Perniagaan Sistem Piramid Tidak Halal | Ada pelbagai pilihan bisnes online buat ibu-ibu yang bekerja di rumah pada masa kini. Biasanya terbahagi kepada 2 bisnes utama iaitu bisnes menjual produk, ataupun bisnes khidmat servis.
Bisnes menjual barang juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu produk fizikal dan produk digital. Contoh produk fizikal seperti jual tudung, pakaian kanak-kanak, beg tangan berjenama original pada harga murah, produk kecantikan dan lain-lain lagi. Contoh produk digital ialah e-book.
Manakala khidmat servis pula adalah seperti menjadi guru blog secara Online, membuat website, copywriter, affiliate, dan banyak lagi.
Jenis-jenis Plan Pemasaran Perniagaan
Pelan pemasaran umumnya terbahagi kepada 2 iaitu
- Pemasaran sehala (Single Level Marketing).
- Pemasaran berperingkat (Multi Level Marketing).
Pelan pemasaran satu hala adalah perkara biasa yang diamalkan oleh peniaga. Pengeluar kepada pemborong, kepada peruncit, barulah kepada pengguna.
Pelan pemasaran berperingkat ialah perniagaan jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pengguna, tiada orang tengah. Namun, ia menjadi ‘luar biasa’ kerana masyarakat sering pandang serong apabila mendengar perkataan “MLM”.
Hakikatnya, bisnes MLM (Multi Level Marketing) ini dibenarkan dalam Islam, dan diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL). Yang di haram kan ialah perniagaan sistem piramid.
Perniagaan Sistem Piramid Tidak Halal?
Berikut ialah jawapan dari Dr Abdul Salam Muhammad Shukri mengenai Perniagaan Sistem Piramid Tidak Halal – Untung atas Angin, di Ruangan Fikrah Harian Metro, oleh Dr Salam:
Soalan:
“Saya ada menyertai bisnes MLM. Pekerjaan saya hanya perlu mencari orang bawah (downline) tanpa perlu menjual produk, dan apabila orang bawah semakin ramai, orang atas (upline) mendapat keuntungan seperti untung atas angin tanpa berusaha.
Kini saya runsing sebab takut dapat reseki yang Haram. Adakah ianya Halal?”
Jawapan:
“Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis perniagaan jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pelanggan. Apabila seseorang berjaya memasarkannya, ia mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.
Perniagaan MLM membabitkan pemasaran berperingkat bermula daripada syarikat pengeluar dan pelantikan pihak bawahan, termasuk pengedar, peruncit dan pelanggan. Mana-mana perniagaan termasuklah MLM mesti berlaku perpindahan barangan, atau perkhidmatan secara jual beli.
Berbanding SKIM PIRAMID, ia hanya menumpukan kepada mencari & menambah downlines semata-mata, tanpa perlu jual barang atau perkhidmatan. Akhirnya, tiada apa yang diniagakan pengusaha dan apabila tiada downlines, ia terpaksa ditutup dan mereka yang berada di bawah mendapat kerugian.
Justeru, undang-undang mengharamkan Skim Piramid!
Sekiranya MLM yang diusahakan bertepatan dengan perniagaan dalam Islam dan disahkan kerajaan, pendapatan yang diperoleh adalah HALAL.
Bagaimanapun, berdasarkan keterangan anda di atas, MLM yang anda sertai itu tidak Halal dan termasuk bentuk penipuan dan skim piramid. Ia mengambil kesempatan daripada sifat tamak dalam diri manusia seperti hendak cepat kaya tanpa berusaha! Anda wajar tinggalkan MLM berkenaan”.
Maka, jelaslah di sini bahawa perniagaan sistem piramid adalah tidak halal.
Adakah Bisnes MLM Shaklee Perniagaan Sistem Piramid?
Bisnes MLM Shaklee adalah bisnes yang halal dan patuh syariah.
Kami menjual rangkaian produk Shaklee kepada pelanggan (customer), memberikan konsultasi sebaiknya, serta mendapat komisen di atas penjualan produk.
Ahli Shaklee tidak akan dapat sebarang komisen:
- Jika taja orang bawahan (downlines) semata-mata. Tiada pembelian produk.
- Walau ada beribu ahli kumpulan, langsung tak beri efek kepada income ahli, sekiranya tiada pembelian produk.
- Walau ahli kumpulan buat belian berpuluh ribu RM pada sesuatu bulan, tetapi diri sendiri tidak membeli sebarang produk. Zero personal sales = zero income.
Malah, ahli Shaklee boleh jana income tanpa perlu taja downlines walau seorang pun!
Tiada istilah upline goyang kaki dalam bisnes Shaklee. Duduk diam-diam dan dapat income berkepuk setiap bulan, diri sendiri takyah buat sebarang jualan (zero personal sales). Tiada istilah upline sentiasa di atas, mahupun income upline lebih besar dari downlines. No! No!
Dah banyak kejadian di mana rank downlines lebih tinggi dari uplines. Dengan kata lain, income downlines lebih tinggi dari upline. Dalam GenkiMomma Group pun ada.
Marketing Plan Shaklee sangat adil tau. Dan, Shaklee bukan perniagaan sistem piramid.
Beza Perniagaan Sistem Piramid dan Bisnes MLM Halal?
Kami juga bukanlah ahli dalam menentukan Hala dan Haram sesuatu perniagaan tersebut. Sekiranya anda perlukan penjelasan lanjut tentang beza perniagaan sistem piramid dan bisnes MLM yang Halal dan dibolehkan di dalam Islam, jemput baca lanjut:
- Garis Panduan Perniagaan MLM HALAL di laman blog Ustaz Zaharuddin.
- Hukum perniagaan berkonsepkan MLM yang diterangkan oleh UAI (Ustaz Azhar Idrus).
Jika dah sedia nak daftar dan mulakan bisnes Shaklee, jom daftar ahli Shaklee di sini… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah pengedar sah Shaklee sejak Sept 2009.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.