Zaman belajar di Jepun dulu, bandar Shinjuku menjadi tempat lepak kami berdua. Bila ada waktu terluang, kami akan naik train terus ke Shinjuku. Senang aje nak ke Shinjuku ini, kerana hanya perlu naik satu train yang sama aje dari tempat kami, Ikuta Eki, tak perlu tukar-tukar train line.
Shinjuku ini sebenarnya kawasan pusat pentadbiran di Tokyo. Jadi, ada banyak bangunan kerajaan dan pentadbiran, tak banyak pun tempat hiburan. Cuma adalah beberapa shopping complex yang besar macam Takashimaya, kedai elektronik popular Yodobashi Camera dan lain-lain.
Ya, memang pelik sikit hobi kami. Di saat kawan-kawan lain suka lepak di Shibuya, Akihabara, Ueno, Odaiba dan lain-lain tempat popular, kami berdua suka lepak di Shinjuku. Hehe… 😀
Tak Sangka Lokasi Shaklee Japan di Shinjuku, Tokyo
Jadi, bila Shaklee bawa kami untuk melawat Shaklee Japan Office di Shinjuku Tokyo, rasa teruja sangat. Walaupun tak sempat nak menapak ke tempat yang kami selalu lepak dulu, maklumlah Shinjuku ini sendiri sangat besar, tapi tetap menggamit kenangan silam.
Shaklee Japan terletak di tingkat 21 bangunan pencakar langit, Sumitomo Building di Shinjuku.
Mula-mula, bas turunkan kami berdekatan bangunan pentadbiran, Tokyo Metropolitan Government Building. Kami melawat bangunan kerajaan ini dahulu, sebab tak boleh ramai-ramai masuk ofis Shaklee Japan serentak. Tak muat, sebab rombongan Shaklee Malaysia ramai sangat.
Jadi, kena ikut giliran. Bila tiba giliran group kami, jalan kaki aje menyeberang dari bangunan kerajaan nie ke Sumitomo Building, sebab bersebelahan aje. In fact, dari tingkat atas ruang pelawat di Tokyo Metropolitan Government Building tue, boleh nampak Sumitomo Building ini (bangunan putih di kiri gambar di atas, pada tulisan GenkiMomma.My tue).
Jujurnya, tak sangka ofis Shaklee Japan nie berada di tengah bandar Shinjuku yang popular.
Road Tour Ofis Shaklee Japan
Baik, mari kami bawa anda road-tour ofis Shaklee Japan. Ofis nie terletak di tingkat 21.
Sampai sahaja di tingkat 21, terkejut tengok produk-produk yang ada di depan mata. Banyak sangat berbanding yang ada untuk pasaran Malaysia. Tengoklah ESP Soy Protein sahaja pun berjenis-jenis.
Ada 6 perisa semuanya iaitu Plain, Vanilla, Peach, Pecan, Cocoa dan Coffee. Dalam banyak-banyak perisa ESP, saya paling suka perisa coklat. Sedap sangat!
Di belakang saya ialah produk penjagaan muka, Refensell. Superb sangat, kerana diformulasi khusus untuk wanita Asia. Mohon masuk Malaysia cepat sedikit, pleaseee… 😀
Pastu, banyak juga produk Shaklee yang tiada di Malaysia, tetapi ada di Jepun. Contohnya MindWorks nie. Siap mereka sediakan tempat untuk bergambar, beserta ‘topi ajaib’ nie. Hehe..
Shaklee Japan juga ada QA team sendiri. Terkejut sangat, ingatkan semua produk Shaklee diimport dari USA. Rupanya, untuk Shaklee Japan berlainan. Ada produk yang dihasilkan sendiri oleh Shaklee Japan, khas untuk market Jepun. Jadi, wajiblah ada QA team sendiri.
Contohnya macam Collagen Powder ini, dihasilkan dan dikilangkan di Jepun. Sebenarnya Collagen Powder ini ada juga di Malaysia. Tapi, harga Collagen Powder di Jepun jauh lebih murah, beza lebih RM100 juga. Tambahan lagi, bukan kotaknya bukan main menarik lagi.
Produk Shaklee Japan Percuma Untuk Japan Trip Achievers
Ok, berakhir sudah road tour Shaklee Japan Office bersama kami dalam entri ini. Best tak?
Selain rasa happy dapat site visit Shaklee Japan, seronok sangat sebab dapat bawa balik beberapa produk Shaklee Japan. Antaranya Bifidus, Fiber, ESP pelbagai perisa dan NutriFeron. Alhamdulillah, dapat juga berkongsi produk ini dengan beberapa orang bisnes partner.
Paling istimewa, apabila dapat bertemu 4 mata dengan pencipta NutriFeron, Dr. Yasuhiko Kojima. Respect sangat dengan Dr. Kojima nie, orang pertama yang menemui Interferon pada tahun 1954. Kini, di usia 92 tahun, Dr. Kojima masih lagi sihat dan mampu berjalan sendiri.
Pengalaman melawat ke Shaklee Japan, dan mengikuti Shaklee Incentive Trip Japan 2017 ini merupakan salah satu dari kenangan indah sepanjang kami suami isteri menjalankan bisnes Shaklee.
Anda surirumah sepenuh masa seperti saya? Marilah sertai keluarga Shaklee kami, dan mulakan bisnes Shaklee anda bersama kami. Langkah pertama untuk jana income dari rumah… 😉
Arnie Samsudin
Pengedar Shaklee Aktif sejak September 2009.
WhatsApp ke 017-3030081 untuk daftar ahli Shaklee bersama kami.
Mazni Azmi says
Alhamdulillah rezeki dapat jalan jalan sampai jepun. Bagus shaklee jepun sebab tak mahu jadi follower saja
siapa ada QA team sendiri
Mungkin sebab budaya mereka yang kaizen. Continuous improvement
Biarpun sikit, tapi buat hari hari pasti namapk impak tinggi
GenkiMomma says
Jepun sentiasa advanced…
Mama Hakim says
Banyak juga tempat untuk di lawati di Jepun kan
Semua cantik cantik
GenkiMomma says
Jepun cantik dan bersih..
Ibu Zaid says
Dapat masuk opis sekali masa berjalan jalan ya
GenkiMomma says
Special tour untuk delegasi Shaklee Malaysia..
Azlin Azlan says
Tak tahu pun kewujudan Shaklee Jepun di Shinjuku. Pergi meronda kawasan lain jer selalu.
Bestnya laa dapat gi Shaklee Jepun. Produk dia pun macam-macam.
Harap2 next time dapat gi trip free cam ni. Syok betul.
GenkiMomma says
Tak sangka kan ofis Shaklee Japan kat Shinjuku… Dah laa betul2 berdepan dgn Tokyo Metropolitan Government Building.. memang Wow sangat! 😉
mrhanafi.com says
cerita dapat pergi ke Jepun memang mengujakan saya..
alangkah beruntungnya dengan bisnes Shaklee sahaja boleh menapak kaki di negara yang jauh maju dari negara kita…
saya doakan kalian terus sukses…
moga kejayaan itu juga memberi pengerak juga untuk saya mencapai impian menjadi kaya 7 keturunan yang berkat di dunia dan akhirat..
aamiin.
GenkiMomma says
Aamiin untuk Mr. Hanafi juga, Insya Allah…