Selama ini saya hanya membaca teori dan ilmu pengetahuan mengenai penyusuan ketika hamil. Terdapat banyak laman kesihatan di dalam dan di luar negara yang membincangkan isu ini, dan kebanyakannya sependapat mengatakan bahawa ibu yang hamil masih BOLEH MENYUSUKAN bayinya selagi mana proses penyusuan itu TIDAK MENGGANGGU KEHAMILAN SI IBU – baik dari segi kesihatan si ibu sendiri, mahupun tumbesaran bayi di dalam kandungan. Jika ada sebarang tanda luar biasa, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari yang pakar.
Pengalaman Menyusu Ketika Mengandung
Alhamdulillah, untuk kehamilan kali ini saya berpeluang untuk menyusukan anak ke-3 saya, baby Hafiy, yang kini berusia 1 tahun 9 bulan. Sebelum ini saya tidak berkesempatan melalui pengalaman sebegini kerana biasanya abang atau kakak baby sudahpun berusia melebihi 2 tahun, dan sudah melepasi tempoh penyusuan 2 tahun (dah wean-off). Maka, pengalaman menyusu ketika hamil ini ialah PENGALAMAN PERTAMA saya, walaupun ini ialah kandungan ke-4! Excited!
Hamil dan masih Menyusukan bayi.
Sejujurnya, penyusuan ketika hamil bukanlah suatu perkara yang mudah. Si ibu perlukan kekuatan, kecekalan dan keazaman yang tinggi. Namun, penyusuan ketika mengandung juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan!
Di awal kehamilan, memang terasa sedikit tidak selesa ketika menyusu – terasa sedikit perit di payudara ketika baby menyusu dan baby kelihatan tidak puas ketika menyusu. Simptom yang mungkin sama dialami oleh sesetengah ibu menyusu ketika haid, mahupun hampir period, tetapi menyusu di awal kehamilan ini lebih ekstravaganza peritnya. Terasa perit seakan tiada susu di dalam payudara, tapi, tidaklah terlalu sakit. Masih boleh tahan lagi, walaupun adakala sampai pejam mata!
Reaksi bayi menyusu di Awal kehamilan.
Mengapa saya katakan baby seakan tidak puas menyusu?
Ini kerana, dalam kes saya, baby kelihatan ‘agak marah’ selepas menyusu, dan adakala seakan menunjuk perasaan, seolah-olah susu yang diminum tidak mencukupi buatnya. Di waktu malam pula dia akan bangun menyusu berulang kali lebih kerap dari biasa, dan adakala menangis. Tidurnya tidak lena, sehingga mengganggu tidur kami berdua juga. Melalui simptom-simptom ini jugalah saya tergerak hati untuk melakukan pregnancy test, dan Alhamdulillah keputusannya positif pada test pertama, bayi di dalam kandungan sekitar 6 minggu!
Keadaan ini berlarutan hampir sebulan juga, sehingga kandungan mencecah 3 bulan. Selepas itu Alhamdulillah, saya boleh menyusukan baby seperti biasa semula, tiada lagi keperitan dan kesakitan sehingga kini. Namun saya sentiasa pastikan bahawa tiada tanda-tanda luar biasa sepanjang mengandung dan menyusukan ini, seperti pendarahan, kekejangan perut, early-contraction, kesakitan perut melampau, dan lain-lain simptom luar biasa.
Apa kata Pakar O&G (Obstetrician and Gynaecology)?
Hari ini ketika pemeriksaan bulanan, saya turut bertanya kepada O&G, samada adakah selamat untuk saya teruskan penyusuan sepanjang kehamilan ini?
Jawab O&G, tiada masalah untuk meneruskan penyusuan bayi ketika hamil selagi tiada tanda-tanda seperti pendarahan, contraction kuat dan lain-lain, dengan syarat, ibu perlu mengambil nutrisi yang secukupnya kerana ibu bukan sahaja perlukan nutrisi yang cukup untuk diri sendiri, malah perlu dibahagi kepada bayi di dalam kandungan dan juga kepada bayi yang sedang disusui. Memandangkan baby saya pun sudah hampir 2 tahun, doktor turut menasihati agar saya mula wean-off baby Hafiy perlahan-lahan agar nanti dapat fokus kepada baby yang bakal dilahirkan pula.
Alhamdulillah, keputusan pemeriksaan bulanan pada hari ini adalah baik. Tekanan darah saya juga normal, cuma yang Doktor sedikit concern kerana berat badan saya tidak berubah, sama seperti ketika pemeriksaan bulan lepas! Namun, sedikit lega apabila Doktor mengatakan tumbesaran baby di dalam kandungan adalah mengikut graf, berat badannya juga adalah pada julat yang sepatutnya, iaitu sama seperti usia kehamilan, 16 minggu. Tak mengapalah jika berat ibu tak bertambah pun, yang penting baby ibu membesar bagai johan di dalam perut, ya! 🙂
Kehamilan kali ini saya membuat pemeriksaan bulanan di salah sebuah Hospital Swasta di Shah Alam. Alhamdulillah, kali ini juga saya dibenarkan untuk mengamalkan suplemen semulajadi Shaklee sepenuhnya. Saya langsung tidak dibekalkan dengan sebarang suplemen daripada pihak hospital.
Untuk kehamilan Trimester pertama, biasanya Doktor hanya membekalkan Asid Folik sahaja. Apabila kandungan mencecah Trimester kedua, barulah ibu disarankan untuk mula mengambil multivitamin, kerana keperluan ZAT BESI (Iron) yang tinggi buat ibu dan juga tumbesaran baby.
Sebagai pengamal vitamin Shaklee, saya mengamalkan set vitamin asas untuk kehamilan sepanjang Trimester Pertama:
Vitamin Asas Kehamilan Shaklee:
- Vita-Lea Iron Formula: Multivitamin & Multimineral termasuk Zat Besi!
- B-Complex: 8 kumpulan Vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik!
- Vita-C Plus: Sumber kolagen, meningkatkan antibodi dan membantu penyerapan Zat Besi dengan optimum (penting bagi ibu yang mengalami low Hb ketika hamil)!
- OsteMatrix: Sumber Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan banyak lagi, mengurangkan rasa sakit pinggang & kekejangan kaki yang kerap dialami ibu hamil!
Memandangkan masih menyusu, saya turut mengambil Shaklee Energizing Soy Protein sebagai penggalak susu (milk booster), dan pastinya sebagai sumber protein non-GMO buat bayi di dalam kandungan yang sedang aktif membesar dan menambahkan berat badannya!
Anda juga sedang hamil dan masih menyusukan bayi?
Hubungi kami dan kami akan cadangkan vitamin yang bersesuaian buat anda dan bayi. Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan khas buat semua customer yang membuat pembelian daripada GenkiMomma! 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
UmmiKA says
Info n pengalaman yang menarik.. yang penting bagi sesiapa yg berniat untuk susukan anak semasa hamil, sila rujuk kepada doktor O&G yang pro BF. 🙂
GenkiMomma says
Betul tue Ummika… 😀