Sindrom Usus Bocor, atau, Leaky Gut, ialah satu keadaan di mana saluran usus menjadi berlubang dan tidak berfungsi dengan betul. Ini menyebabkan bahan-bahan yang tidak sepatutnya seperti makanan yang tidak hadam, bahan toksin, bakteria jahat, parasit, yis dan Fungus, akan masuk ke dalam saluran darah.
Apabila bahan yang sepatutnya dibuang melalui usus, tetapi terlepas masuk ke dalam saluran darah, akan menyebabkan hati terpaksa bekerja lebih, tanpa henti. Sistem imun mejadi kacau bilau, nak hapuskan toksin, nak lawan bakteria. Keradangan berlaku di sana sini tisu badan. Akhirnya, sistem imun tidak dapat membezakan mana kawan, dan yang mana lawan.
Maka, terjadilah penyakit “auto-immune”.
Petanda Usus Bocor
- Masalah penghadaman seperti perut kembung, mudah berangin, cirit-birit (diarrhea) dan Irritable Bowel Syndrome (IBS).
- Masalah auto-immune seperti Lupus (SLE), Rheumatoid Arthritis (RA), dan Psoriasis.
- Masalah hormon yang tidak seimbang seperti kitaran haid tidak teratur, dan penyakit berkaitan Thyroid (Hashimotos, Hypothyroidism).
- Masalah kulit, seperti Jerawat dan Eczema.
- Masalah Candida.
- Masalah mental dan emosi, seperti kemurungan, kegelisahan dan ADHD.
- Athma, Resdung, Alahan pada persekitaran dan makanan.
- Selalu selesema/ demam.
- Mudah sakit kepala.
Punca Usus Bocor
Apakah yang menjadi punca usus bocor?
(1) Diet
Pengambilan gula secara berlebihan, makanan yang diproses dan mengandungi bahan pengawet, perisa, pewarna dan pelbagai bahan kimia.
(2) Tekanan (stress)
Stress berlebihan akan menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah, dan tak boleh menjalankan tugas dengan baik. Ini menyebabkan jangkitan oleh Patogen, seterusnya mengakibatkan keradangan pada tisu badan, termasuklah perut. Apabila perut menjadi radah, maka lebih mudahlah ‘lapisan karpet’ (flora gut) di dalam usus kita menjadi jarang-jarang dan bocor.
(3) Keradangan (inflammation)
Semua jenis keradangan akan menyebabkan usus bocor. Di antara punca keradangan ialah paras asid di dalam perut yang rendah. Apabila asid perut sedikit, makanan yang belum hadam sepenuhnya akan terlepas ke dalam usus kecil, dan menyebabkan kawasan di usus kecil itu tercedera. Maka, Candida, bakteria jahat, Parasit dan bahan toksin dari persekitaran akan memnuhi usus kita.
(4) Ubat-ubatan
Dalam usus kita ini diselaputi dengan lendir, yang tugasnya adalah untuk melindungi perut kita. Bila selalu makan ubat, selaput lendir ini akan berkurangan. Karpet di perut akan mula menipis, dan bila selaput lendir ini berkurangan, Hampir kesemua ubat menyebabkan mukus yang melapisi usus menjadi nipis, terutama antibiotik.
(5) Yis (Candida Fungus)
Di dalam perut semua manusia ada yis. Bezanya, dalam perut yang sihat, yis tidak aktif kerana ada banyak bakteria baik. Namun, Yis akan menjadi aktif sebaik sahaja semua bakteria baik berkurangan, dan bertukar menjadi Candida (Fungus). Jahatnya Candida ini, akarnya mencengkam permukaan usus, dan menyebabkan usus mula bocor!
(6) Kekurangan Zink
Zink ialah nutrien yang penting untuk pastikan selaput usus kita sentiasa kuat dan sihat. Kekurangan Zink akan menyebabkan lendir yang menyelaputi usus kita menjadi lemah dan menyebabkan usus menjadi bocor.
Bakteria baik tumbuh dengan sihat dan banyak apabila kita menjaga diet harian, iaitu gizi seimbang. Tetapi, apabila kita selalu kudap makanan dan minuman manis, roti berkrim, snek ringan yang tidak berkhasiat, bakteria ini hilang punca makanan kerana ia sukakan sayuran hijau dan buah-buahan.
Yang suka makanan sebegitu ialah Yis (Candida). Lama-kelamaan, tiada lagi bakteria baik, dan bakteria jahat menguasai usus kita, seterusnya menjadi punca usus bocor!
Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda usus bocor di atas, segeralah bertemu dengan yang pakar, jaga pemakanan untuk memelihara bakteria baik di dalam usus, dan tambahlah suplemen Zinc ke dalam diet harian anda.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Kena makan zinc konsisten la macam ni..risau pulak…
GenkiMomma says
Yup, wajib makan Zinc Complex tue…
azimah mohd zainuddin says
Gula memang punca segala jenis penyakit kritikal. Kena usaha kurangkan pengambilan gula tambahan.
GenkiMomma says
Betul tue… bila bacaan darah tinggi sangat dalam badan, makan suplemen ape pun kurang efek dah…
Dr Fattah says
bahayanya leaky gut, kena cegah sebelum parah.
GenkiMomma says
betul, bahaya sangattt…
Oja Samid says
risau pulak dgn leaky gut nie..kena lbh rajin telan zinc lah nampaknya. 🙂
GenkiMomma says
itulah kita kena kurangkan gula untuk pelihara flora gut, dan tingkatkan nutrisi badan, antaranya jgn miss consume zinc… 😀
Azura MZaki says
Bahaya rupanya usus bocor ni… macamana nak bagi kanak2 suka makan sayur ye?risaunya
GenkiMomma says
Rasanya kita kena kreatif untuk buat sayur tue nampak menarik kan.. selain beri suplemen, dalam masa yg sama kena kurangkan jajan yg sgt disukai oleh Candida2 jahat itu…