Penyakit HFMD mula menyerang dengan agresif sejak akhir-akhir ini di seluruh Malaysia, sehingga ada beberapa buah sekolah yang terpaksa ditutup.
Walaupun banyak info tentang HFMD dikongsikan di media sosial, masih ada segelintir ibu bapa degil yang pentingkan diri sendiri dan ambil endah tak endah tentang jangkitan penyakit HFMD ini.
Ibu Bapa Yang Ignorance Tentang HFMD
Kisah benar dikongsikan oleh sahabat kami yang berlaku di sekolah anaknya. Seorang pelajar tahun 1 yang positif HFMD tetap dihantar ke sekolah oleh ibunya. Sekali pandang sukar nak bezakan kerana mereka memakai stokin di dalam kelas.
Pelajar ini dah pun belajar bersama dalam satu kelas, makan setalam dengan kawan-kawan, dan sedang siap sedia nak solat jemaah bila guru akhirnya dapat kesan yang pelajar ini positif HFMD.
Bila sekolah menghubungi si ibu, mudah sahaja jawapannya, “alah, baru sikit“.
Sangat ignorance, kan? Mungkin si ibu ada masalah nak ambil cuti, tapi bagaimana pula dengan nasib anak-anak lain yang mungkin terjangkit HFMD dari anaknya? Pihak sekolah juga terpaksa membatalkan banyak aktiviti dan program di sekolah serta buat proses kuarantin.
Apa Itu Penyakit HFMD?
HFMD adalah singkatan daripada Hand, Foot and Mouth Disease, atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai penyakit kaki, tangan dan mulut.
HFMD merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus, dan boleh menjangkiti kedua-dua dewasa dan kanak-kanak. Bagaimanapun kanak-kanak di bawah 5 tahun (boleh juga sehingga 10 tahun) lebih berisiko tinggi dijangkiti penyakit HFMD ini.
Tanda-tanda Awal dan Simptom Biasa Penyakit HFMD
Tanda-tanda awal penyakit HFMD ini akan muncul dalam masa 2 ke 14 hari.
Di antara simptom biasa penyakit HFMD ialah:
- Ruam atau bintik berair (lepuhan) pada tapak tangan, kaki atau di dalam mulut.
- Demam.
- Muntah.
Jika anda menjumpai ruam di bahagian yang dinyatakan ini, dan tidak pasti sama ada ia ruam biasa mahupun HFMD, segeralah bawa anak berjumpa dengan doktor.
Sebaiknya, terus inform di kaunter yang anda suspect anak terkena jangkitan HFMD, supaya anak anda diberikan rawatan segera. Ini juga salah satu cara untuk mengelakkan individu lain di dalam klinik tersebut terkena jangkitan HFMD, sekiranya anak anda benar-benar positif HFMD.
Pengalaman kami sendiri, tanda-tanda awal HFMD muncul pada anak selepas 3-4 hari dijangkiti.
Bagaimana Penyakit HFMD Disebarkan?
Virus HFMD disebarkan melalui sentuhan terus dengan air liur ataupun najis dari individu yang dijangkiti. Jadi, elakkanlah berada di tempat umum yang menjadi tumpuan ramai.
Di antara lokasi popular yang menjadi tempat penyebaran HFMD ialah:
- Kerusi makan bayi (baby chair)
- Alat permainan (toys)
- Taman permainan (playground)
- Tandas awam (public toilet)
- Lapangan terbang (airport)
Pengalaman kami sendiri, anak kami dijangkiti penyakit HFMD selepas bermain di taman permainan di hentian Plus R&R. Kami dalam perjalanan dari selatan untuk pulang ke Shah Alam. Semasa berhenti untuk solat di R&R, anak kami minta izin nak main di taman permainan tersebut.
3-4 hari selepas itu, tanda-tanda jangkitan HFMD mula muncul pada dirinya.
Jujur cakap, selepas dari kejadian ini, kami sedikit fobia untuk beri anak main di public playground, dan pergi di tempat tumpuan ramai. Sebolehnya cuba buat aktiviti di rumah sahaja.
Lakukan Ini Untuk Kurangkan Risiko Jangkitan HFMD
Penyakit HFMD tidak boleh dirawat, namun ia boleh dicegah dengan penjagaan yang betul.
Di antara nutrisi penting yang boleh diamalkan untuk menguatkan sistem imun, sekaligus bantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD ialah:
Nutrisi untuk kanak-kanak:
- Protein: Penting untuk pembinaan dan penyembuhan tisu-tisu badan.
- Vitamin & Mineral: Untuk kesihatan optimum dan sistem imun yang sihat.
Di Shaklee, suplemen yang kami cadangkan ialah MealShakes (untuk sumber protein), dan Chewable Vita-Lea (multivitamin & multiminerals) untuk kanak-kanak. Harga set ini RM231.25 (postage RM10).
Beli online Set Nutrisi HFMD untuk kanak-kanak (klik sini)
Nutrisi untuk dewasa:
- Polifenol: Kurangkan keradangan dan bantu fungsi imun yang sihat.
- Bawang Putih: Menguatkan fungsi sel imun.
- Vitamin C: Untuk pastikan badan kekal sihat.
Suplemen yang kami cadangkan ialah Vivix (sumber Polifenol), Garlic Complex (sumber bawang putih) dan Sustained Release Vita-C Plus (sumber Vitamin C). Harga set ini RM628.75 sahaja.
Beli online Set Nutrisi HFMD untuk dewasa (klik sini)
Nota: Kami galakkan anda mendaftar keahlian (RM75 sahaja) untuk nikmati penjimatan sehingga 20%, sebagai ahli Shaklee. Peluang mendapat bonus tunai dengan pembelian produk (*jika layak).
WhatsApp ke 017-3030081 (klik) untuk kami bantu anda daftar ahli + beli Set Nutrisi HFMD.
Selain daripada pengambilan nutrisi yang baik, penjagaan sekeliling juga tidak kurang pentingnya.
- Jaga kebersihan persekitaran – pakaian, botol susu, alat mainan sentiasa bersih.
- Basuh dan cuci tangan sebersih-bersihnya.
- Minum air kosong secukupnya.
- Elakkan sentuhan terus dengan individu yang sedang dijangkiti penyakit HFMD.
- Kuatkan sistem imun dengan pengambilan nutrisi seimbang.
Penyebaran virus HFMD boleh dikekang dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan yang baik.
Ayuh, bersama-sama kita jalankan tanggungjawab untuk mengekang penularan penyakit HFMD.
*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Berminat nak dapatkan Set Nutrisi Untuk HFMD?
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.