Pengalaman Minum Air Gula Ketika Hamil | Sepanjang kehamilan ketiga-tiga anak sebelum ini, saya tak pernah sekalipun buat ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), atau lebih popular di kalangan ibu mengandung sebagai minum air gula. Berapapun pertambahan berat bulanan, doktor tak pernah minta saya minum air gula. Mungkin kerana kenaikan berat badan saya tidaklah begitu ketara, secara purata di antara 1-2 kg setiap bulan sahaja. Adakala tak naik langsung.
Untuk kehamilan kali ke-4 ini, saya tukar buat monthly pregnancy check up di DEMC, kerana kami dah pindah ke Shah Alam. Di awal kehamilan trimester pertama, berat saya tak naik langsung.
Bermula trimester ke-2, selera makan dah mula kembali. Tanpa sedar, berat badan saya naik mendadak, 3 kg selama 2 bulan berturut-turut, menyebabkan doktor meminta saya minum air gula untuk check up berikutnya. Sendiri pun nak pengsan tengok penimbang!
Sejujurnya, agak frust apabila diminta minum air gula. Kononnya, nak pegang rekod diri sendiri tak perlu minum air gula langsung sepanjang kehamilan seumur hidup. Lagipun, confident sangat tiada GDM (Gestational Diabetes Mellitus), kencing manis ketika hamil!
Kali Pertama Minum Air Gula Ketika Hamil
Namun, terpaksa akur demi kesihatan bayi di dalam kandungan. Tambahan, umur pun sudah menginjak ke 30-an. Jadi saya pasrah ajelah. Cuma pelik jugalah bagaimana berat boleh naik 3 kg dalam 2 bulan berturut-turut pula tue?
Saya mula sibuk bertanyakan pengalaman rakan-rakan yang dah pernah minum air gula ketika mengandung, sambil google pengalaman ibu-ibu hamil yang minum air gula di DEMC. Dari hasil carian, kebanyakan ibu hamil yang minum air gula di Klinik Kesihatan memang agak fobia apabila perlu minum air gula ketika hamil nie. Membaca pengalaman mereka minum air gula ketika hamil pun dah buat saya kembang tekak sama. Serius!
Sebaliknya, ada beberapa ibu hamil yang minum air gula di DEMC memberikan respon positif. Pengalaman mereka nampak macam seronok, dan yang penting tak bikin saya kembang tekak. Hehe. Ok, sekurang-kurangnya ada sedikit pencahayaan di situ! 😛
Pengalaman Minum Air Gula Ketika Hamil
Malam sebelum check up, saya mula berpuasa, tak boleh makan dan minum mulai jam 12 malam. Sampai je DEMC, selepas buat rutin aktiviti, saya terus diarahkan ke makmal. Dan, tepat seperti pengalaman yang diceritakan oleh ibu-ibu hamil yang lain, saya diberi minum air gula perisa Blackcurrent dalam satu mug besar, penuh!
Air gula tersebut tidaklah begitu pekat seperti yang digambarkan oleh ibu-ibu yang minum air gula di Klinik Kesihatan. Malah, air gula perisa Blackcurrent tue dibancuh dengan air sejuk.
Ringkasnya, rasa air gula untuk ujian MGTT di DEMC ialah seperti air Blackcurrent sejuk yang terlebih manis, tetapi tidaklah terlalu manis bagai ‘lori gula terbalik’, seperti yang selalu digembar gemburkan oleh ibu-ibu yang perlu minum air gula ketika hamil! Pada saya, masih boleh minum sampai habis tanpa rasa nak muntah. Dan walaupun mereka beri kelonggaran untuk saya minum air kosong seteguk dua jika rasa tidak selesa, saya langsung tak rasa nak minum air kosong!
Jadi, agak-agak anda boleh bayangkan tak rasanya? 😉
Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil
Minum air gula ketika hamil penting untuk pastikan samada si ibu mempunyai GDM, ataupun tidak. Ibu-ibu hamil yang mempunyai GDM memerlukan rawatan lanjutan daripada doktor, dan perlukan pemantauan lebih sehingga waktu bersalin nanti. Bahaya GDM nie tau!
Prosedur Minum Air Gula Ketika Hamil
Memandangkan ini kali pertama minum air gula, dan sebagai rujukan buat diri sendiri dan ibu-ibu baru, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak prosedur minum air gula ketika hamil di DEMC:
(1) Puasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian darah keesokan harinya.
(2) Darah di ambil sebelum minum air gula.
(3) Minum air gula.
(4) Tunggu giliran pemeriksaan antenatal dengan doktor seperti biasa. Lepas pemeriksaan, bebas nak pergi ke mana-mana sementara menunggu 2 jam. Kalau rumah dekat boleh pulang jap.
(5) Darah di ambil lagi sekali selepas 2 jam minum air gula.
(6) Boleh pulang terus tanpa tunggu keputusan.
(7) Pihak hospital akan telefon kita untuk update mengenai keputusan ujian MGTT.
Alhamdulillah, seperti yang saya jangkakan, keputusan saya adalah normal, dan saya tidak mempunyai GDM! Hooorey! Keputusan ujian MGTT saya selepas 2 jam adalah seperti berikut:
Fasting Blood Glucose : 4.7 mmol/L (3.0 – 5.5 mmol/L)
Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) : 6.3 mmol/L ( < 7.8 mmol/L)
Paling penting, untuk check up kali nie, berat saya hanya naik 1 kg sahaja. Ya, 1 kilo sahaja!
Nak tahu tak kenapa berat saya naik mendadak 2 bulan berturut-turut tue? 😛
Saya bagitahu kan tadi, selera makan dah kembali ada? Jadi saya suka makan satu kek coklat nie, “X Choc Moist”. Memang seminggu tue dalam 1-2 bekas jugalah, stok tak pernah putus. Layan tekak lah konon! Selama 2 bulan nie memang sentiasa dan selalu makan kek coklat nie. Bila doktor suruh minum air gula, saya mula pelik sebab saya makan macam biasa sahaja, sebab bukan jenis makan banyak bila tengah mengandung. Cuma bezanya, ada tambahan kek coklat yang sedap!
Jadi, saya hentikan serta merta makan kek coklat yang sedap dan agak manis tue.
Alhamdulillah, selepas 4 minggu, kenaikan berat badan saya hanya 1 kg sahaja!
Suplemen untuk kehamilan sama seperti biasa, saya mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, dari awal kehamilan sehingga kini.
- Vita-Lea Iron Formula
- B-Complex
- SR Vitamin C
- OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
- OmegaGuard (Fish Oil)
- Energizing Soy Protein
Ternyata, bukan suplemen atau vitamin yang menyumbang kepada kenaikan berat badan melampau kita ketika hamil, TETAPI, gaya hidup dan diet pemakanan kita, terutama makanan yan tinggi gula, tinggi lemak dan tinggi kolesterol yang menyebabkan kepada pertambahan berat badan tak terkawal ketika hamil! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee segera di “Join Now“.
yana says
saya tak pernah ada experience.. takutnya kalau kena minum..
Genki Momma says
kalau kena minum nnt boleh cuba di DEMC, sebab sedap… 😉
nord says
Memang sedap..pengalaman preggy 2x sblm ni pun terpaksa lalui minum air gula ni…kena minum sekali teguk tanpa nafas..manis leting
Genki Momma says
Manis leting? hahaha, chomel! 😉
Nur Razali says
Sedapnye air gula blackurrant 😉 kat KK memang die bagi air gula yg manis leting hehehe bak kata kak nord ^_^
Genki Momma says
Haah, sedap Nur air blackcurrant tue, serius… 😉
Fiza says
saya tak pernah kena minum air gula. Dengar cerita kawan2 macam sangat la tak best kena minum…huhu…
Genki Momma says
Kalau kena minum nnt boleh try DEMC ye Fiza… 😉
nord says
2x preggy 2x kena minum, so unpredictable..hahaha..mula2 macam takut gak sebab kwn2 yg lain semua ckp x sedap kan. Tapi bila sendiri yang kena minum. Oh marvellous rasanya!!!
Genki Momma says
Good experience untuk diri sendiri sebenarnya, so lepas nie faham dah bila ibu2 bercerita topik “minum air gula”… 😉
Nurul Fazreen Othman says
Masa preggy dulu kene minum air gula. Tp gi check up hospital kerajaan je. Air gula xsama dengan air gula hospital private. nmpk sedap je air gula sbbade perisa. Yg kite minum dulu air gula plain. Pestime minum rasa mcm nk termuntah ms minum. Nk tggu 2 jam pastu nk amik darah kali kedua…air gula dh kuar balik. hehe…sekian.