Saya dan ekzema, berpisah tiada. Sejak kecil lagi dah ada ekzema pada tangan, macam ada bubble air di tapak tangan, celah-celah jari. Kalau rajin tebuk, akan keluar air. Air gatal orang tua-tua kata.
Di sebabkan masalah ekzema pada tangan ini, tangan saya sentiasa kering. Jadi, saya dan losyen juga berpisah tiada. Banyangkan seawal usia 4-5 tahun, saya dah bawa botol losyen kecil di dalam poket seluar atau beg tangan. Tak kisah lah jenama apa, yang penting ada pelembap. Kalau tak nanti, tangan jadi kering, sampai sakit mengelupas.
Jadi, lebih baik duduk rumah, daripada keluar rumah tanpa pelembap dalam tangan.
Ekzema Pada Kaki Yang Tak Best
Dalam masa yang sama, saya juga ada ekzema di area buku lali kaki dan betis.
Yang ini lebih horror dari ekzema pada tangan, sebab ekzema ini jenis basah. Bila di garu akan jadi luka berdarah, bernanah, dan berlubang-lubang kulit. Ada kala, ekzema tue sentiasa basah berair, sampai malu juga lah nak keluar main dengan kawan-kawan.
Saya sentiasa pakai seluar panjang. Selain malu kaki berlubang-lubang dan gatal berdarah, nak elakkan luka tue dari kena kotoran dari luar.
Alhamdulillah, bila makin besar, ekzema pada tangan dah. Hanya ekzema pada kaki yang tak mahu sembuh-sembuh. Geram betul.
Pelbagai ubat dan krim yang mak dan ayah berikan. Tak ingatlah dari mana mereka beli, yang penting memang sentiasa ada stok. Paling selalu guna krim warna putih, dalam container bulat tue. Tak tahu nama apa, sebab biasanya ubat ini di re-pack dari botol asal. Jadi, label di luar container tue hanyalah, ‘sapu 2x sehari’, atau ‘racun’. Hehe..
Klinik Pakar Kulit Yang Ohsem di Bandar Melaka
Sehinggalah satu ketika masa saya nak masuk sekolah menengah. Ada yang recommend pada mak ayah untuk bawa saya ke satu klinik pakar kulit di Melaka. Dr. Subras Center for Skin Disease, kalau tak silap namanya. Tak ingat sangat, sebab kejadian dah lama, dalam tahun 1992-1993.
Setiap kali datang perlu buat appointment dulu. Kalau tak, 4-5 jam pun belum tentu dapat jumpa doktor. Ramai sangat yang sakit kulit. Malah, saya tengok ada ramai lagi yang ada penyakit ekzema lebih teruk daripada saya.
Anyway, superb sangat rawatan di sini. Merubah 360 degree kebencian saya terhadap penyakit ekzema. Doktor examine kulit, siap kikis sedikit kulit kering ambil sample. Kemudian, doktor berikan sabun ketul Neutrogena, ubat makan dan ubat sapu (krim putih dan krim clear colour). Jangan ditanya nama ubat sapu tue, memang tak tahu.
Syukur, ekzema pada kaki saya mula kering dan sembuh sedikit demi sedikit, dengan izin Allah juga. Selepas appointment kali pertama tue, saya jumpa doktor 3-4 kali sahaja rasanya. Lepas-lepas tue, bila dah di sekolah menengah, hanya datang untuk beli krim sahaja, sebab tak sanggup woih nak tunggu giliran jumpa doktor tue. Ramai sangat patient nya…
Lagipun, ekzema pada kaki dah makin clear, Alhamdulillah…
Sebelum fly ke oversea pun bawa bekal krim sapu siap-siap. Adakala, mak tolong poskan sekali krim sapu ini bersama bekalan stok makanan kering. Masa di university ekzema saya dah OK sepenuhnya, cuma ada bintik-bintik kecil kasar, here and there. Itu sahajalah..
Pengalaman Membesar Dengan Ekzema Pada Kaki dan Tangan
Sejujurnya, penyakit ekzema nie bikin stress lah juga. Sebelum nak keluar rumah, kena make sure bawa 3 benda ini:
- pelembap yang sesuai untuk melembapkan kulit.
- krim sapu (krim steroid) untuk kurangkan gatal ekzema.
- tisu atau sapu tangan takut tiba-tiba gatal ekzema berdarah.
Bila dah stress, automatik tangan akan asyik menggaru tempat yang gatal, sekaligus jadi sukar nak fokus study, dan buat kerja rumah. Stress akan buat gatal ekzema makin teruk tau. Pesakit ekzema, dan penjaga pesakit ekzema nie kena sentiasa relax.
Kemudian, kita pun jadi low self-esteem juga bila bergaul dengan kawan-kawan. Terutama bila tengok kulit mereka sihat, cantik dan licin semalam. Nasib baik jugalah ekzema pada kaki saya nie boleh di cover dengan seluar panjang.
Makan pun nak kena pantang, kalau kita tahu apa yang kita alah. Macam kes saya, saya makan je semua makanan, seafood, kekacang dan lain-lain. Sebab bila makan semua nie, ekzema saya tak gatal teruk (flare up) pun.
Dah besar panjang nie pun, masih belum buat allergy test untuk diri sendiri. Hehe..
Kesimpulannya, ekzema saya dah lama tak bertandang menyerang badan. Sehinggalah baru-baru ini selepas melahirkan anak keempat kami, Dhira pada tahun 2014. Kebetulan, Dhira pun ada ekzema sejak lahir. Satu-satunya anak kami yang ada penyakit ekzema.
Sejak itu saya diserang ekzema pada tangan beberapa kali, sehingga mengganggu tugasan harian saya sebagai ibu dan surirumah. Pengalaman kali ini lebih mengerikan, sampai hampir-hampir kena admit hospital.
Nantikan sambungannya ya, tungguuu… 😀
Ibu ekzema, yang ada anak ekzema juga,
Follow Fb Arnie Samsudin untuk pelbagai tips ohsem dan updates terkini.