Peppermint-Ginger Plus Buang Angin Dalam Badan | Saya menghidapi migraine sejak dari zaman sekolah menengah. Sebelum ini, mudah sangat kena sakit kepala melampau, sakit yang tak boleh reda dengan setakat makan Panadol. Sakitnya lama, kepala berat, dahi rasa panas nak demam. Pantang terdedah dengan panas terik, petang tue mulalah rasa bengal di kepala. Sangat menggangu fokus. Adakala rasa nak hentak kepala ke dinding!
Walaupun tahu efeknya tidak baik, pain-killer tetap jadi kawan karib, terutama Ponstan.
Kisah Migraine dan Suplemen
Alhamdulillah, sejak konsisten amalkan suplemen Shaklee, berkat konsisten makan Energizing Soy Protein (ESP), B-Complex dan OsteMatrix sejak dari tahun 2009, saya sudah jarang diserang migrain. Sampai sendiri pun lupa, bilakah kali terakhir diserang sakit kepala?
Sekali sekala ada juga diserang sakit kepala ringan, apabila perut kosong terlalu lama, atau apabila diperingkat awal serangan flu. Namun, apabila cepat-cepat isi perut, serta makan Vitamin-C, NutriFeron dan lain-lain suplemen, sakit kepala tue hilang sendiri.
Sehinggalah baru-baru ini saya diserang sakit kepala yang sangat teruk. Rasa macam ada batu dalam kepala, penglihatan berpinar, badan bergetar dan paling tak selesa rasa mual nak muntah. Sah, kena migraine lagi!
Peppermint-Ginger Plus Buang Angin Dalam Badan
Sebenarnya macam dah boleh jangka dari pagi lagi, tapi tak sangka akan jadi teruk tahap migraine. Sebabnya ialah, tak cukup rehat, keletihan travel hari sebelumnya, malamnya pula tak cukup tidur kerana stay up untuk buat persediaan Product Workshop, pagi keluar awal dan tak sempat bersarapan. Dalam masa yang sama masih menyusu bayi 4 bulan, jadi perut lebih cepat rasa lapar. Badan memang rasa cergas, tapi tanpa sedar angin dah masuk dalam badan.
Menjelang tengahari dah rasa angin naik di kepala. Ingatkan boleh hilang lepas makan tengahari, tapi sebaliknya. Menjelang petang ianya semakin teruk.
Selesai sahaja Seminar, terus pulang ke rumah. Dalam kereta lagi dah rasa sebu satu badan dan nak muntah. Kepala tak boleh angkat. Nak berbual pun mulut rasa berat. Dahi rasa panas nak demam. Akhirnya tertidur untuk hilangkan kesakitan. Nasib baik ada suami yang memandu.
Mula-mula terfikir nak ambil Ponstan sebab serius tak tahan sakitnya.
Tapi bila fikir-fikir balik, sakit kepala nie berpunca dari angin yang penuh dalam badan. Jadi, sampai sahaja di rumah saya terus makan 3 biji Peppermint-Ginger Plus bersama segelas air suam. Kemudian terus baring. Nak bangun untuk makan malam pun tak larat.
Saya tak makan atau minum apa-apa dah selepas makan Peppermint-Ginger plus tue, sekitar jam 5 petang. Hanya bangun untuk solat, dan sambung tidur semula. Logiknya, perut akan lebih banyak masuk angin sebab tak makan, kan?
Namun Alhamdulillah, menjelang jam 4 pagi, sakit kepala hilang terus. Completely gone!
Saya dah terfikir nak ambil pain-killer jika sakit kepala masih tak berkurangan kerana keesokan paginya saya ada gathering dengan geng GenkiMomma di Taman Tasik Shah Alam pula. Alhamdulillah, tak perlu pain-killer!
Inilah Peppermint-Ginger Plus yang dimaksudkan…
“HALIA adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.
PUDINA pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.
Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
Kalau dulu dalam badan banyak angin terus keluar cari Teh Halia. Sekarang tidak lagi. Hanya perlu pastikan stok Peppermint-Ginger Plus sentiasa ada di dalam tangan… 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp/ Telegram: 017-303 0081 atau 012-218 0781.
E-mail: genkimomma@gmail.com
Mama Olin says
Waaa peppermint ginger plus boleh buat air ye? Apa rasanya? Kena letak berapa tablet untuk satu cawan? Saya suka sgt baunya. Kalau tgh pening2, cium bau peppermint gingerplus ni memang best
GenkiMomma says
Boleh Mama Olin.. Saya suka bancuh dengan teh O panas, tuang air teh O dalam mug, pastuh masukkan laa 1-2 biji Peppermint Ginger… Sedap sangat, nyamanssss… 😉
zai says
Baru2 ni pun masuk angin smpi sakit kepala.so sy cari peppermint ginger plus ni.1st time la beli supplemen ni.memang berkesan.
GenkiMomma says
Kalau travel pun WAJIB letak dalam handbag nie zai… bebiler rasa macam angin nak naik ke kepala tue, cecepat makan Peppermint Ginger nie tau… 🙂
nazemieya says
Peppermint memang berkesan kalau angin.Pernah sekali angin sakit kepala, balik rumah telan peppermint terus tidur.Biasa saya akan muntah kalau angin tapi alhamdulillah xmuntah, lepas bangun tidur sakit kepala dah hilang.Best sangat
GenkiMomma says
Best kan, Naj? Selama nie ingatkan Alfalfa jer agen buang angin, rupa2 nya Peppermint Ginger lagi POWER! 😛