Alhamdulillah, salah satu daripada memori paling manis dalam hidup ialah apabila kami suami isteri berpeluang menunaikan Umrah dengan tajaan percuma daripada Shaklee (M) pada awal Januari 2017 lalu. Ini merupakan reward International Incentive Trip untuk bisnes cycle 2015/2016.
Sebelum bertolak ke Madinah, kami terlebih dahulu dibawa mengembara ke bumi Jordan.
Dapat ziarah makam Nabi Shuib, melawat gua Ashabul Kahfi, menelusuri tinggalan sejarah peradaban manusia di The Treasury Petra, Laut Mati, dan menghayati sejarah Nabi Yusha bin Nun, Nabi Lut dan beberapa orang Nabi lagi. Maklumlah, Jordan bumi para Anbiya’. Alhamdulillah…
Menjadi Tetamu Allah Idaman Semua Muslim
Ibadah Umrah (dan juga, Haji) ini istimewa tau. Walaupun nampak macam ramai orang mampu pergi, asalkan ada duit yang mencukupi, namun, kalau tak dijemput Allah, tak dapat pergi juga.
Ada orang duit berkepuk-kepuk, melancong seluruh dunia, tapi masih belum jejakkan kaki ke Tanah Suci. Ada saja alasan dan halangan mendatang.
Ada orang, tiada simpanan langsung. Kais pagi, makan pagi. Namun, bila Allah dah jemput, tiba-tiba sahaja ada orang nak taja untuk tunaikan ibadah Umrah percuma, siap bagi duit poket lagi.
Macam kami pengedar Shaklee yang aktif menjalankan bisnes, setiap tahun ada peluang untuk tunaikan Umrah percuma. Cabarannya lain pula.
Cabaran pertama ialah nak dapat 1 tiket Umrah Shaklee pun bukan senang, tapi tak juga mustahil. Cabaran kedua pula, walaupun dah dapat 1-2 tiket Umrah, kalau dah namanya Allah belum jemput, tiket Umrah dah dalam tangan pun belum tentu dapat pergi juga.
Pakej Umrah VVIP Dari Shaklee
Ini ialah pengalaman kali pertama tunaikan Umrah bagi saya, dan kali ketiga buat suami.
Kami berdua di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.
Jujurnya agak nervous, campur excited. Suami yang dah pernah pergi pun nervous satu macam. “Jaga hati, banyakkan Istighfar“, pesannya berulang kali. Aduhai, bertambah nervous lah isterinya ini.
Saya tak mahu cerita bab ibadat tue. Tapi, nak cerita apa yang Shaklee berikan sepanjang perjalanan Umrah ini. Alhamdulillah, pakej Umrah Shaklee memang sangat best!
Sebelum bertolak, kami diberikan sling bag, luggage dan set telekung untuk wanita, serta set kain ihram untuk lelaki. Shaklee turut adakan kursus Umrah, sekaligus dengan taklimat trip insentif Umrah ziarah Jordan di Home Office. Tiket penerbangan, hotel, makan minum ditanggung sepenuhnya.
Kami bertolak dari Amman Jordan, terus ke airport Madinah. Kemudian, bas terus bawa kami ke hotel penginapan yang terletak betul-betul sebelah Masjid Nabawi.
Selepas 3 hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah menaiki bas. Sampai di Mekah kebetulan hampir masuk waktu Isyak. Nasib baik bas kami sempat sampai ke lobi hotel, sebelum polis tutup jalan untuk beri laluan kepada jemaah pejalan kaki. Hotel di Mekah juga betul-betul sebelah Masjidil Haram.
Stamina Yang Cukup, Kesihatan Yang Optimum
Makan minum disediakan sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Dengan kata lain, kami hanya perlu fokus untuk ibadah sahaja sepanjang berada di Madinah dan Mekah ini.
Tiada alasan tak boleh nak spend masa lebih di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Sebabnya, tak perlu jalan jauh, dan tak perlu fikir nak beli makanan kat mana. Kalau rasa nak berhadas kecil atau besar, boleh lari kejap balik ke bilik hotel. Dekat sangat.
Cuma, pastikan kesihatan diri kita optimum, dan paling utama jaga hati. Janganlah terdetik, “nak demam ke, tak sihat ke”. Sentiasa fikir yang baik-baik sahaja, sebab di sana detik hati dibayar cash.
Dalam masa yang sama, bawa jugalah ubat-ubatan bagi yang mempunyai penyakit tertentu, dan suplemen sebagai usaha untuk menyokong kesihatan.
Mengikut pengalaman saya, di antara suplemen yang penting di Tanah Suci ialah:
- Kalsium-Magnesium (OsteMatrix): Sebab di sana banyak berjalan, jadi kalsium-magnesium bantu kurangkan rasa lenguh-lenguh kaki. Magnesium pula bantu melawaskan penghadaman.
- B-Complex: Beri tenaga, vitamin penenang saraf, bantu kita rasa lebih bertenaga untuk beribadah, lebih fokus dan sentiasa ceria.
- Minyak Ikan Omega-3 (OmegaGuard): Penting sebagai anti-keradangan, dan bantu sendi berfungsi dengan baik.
- Vitamin-C: Bantu tingkatkan antibodi badan, dan kurangkan masalah kulit kering. Badan yang sihat bantu kita fokus beribadah dengan lebih baik.
Di Mekah, ibadah Tawaf dan Sa’ie terutamanya memerlukan stamina yang tinggi. Tak termasuk lagi jika anda merancang nak daki Jabal Rahmah, Jabal Tsur dan Gua Hira’ di Jabal Nur.
Untuk Umrah kali ini, pada saya ibadah Sa’ie antara yang mencabar mencabar. Pernah sekali rasa sedikit tak larat nak buat Sa’ie. Tiba-tiba, lalu seorang hamba Allah di sebelah yang tidak mempunyai kaki, gigih mengesot dengan tangan untuk buat Sa’ie.
Ya Allah, cepat-cepat Istighfar banyak-banyak. Ya, di sana Allah bayar cash.
Kenangan Terindah Ibadah Umrah Dengan Shaklee
Jika anda seorang pengedar Shaklee aktif muslim, rebutlah peluang tawaran Umrah percuma Shaklee ini. Seronoknya pakej Umrah Shaklee nie, kalau kita tak boleh pergi atas alasan tertentu, boleh sahaja hadiahkan kepada suami, ibu dan ayah, seperti makcik-makcik ini, yang dihantar oleh anak-anaknya.
Namun, kalau rasa sukar nak dapatkan walau 1 tiket Umrah percuma dari Shaklee, jangan risau. Buatlah bisnes Shaklee dengan bersungguh-sungguh. Simpan duit dari hasil bonus bulanan Shaklee tue, untuk tabungan Umrah. Tak kacau duit gaji hakiki.
Untuk semua pembaca blog ini yang belum pernah ke Tanah Suci, walaupun rasa macam wang simpanan tak mencukupi, tanam sahaja niat untuk tunaikan Umrah. Doa banyak-banyak agar Allah jemput menjadi tetamu-Nya untuk tunaikan ibadah Umrah dan juga Haji. Insya Allah dipermudahkan.
Gambar ini ialah di pagi terakhir di Mekah, beri burung merpati makan, sebelum menunaikan tawaf wida’ dan berangkat pulang ke Malaysia. Sedih memikirkan beberapa jam je lagi nak tinggalkan Tanah Suci. Semoga Allah jemput kami menjadi tetamunya lagi. Rindu sangat-sangat.
Semoga kita semua memperoleh ibadah Umrah dan Haji yang mabrur. Amiin… 😉
Arnie Samsudin
Kenangan Umrah Ziarah Jordan, Januari 2017
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & mulakan bisnes anda bersama kami.
MaMa Chantique says
Ya Allah bestnya..moga suatu hari saya juga berpeluang ke sana…
GenkiMomma says
Aamiin untuk Mama Chantique..
Yana says
AllahuAkbar!! Rindunya tak tertahan2 pulak rasa tengok gambar-gambar ni😭😭😭😭
Semoga Allah jemput lagi kita semua jadi tetamuNya.. Amin amin amin
GenkiMomma says
Amiinnn… Rindu yang tak pernah padam…
Noriza Rahman says
Allahu Akbar, semoga dijemput olehNya jua untuk bertandang ke sana
GenkiMomma says
Aamiinnn, Insya Allah…
ira says
alhamdulillah. satu rahmat yang besar dijemput menjadi tetamu Allah di tanah suci.
GenkiMomma says
Alhamdulillah…