Jujurnya, sebelum ini jika anak-anak demam selesema, kami guna petua biasa aje.
Bagi ubat demam, minum banyak air, mandi, dan buat sponging. Alhamdulillah demam anak akan kebah. Kadang-kadang tak bawa pi klinik pun sebab stok ubat demam sentiasa ada di rumah. Yang penting kena tahu dos yang betul ikut umur dan berat anak (rujuk pada Doktor).
Sama kes juga dengan selesema. Sebelum ini kami buat minyak bawang putih sendiri, sapu pangkal hidung, belakang badan dan urut-urut tapak kaki. Kemudian, tepuk teknik percussion, Alhamdulillah sekejap aje selesema kering. Kalau bawa pergi klinik, dapat ubat flu Cetirizine, selesema kebah.
Itu dulu lah. Sejak ada anak-anak yang end up warded sebab jangkitan kuman, siap kena Influenza, kami insaf. Tak boleh ambil ambil lewa demam selesema nie.
Tak Boleh Ke Apply Petua Demam Orang Dulu-dulu?
Boleh je apply segala petua nak hilangkan demam selesema, tapi sebagai ibu bapa, kita wajib alert apa-apa tanda luar biasa. Jangkitan kuman nie simptomnya kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Kadang-kadang bila tahu anak dah infected, masa tue dah agak terlewat.
Maklumlah, bakteria dan virus zaman sekarang nie dah lagi kebal. Sakit yang kita nampak macam biasa di kalangan kanak-kanak, kalau lambat bawa jumpa doktor, boleh meragut nyawa. Bahaya!
Kami sendiri pun tak sangka, di tahun 2019 ini salah seorang anak kami dijangkiti virus Influenza A (H1N1). Selama ini dengar orang lain yang kena. Nasib baik dapat detect dan rawatan awal.
Sejak dari kes ini, setiap kali ada anak-anak yang demam selesema berhari-hari, suhu tinggi luar bisa, lesu tak bermaya ke, terus cepat-cepat buat Influenza Test.
Pengalaman Anak Buat Influenza Test
Kali pertama bawa anak ambil influenza test, bila si abang menunjukkan flu-like symptoms. Kebetulan masa tu si adik baru lepas discharge sebab Influenza A.
Di klinik, bila kami maklumkan si adik baru keluar hospital sebab Influenza A, dan bawa si abang nie sebab dia demam, doktor cepat-cepat cari face mask dan pakai sebelum mulakan sebarang rawatan. Kami tak rasa offended pun, sebab tahu ia memang penyakit berjangkit.
Results si abang, negatif influenza. Demam selesema biasa aje.
Kali kedua, bila si kakak demam muntah-muntah. Kebetulan cikgu ada alert tentang kes influenza di sekolah, dan anak pun cakap memang ada kawan di kelas lain yang kena influenza. Jadi, kami buat influenza test juga walaupun hidung dia kering, tiada hingus.
Teringat masa si kakak buat influenza test, ada budak perempuan lain yang masuk sebelum dia pun buat influenza test juga. Sama sebaya rasanya. Lepas giliran kami, budak perempuan tadi dah dapat results. Tiba-tiba staf klinik hulurkan face mask pada budak perempuan tadi. Dia positif influenza.
Allahu, seram jugalah sebab budak perempuan nie memang lalu lalang sebelah kami nak ke bilik rawatan, pakej dengan batuk-batuk sambil jalan. Alhamdulillah, results kakak negatif influenza. Seminggu lepas buat influenza test tue pun dia nampak sihat, dan ambil trial UPSR dengan jayanya.
Penting Ke Buat Influenza Test Bila Anak Demam Selesema?
Bagi kami yang dah pernah tengok anak kena masuk ICU sebab pneumonia (yang disebabkan oleh virus influenza), paras oksigen drop teruk kalau tak pakai oxygen mask, suhu badan anak boleh tiba-tiba shoot daripada normal kepada hampir 40 degree dalam satu malam…
Ya, influenza test sangat-sangat penting!
Terutama jika anak anda masih kecil, bawah 6 tahun, dan berisiko tinggi.
Jika anda dapat alert dari cikgu di sekolah, Taska atau dari persatuan di taman anda tentang penularan influenza, hati-hati. Bila ada anak yang menunjukkan simptom influenza dan sewaktu dengannya, segeralah bawa ke klinik dan buatlah ujian saringan influenza.
Mudah aje influenza test nie. Nasal swab. Dalam 10 minit dah boleh dapat results.
Harga pula sekitar RM50-60 untuk 1 test tak termasuk konsultasi doktor. Jika ada bajet, buatlah Influenza Test bila anak demam selesema supaya boleh kesan di peringkat awal.
Semoga anak-anak kita dipelihara, dan sihat ceria sentiasa…