Masa kecil dulu, zaman sebelum wujudnya Astro, rancangan animasi lah yang selalu ditonton. Di antara yang popular ialah keluaran Walt Disney seperti Cinderella, Snow White, Beauty & the Beast, Alice in Wonderland, Sleeping Beauty dan banyak lagi. Bukan sekadar tengok, dalam hati pun mulalah terbayangkan diri sendiri yang memegang watak utama, tak lain tak bukan, sebagai Princess! š
Dari situ mula kenal tentang Disneyland. Selalu juga berangan dapat pergi ke Disneyland. Tapi, dalam mimpi sahajalah. Pada saya, agak mustahil nak ke Amerika semata-mata untuk pergi ke Disneyland. Apatah lagi sendiri pun bukan berasal dari keluarga yang senang. Lebih baik menabung untuk kegunaan lain. Jadi, tak pernah terbayang pun suatu hari nanti dapat pergi ke Disneyland.
Tokyo Disneyland dan Universal Studio Japan
Tahun 2004 saya melanjutkan pelajaran di Jepun, dalam bidang kejuruteraan. Alhamdulillah, pihak penaja menghadiahkan kami percutian percuma ke Tokyo Disneyland sebagai reward, sebelum kami memulakan pelajaran di Universiti masing-masing. Tak tergambar betapa seronoknya ketika itu. Cuma ada kurang feel sedikit sebab bahasa pengantaranya bukan bahasa Inggeris.
Bayangkan Cinderella cakap bahasa Jepun? Heheā¦ š
Alang-alang berada di Jepun, ketika cuti musim panas, kami ke Universal Studio Japan (USJ) pula. Terdetik dalam hati, mungkin inilah kali pertama, dan juga kali terakhir jejakkan kaki ke Disneyland dan Universal Studio. Tak dapat pergi taman tema yang asal, dapat pergi yang versi Asia pun jadilah. š
Percutian Percuma Ke Disneyland dan Universal Studio
Tak sangka, 10 tahun kemudian, pada tahun 2014 ini, sekali lagi diberi peluang ke taman tema popular ini juga secara PERCUMA! Malah, kali ini dapat pergi ke Disneyland dan Universal Studio yang asal, iaitu di California! Bak pepatah Melayu, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu“.Ā Tapi, tuah pun tak datang bergolek, kalau kita sendiri tak berusaha. Betul tak?
Jika 10 tahun dahulu saya hanya fokus untuk mendapatkan biasiswa dan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Kesan sampingannya, berpeluang bermusafir di luar negara, dan dapat percutian percuma ke Disneyland dan Universal Studio.
Kini pun sama. Asalnya, 5 tahun lepas, saya hanyalah suka-suka berkongsi kebaikan vitamin dengan semua orang melalui blog. Cukuplah sekadar dapat duit ekstra untuk shopping. Menulis blog dengan gembira, malah, daftar keahlian Shaklee pun dengan sukarela sebab diri sendiri dah rasa Shaklee Effect tue. Tak sangka dari hobi suka-suka tue,Ā kini dah jadi bisnes sepenuh masa! Syukur!
Kesan sampingannya?
Ya, sekali lagiĀ dapat percutian percuma ke Disneyland dan Universal Studio! š
Kali ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee, sempena Shaklee Global Conference 2013/2014 di Long Beach, California, sebagai rewardĀ kepada semua Business Leader yang berjaya tahun lepas. Lebih seronok kerana kali ini boleh hadiahkanĀ percutian percuma ke Disneyland dan Universal Studio ini buat kedua anakanda tercinta pula. Rezeki anak-anak, kecil-kecil lagi dah berpeluang bermusafir ke luar negara. Kos percutian selama 10 hari ini ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee (M).
Inilah di antara sebab kami sangat suka dengan Bisnes Shaklee. Shaklee ialah bisnes keluarga, dan anak-anak tidak akan sesekali diabaikan hanya kerana nak fokus bisnes. Malah, kami mempunyai lebih banyak masa sekarang bersama anak dan keluarga, kerana menguruskan perniagaan sendiri dari rumah sahaja.
Segala-galanya bermula dengan perkongsian yang konsisten dan ikhlas. Dari hobi suka-suka, kini menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana dapat bantu lebih ramai orang. Teruskan memberi, Insya Allah yang baik-baik sahaja akan datang kembali kepada kitaā¦ š
Anda juga mempunyai hobi menulis blog? Anda suka berkongsi pelbagai info yang memberi kebaikan kepada pembaca? Mahu dapatkan Pakej Pelancongan Percuma (*mengikut terma & syarat) sebagai kesan sampingan daripada hobi anda tersebut?
Jom sertai komunitiĀ ibu bekerja di rumah (WAHM)Ā bersamaĀ GenkiMomma Team hari ini! š
Jadual pemakanan dan konsultasi berterusanĀ EKSKLUSIFĀ untuk customer yang membuat pembelian dari GenkiMomma.my sahaja! š
***Kami ialahĀ Pengedar Sah Shaklee anda diĀ SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam.Ā Penghantaran produk ShakleeĀ menggunakan kurier keĀ seluruh Malaysia & Indonesia. UntukĀ orderĀ produkĀ Shaklee,Ā daftar keahlian,Ā atauĀ peluang jana pendapatanĀ dengan Shaklee, hubungiĀ genkimomma@gmail.com, atauĀ SMS/WA ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
Yana says
bestnyaaaa.. nak ikut!!
Genki Momma says
Jom gie US sama2 tahun 2016! š
azimah mohd zainuddin says
Saya pun nak gi US jugak 2016 š
Maizura says
Bila pulak saya nak pergi bercuti ni…