Kami memang obses dengan negara Jepun. Maklumlah, pernah menetap 4 tahun di negara matahari terbit itu. Kemudian, hampir 8 tahun berkhidmat untuk syarikat Jepun di Malaysia. Bahasa dan budaya Jepun tue dah sebati dengan diri kami.
Jadi, apabila Shaklee Malaysia umumkan International Incentive Trip untuk tahun 2017 ialah ke negara Jepun, kami pulun sehabis baik untuk dapatkan 2 tiket sepanjang bisnes cycle 2017/2018.
Eh bukan senang nak dapat walau 1 tiket pun tau. Banyak pahit maung, air mata, suka duka yang perlu dilalui. Tapi, yang sedih kita tolak tepi. Kita kongsi perkara yang best ajelah.
Dari KLIA, Transit Di Bangkok dan Terus ke Nagoya Airport
Seramai lebih kurang 130 orang Star Achievers yang berjaya tempah tiket ke trip Jepun tahun ini. Kami diterbangkan ke Jepun dengan 2 jenis penerbangan iaitu Singapore Airlines dan Thai Airways. Masing-masing transit di Changi Airport dan Suvarnabhumi Airport sekejap, sebelum terus menuju Chubu International Airport, Nagoya.
Setibanya di Nagoya Airport, kami diberikan bento box yang berisi 2 ketul onigiri, green tea dan pisang. Seronoknya trip Shaklee nie, kita memang tak perlu risau tentang makanan halal langsung. Shaklee dah arrange siap-siap. Hanya yang halalan toyyiban sahaja.
Hari pertama kami terus dibawa shopping di Toki Premium Outlet. Kebanyakan kedai popular, tawarkan Tax Free untuk pembelian 5,000 yen ke atas. Tax kat Jepun 8% ok. Mahal tue.
Konsep Premium Outlet ini berasal dari Amerika, di mana brand owners menjual produk-produk yang masih elok tetapi dah out of season, pada harga lebih murah dari harga sebenar. Bukan barang reject tau. Selain USA, Premium Outet di Jepun antara yang menawarkan harga termurah.
Pengalaman Bermalam di Hotel Onsen di Gero Suimeikan
2 malam pertama di Jepun, kami menginap di Gero Suimeikan. Hotel tradisional Jepun ini mempunyai air panas semulajadi (onsen), dan mempunyai bilik yang berkonsepkan tatami. Seronok kami mengimbau zaman belajar di Jepun dulu, tidur atas futon, dengan keluasan bilik “6 jyo”.
Shaklee dan surprise gift berpisah tiada. Masuk sahaja ke dalam bilik, dah nampak 2 bungkusan cantik di atas meja. Ada Instant Protein di balut berkonsep furoshiki. Wow!
Bilik hotel ini besar dan mewah, berbanding rumah kami sewa zaman student dulu. Selain dari onsen, setiap bilik ada ofuro juga. Jadi kita rendam air panas dalam bilik ajelah.
Malamnya, kami berpeluang merasai Japanese Fine Dining, yang dikenali sebagai Kaisen.
Jujurnya, kami sendiri pun tak pernah makan konsep Kaisen nie zaman belajar dulu. Mahal sangat ok. Bukan makanan harian orang biasa. Selain dari masak sendiri, kami sekadar makan soba, udon, tendon, tenpura, sushi, pasta dan makanan biasa-biasa aje.
Di sini juga kami berpeluang pakai yukata (kimono versi kain cotton) sambil jalan-jalan di pekan lama. Tak dibuat dek orang Jepun sebenarnya, ronda-ronda pakai yukata nie. Mereka pakai yukata bila tengok bunga api (hanabi) masa musim panas aje, atau jika ada apa-apa upacara. Tapi, dah kita melancong, enjoy sahaja lah ronda-ronda pakai yukata dan terompah.
Petangnya paling best, di mana berpeluang pergi ke gasshomura, salah sebuah perkampungan Jepun lama yang diiktiraf oleh UNESCO. Jujurnya, kalau pergi melancong sendiri, rasanya kami takkan sampai ke perkampungan ini. Mencabar jugaklah perjalanan nak sampai ke sini.
Tateyama Kurobe Alpine Route, The Roof of Japan
Antara aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah nak main salji dan mendaki Tateyama Kurobe di Alpine Route, yang turut dikenali sebagai the Roof of Japan. Kami perlu menaiki 7 kenderaan untuk pergi, dan balik dari tempat ini, di mana semua kenderaan pun dah ada jadual khusus.
Jika kami miss salah satu dari transportation ini, memang kena tinggal. Ihiks.
Tempat ini terkenal dengan Snow Wall, dan hanya dibuka selama 3 bulan aje setahun, iaitu dari bulan April, Mei dan Jun. Mulai Julai ais akan mula mencair, dan biasanya pelancong luar hanya akan datang pada 3 bulan ini sahaja. Snow Wall paling tinggi ialah bulan April, kurang 5 meter pada bulan Mei, dan semakin kurang bila dah masuk Jun.
No wonder lah Shaklee pilih bulan Mei untuk trip ke Jepun tahun ini.
Pelancong juga paling banyak dalam 3 bulan ini, jadi transportation memang full booking sebenarnya. Dengar cerita dari tourist guide, Shaklee dah booking cable car, bas dan trolley bus, lebih kurang 6 bulan sebelum kami datang ke sini. Tak boleh imagine kalau datang sendiri nie.
Selain dari main salji, dan melihat keindahan alam, dalam perjalanan turun dari gunung, kami melalui Kurobe Dam (Empangan Kurobe). Cantik sangat pemandangan di sini, di mana dapat tengok sebahagian tempat yang airnya beku menjadi ais. Waktu musim panas, siap ada aktiviti naik bot di sini. Bila musim sejuk pula, air tasik beku sepenuhnya.
Malamnya, kami menginap di sebuah lagi Ryokan, yang turut mempunyai onsen.
Umpama Raja di Tokyo Imperial Hotel
Hari ke-4 kami gerak ke Tokyo. Tapi, paginya kami singgah di Ishihara Nojo, kebun strawberry dahulu.
Sebenarnya, sekarang bukan musim petik buah strawberry pun. Tapi, Shaklee dah deal dengan pemilik ladang strawberry ini untuk tanam dan bela buah-buah strawberry ini sehingga masak ranum, dan sesuai untuk kunjunann delegasi Shaklee nanti.
Ya Allah, sedap sangat buahnya. Besar, lembut dan manis. Tak perlu susah payah kunyah pun. Hanya masukkan dalam mulut, dan boleh diperah dengan lidah aje. Cair dalam mulut, gitu. Eat all you can. Rasa dekat 40 biji juga kot berjaya ngap hari tue. Hehe..
Kemudian, kami pergi tengok bunga-bunga cantik di kaki gunung Fuji. Makan tengahari di Restoran Ninja, dan akhirnya menuju ke bandar Tokyo. 3 malam di Tokyo Imperial Hotel pula.
Tokyo Imperial Hotel ini memang superb sangat, hotel 5 bintang lah katakan. Menurut tourist guide kami, dalam setahun tak sampai 10 kali dia bawa pelancong ke hotel ini. Hotel ini mewah sangat. Kalau travel sendiri ke Jepun, confirm tak pilih nak stay sini. Serius!
Lebih terharu, masuk je dalam bilik, kat atas meja ada penanda arah kiblat. Allahu Akbar. Negara non-Muslim kot. Betapa mereka menghormati dan meraikan kehadiran kami.
Malam pertama di Tokyo Imperial Hotel ini, terus kami ada Gala Dinner. Hidangan makan malam memang exquisite lah. Tambah meriah bila ada performance Awa Odori.
Yang best nya, berpeluang berjumpa in person dan makan malam dengan Dr. Yasuhiko Kojima, saintis Jepun yang menemui Interferon, dan mencipta suplemen immune booster Interferon.
Tokyo River Cruise, King Crab dan Odaiba
Hari ke-5, jadual asal patutnya ke Asakusa. Tapi, malam sebelumnya ketika Gala Dinner, presiden Shaklee Japan jemput kami untuk melawat ofis Shaklee Japan.
Wahhh bagai pucuk dicita,ulam mendatang lah. Semua lebih excited nak buat site visit ke ofis Shaklee Jepun, berbanding jalan-jalan ke Asakusa. Kami sendiri pun memang gembira sangat nak ke ofis Shaklee tue. Lagipun, dah pernah pergi Asakusa zaman dulu-dulu.
Tengah harinya kami makan di restoran Kani Doraku. Makan King Crab dan pelbagai jenis ketam, yang dimasak dengan macam-macam cara. Ya Allah, sedap sangat!
Lebih terkejut tengok design dalaman restoran ini. Dari lua, nampak macam bangunan kedai biasa aje. Rupa-rupanya, di bahagian dalam mereka dah renovate, dan jadi seolah-olah macam perkampunagn Jepun lama. Cantik sangat! Makanan pun of course sedap!
Petangnya, kami berpeluang naik Tokyo River Cruise, menjelajahi sungai Tokyo, dari Asakusa terus ke Odaiba. Natsukashii betul lah Odaiba nie. Tempat kami lepak zaman student dulu.
The best part di Odaiba ialah, aktiviti bebas. Dengan kata lainnya, shopping! Di sinilah ramai yang borong beg Anello. Murah aje rupanya Anello Bag di Jepun. Tapi biasalah, bila di bawa masuk ke Malaysia, jadi mahal berganda lah. Kami pun beli satu sebagai kenangan. Hihi..
Tokyo Disneyland, Penutup Trip Jepun
Kemuncak aktiviti kami di Jepun, ialah pergi ke taman tema Tokyo Disneyland. Sempatlah main Splash Mountain, selepas beratur selama 70 minit. Gigih tau!
Selain Tokyo Disneyland, kami juga dah pernah pergi ke Disneyland California pada tahun 2014, juga ditaja percuma oleh Shaklee. Bukan Disneyland aje, dapat ke Universal Studio Hollywood juga.
Lepas ambil gambar, dan beli souvenirs untuk anak-anak, kami terus keluar awal dari Tokyo Disneyland, tanpa tunggu rombongan bas Shaklee. Last day di Jepun katakan, terus ambil train di Maihama Eki ke Shibuya. Malamnya, sambung shopping di Ginza pula. Beranak-pinak beg!
Sayonara Jepun, Till We Meet Again
Pagi 23 Mei 2017, kami bergerak dari Tokyo Imperial Hotel terus ke Narita Airport. Sama seperti datang hari tue, transit sekejap di Suvarnabhumi Airport, sebelum terus ke KLIA.
Perjalanan pulang pun smooth, Alhamdulillah. Dalam flight, kami dihidangkan dengan Muslim Meal. Begitulah Shaklee, sentiasa prihatin dengan kebajikan kami, Muslim leaders.
Seperti biasa, setiap kali trip Shaklee, memang terasa seperti VVIP dengan layanan 5 bintang. Makan minum, tiket penerbangan dan hotel, dibelanja sepenuhnya oleh Shaklee. Tinggal bawa badan aje. Kali nie kami sewa pocket wifi, supaya mudah nak update perkembangan trip.
Overall, best sangat-sangat Trip Jepun Shaklee 2017 ini. Harap-harap management Shaklee akan repeat lagi trip Japan next few years. Harapan lagi, dapat bawa lebih ramai bisnes partners vEminent untuk sama-sama join International Trip Shaklee pada tahun 2018 dan seterusnya. Insya Allah…
Sekali dah join trip Shaklee, memang rasa nak join lagi, dan lagi. Bisnes Shaklee is ohsem! 😉
3 Lubuk Rahsia Beli Barang Branded Murah di Jepun
anuar says
Tahniah… dapat pergi ke Jepun secara peecuma…
GenkiMomma says
Terima kasih… 😀
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says
Bila baca bab makan strawberry tu terliur tau. Tak baik Arnie ni tak tapau untuk kami sama..hehe
GenkiMomma says
I dah tolong makan kan strawberry untuk u kakak manis, kihkih..
Ibu Zaid says
Patutlah genki momma lama senyap di blog ni
Terbang ke jepun rupanya
Dulu belajar jepun ya puan?
GenkiMomma says
Iya, “balik kampung” gitew.. 😀
Nur Razali says
Ais kepal satu 😂
GenkiMomma says
Banyak sangat ais kepal nye Nur, tak termakannn… 😛