Langkawi merupakan salah satu tempat pelancongan menarik di Malaysia. Bila sebut sahaja bercuti di Langkawi, sesiapa pun pasti akan rasa teruja. Dalam kepala terus terbayang barang-barang duty-free, coklat eksklusif yang sedap, dan juga pinggan Correlle pada harga mampu milik.
Namun, kos untuk melancong ke Pulau Langkawi bukanlah murah. Perlu menabung untuk tiket kapal terbang, pengangkutan, penginapan dan tabung untuk membeli-belah juga. Hehe..
Jadi, apabila berpeluang melancong ke Langkawi secara percuma, bagaikan bulan jatuh ke riba.
Pengalaman Bercuti di Langkawi
Kali pertama bercuti di Langkawi ketika masih belajar di universiti. Kami balik ke Malaysia ketika cuti musim panas tahun 2001 dengan penerbangan MAS. Kebetulan ada promosi tiket percuma ke Langkawi, untuk semua pembelian tiket MAS dari Narita Airport ke KLIA.
Sebab masih lagi belajar, bajet kami pun terhad. Jadi, kami pilih untuk menginap di Hotel Aseania Langkawi. Senang, boleh jalan kaki sahaja ke tepi pantai.
Kali kedua bercuti di Langkawi pada tahun 2009. Masa ini sudahpun bekerja dan punyai 2 orang cahayamata. Hajat kami untuk bawa kedua-dua ibu dan ibu mertua bercuti di Langkawi.
Jadi, kami pilih sebuah chalet berhampiran dengan Pantai Chenang, yang mempunyai 2 katil besar di dalamnya. 1 katil untuk kami berempat, 1 lagi katil untuk kedua ibu. Chalet biasa aje, sampai dah tak ingat langsung apa namanya. Hehe..
Percutian 5 Bintang di The Westin Langkawi Resort and Spa
Kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Jika sebelum ini kami duduk di hotel biasa-biasa sahaja, pada tahun 2012 kami berpeluang menginap di The Westin Langkawi Resort and Spa selama 3 hari 2 malam secara percuma. Alhamdulillah..
Ada banyak surprised gift dalam bilik. Paling suka, set tuala Aussino dengan sulaman nama kami eksklusif di atasnya. Sampai sekarang masih pakai tuala nie. Teringat trip di The Westin Langkawi.
Suasana di hotel The Westin Langkawi nie sangat cantik, eksklusif dan luxury! Kalau ikutkan bajet sendiri, mungkin sampai bila-bila lah kami takkan berpeluang bermalam di The Westin Langkawi ini. Harga bilik satu malam di The Westin Langkawi hampir RM1,000 tau!
Masuk sahaja dalam bilik, terus lompat atas katil. Nyenyak nya tidur sampai pagi. Baru betul, sleep like a baby. Lain macam rupanya feeling bila tidur di bilik hotel 5 bintang nie, ya. Hehe..
Keesokan paginya, bangun pagi nampak pula view cantik begini. Subhanallah…
Bukan sekadar dapat penginapan percuma di The Westin Langkawi, kami juga dapat tiket penerbangan ulang alik percuma, naik kereta kabel, island hopping, pusing-pusing satu pulau serta sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam percuma.
Pendek kata, hanya bawa badan dan ongkos untuk shopping sahaja.
Bagaimana Boleh Bercuti di Langkawi Percuma?
Sebenarnya ini semua reward dan penghargaan dari pihak Shaklee Malaysia kepada bisnes leader yang layak dan mematuhi syarat. Pencapaian jualan kami sepajang Mac 2011 hingga Feb 2012 telah melayakkan kami untuk dapat 1 tiket International Trip. Alhamdulillah.
Sepatutnya, saya berpeluang untuk menunaikan Umrah percuma, serta melancong ke Istanbul. Namun, manusia merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang. Tarikh untuk menunaikan Umrah itu sama pula dengan tarikh jangkaan kelahiran anak ke-3 kami.
Memang benar, seminggu lepas saya bersalin, delegasi Shaklee pun berlepas ke Istanbul.
Inilah bayi Shaklee kami. Hafiy, lahir pada 5 April 2012. Anugerah terindah dari Yang Maha Esa. Delegasi Shaklee pula berlepas ke Istanbul-Mekah-Madinah pada 9 – 19 April 2012… 😀
Namun, kelebihan trip insentif Shaklee ialah, kita boleh pilih nak melancong di dalam atau di luar negara. Bergantung kepada bilangan tiket yang kita layak. Tahun lepas misalnya, kami gunakan kesemua 3 tiket untuk ke Milan, Florence & Rome Italy. Tak ambil local trip langsung.
Jadi, kami tukarkan 1 tiket Istanbul & Umrah Trip tersebut kepada 2 tiket National Trip. Alhamdulillah, dengan asbab ini, kami berpeluang bermalam di The Westin Langkawi Resort and Spa percuma.
Shaklee Trip The Westin Langkawi 2016
November 2016 ini, sekali lagi Shaklee Malaysia menghadiahkan percutian percuma ke The Westin Langkawi Resort and Spa buat semua bisnes leader yang mematuhi syarat. 4 tahun dulu, hanya kami wakil tunggal dari team Shaklee kami. Kali ini, ada beberapa orang bisnes partner GenkiMomma Group yang layak mengikuti percutian 5 bintang ke The Westin Langkawi.
Alhamdulillah, tumpang gembira sangat di atas kejayaan mereka. Jika diizinkan, Insya kami bakal menyusul ke Jordan dan menunaikan Umrah pula bulan Januari 2017 nanti. Insya Allah…
Anda mahu percutian percuma juga tak?
Langkah pertama ialah daftar keahlian Shaklee, dan rasai sendiri kelebihan produk dahulu. Langkah seterusnya, kami akan terangkan, bimbing dan pegang erat tangan sehingga berjaya.
Jika sudah menjadi ahli, terus bertindak. Kalaulah kami tak mulakan langkah pertama dahulu, mungkin tak berpeluang merasai pelbagai percutian insentif 5 bintang ini… 😀
Mentor Shaklee Anda,
Follow FB Arnie Samsudin untuk direct PM, serta dapatkan tips kesihatan terkini.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now” sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Nyenyaknya baby hafiy tidur masa nie kan, ye lah tilam empuk bilik hotel pulak 5 stars gitew
GenkiMomma says
Ibu dia pun rasa macam tak mau keluar dari selimut, empuk sangat, haha.. Lain macam rupanya feeling tidur hotel 5-6 bintang nie, ekeke.. 😛
cik tom says
bestnya pergi langkawi..lagi best sebab free pulak tu..hihi..
ciktom xpernah lagi jejak kaki ke sana…selalu plan tapi cancel akhirnya atas sebab2 xdpt nak elak..
GenkiMomma says
Haa Cik Tom kalau pergi Langkawi nanti bawa beg besar sket tau, nanti boleh borong coklat banyak2, hehe…
Azlan says
Cantik nya permandangan 🙂 .. Ingat nak p honeymoon kat sini ..
GenkiMomma says
Good choice! Memang sesuai sangat untuk honeymoon.. 🙂
Azwan says
Tahniah. Itu bukan tuah, itu rezeki berkat berusaha keras. Teruskan maju.
GenkiMomma says
Terina kasih, tuan… 😀