan. Interferon mampu mengekang replikasi virus, dan meningkatkan rintangan badan terhadap jangkitan.
Interferon: A naturally occurring substance that interferes with the ability of viruses to reproduce. Interferon also boosts the immune system. Interferon is so named because of its ability to interfere with virus reproduction.
HFMD ini pun sejenis jangkitan virus kan, maka sesuai sangat peranan NutriFeron menguatkan sistem imun, serta melawan virus HFMD, Insya Allah..
Selain itu, kami turut berikan Meal Shakes, multivitamin dan multimineral dalam bentuk serbuk. Selera makan memang langsung tiada. Jadi, suplemen Meal Shakes sahajalah harapan kami agar Hafiy dapat cukup nutrien untuk keperluan hariannya.
Untuk lepuhan lain di tangan dan terutama kakinya, saya sapukan Herbal Blend Cream. Krim Herbal Blend nie menyejukkan, dan bantu kurangkan rasa gatal. Nampak Hafiy kurang menggaru di tempat-tempat yang ada keluar lepuhan. Kadang-kadang macam tak menggaru langsung juga lah.
Bagaimana Dengan Ubat Dari Klinik Untuk Anak HFMD?
Jika kita tengok jenis-jenis ubat yang diberi, tiada pun ubat khas untuk virus HFMD.
Ya, memang HFMD tiada ubat khusus pun!
Sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu peka terhadap keadaan anak HFMD. Kalau suhu badan naik, berilah ubat demam. Kalau anak menggaru-garu, berilah ubat untuk kurangkan kegatalan. Kalau ada alternatif lain dengan fungsi yang sama dan terjamin selamat, apa salahnya mencuba.
Yang penting, kalau keadaan anak HFMD semakin teruk, toksah fikir panjang. Cepat-cepat bawa ke hospital untuk dpaatkan rawatan lanjut segera!
Macam Hafiy, sejak pulang dari klinik, badannya tak panas, dedar pun tidak. Jadi saya tak berikan ubat demam langsung. Saya cuba berikan ubat gatal, tapi dia menangis beriya tak mau makan ubat.
Hmm, ini memang masalah sejagat semua ibu bapa, kan? Anak-anak bercinta nak makan ubat. Nasib baiklah penyediaan NutriFeron dan Meal Shakes sangat mudah. Hanya campur ke dalam susunya, shake, shake, shake, dan boleh terus di minum.
Gel yang doktor beri kami sapukan untuk lepuh di dalam mulutnya. Yang ini, saya tak pasti apa jenama ubatnya kerana telah di re-pack ke dalam bekas kecil. Alternatif lain, ibu ayah boleh juga ganti dengan Bonjela. Syukur blister dalam mulut hanya that one and only. Tak beranak-pinak. Jadi, Hafiy tiada masalah nak minum susu. 2-3 hari lepas tue dah boleh makan nasi macam biasa.
17 Dec 2014 (Hari ke-5 HFMD)
Alhamdulillah, blister anak HFMD kami tidaklah terlalu teruk. Bagaimana kami jumpa blisters tue di hari pertama dia kena HFMD, begitu jugalah jumlah lepuhan tersebut di penghujungnya. Tak merebak dengan banyak. Hanya tambahan sedikit sahaja.
Blister nya juga cepat kering. Masuk hari ke-5 nie ruam di tangan dah clear. Blister dalam mulut nan satu itu pun dah tiada. Manakala lepuhan di kaki sudah kering tinggal parut berwarna coklat sahaja (rujuk gambar kiri dan kanan atas). Cuma kesan parut tue ambil masa sikit laa nak hilang, hari ke-10 pun masih ada lagi (rujuk gambar kanan bawah).
Alhamdulillah, kami yakin gabungan NutriFeron + Meal Shakes + Herbal Blend Cream sangat membantu anak HFMD kami sembuh dari penyakit HFMD ini dengan agak cepat, dengan izin Allah jua. Saya sangat recommend anda amalkan “3 sekawan” ini sekiranya ada di antara ahli keluarga anda, terutama jika anak kena HFMD. Kita tak mau lah blister nya melarat tak baik-baik, kannn..
Nak dapatkan Set Immune Booster untuk anak HFMD?
Jika nak cuba set Immune Booster dari Shaklee sama seperti yang anak kami, Hafiy, amalkan masa dia terkena HFMD nie, harga setiap produk adalah seperti berikut:
- NutriFeron (30 sachets) – RM192.13
- Meal Shakes (544 gram) – RM127.20
- Herbal Blend Cream (113 gram) – RM39.75
Jadi, jumlah harga Set Gastrik Shaklee ini ialah RM359.08 sahaja (tak termasuk postage).
Anda ada 2 pilihan untuk beli Set Immune Booster HFMD dengan mudah:
Cara (1): Beli set Immune Booster secara online di laman eSell (klik sini). Set Immune Booster Shaklee akan dihantar terus oleh pihak Shaklee (M) selepas pembayaran diterima.
Cara (2): Hubungi kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda), untuk kami bantu anda buat pembelian, pendaftaran ahli untuk lebih penjimatan, dan pertanyaan lanjut. Jujurnya, kami lebih recommend cara no. 2 kerana lebih jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee.
Jadual makan “Set Immune Booster” akan diberikan eksklusif buat customer GenkiMomma.My! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Kalau dah memang yakin tak perlu la bagi antibiotik kan? Kami pun memang tak bagi antibiotik kat anak-anak..syukur ada shaklee yang banyak membantu.Alhamdulillah dengan izinNya
GenkiMomma says
HFMD memang penyakit jangkitan virus, bukan jangkitan bakteria. Jadi, HFMD tak perlukan antibiotik langsung… 😀
Noriza Rahman says
Banyak sungguh la bakteria ni kan? Nyahkan dengan nutriferon la senang..hihi
GenkiMomma says
Makin banyak kes HFMD sejak akhir2 nie.. Kita usahakanlah kuatkan antibodi dengan NutriFeron, or at least minimize kan efek kalau terkena jangkitan HFMD tue, Insya Allah…