Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam. Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
Lebih dikenali sebagai flu, selesema pula disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A,B dan C. Influenza selalunya menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang iaitu hidung, tekak dan paru-paru. Ianya merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak kepada orang lain melalui udara yang dicemari oleh batuk, bersin dan bercakap dengan pengidapnya.
Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat
Nak tahu apakah petua hilangkan demam selsema dengan cepat secara semulajadi (tanpa ubat)?
Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat
- Minum air dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
- Mandi dengan air suam untuk meredakan demam.
- Berpakaian longgar. Tak perlu berselimut, kerana akan meningkatkan suhu badan.
- Lapkan tuala basah di bahagian badan seperti kepala, untuk turunkan suhu badan.
- Berehat secukupnya. Kurangkan aktiviti di luar.
- Ambil makanan yang tinggi sumber Vitamin C – buah oren, jambu batu.
- Jika selsema disertai dengan batuk dan kahak, ambil madu + perahan limau.
Vitamin Shaklee Untuk Meredakan Demam Selsema
- Sustained Release Vitamin C 500mg – untuk meningkatkan antibodi badan. Ambil 2 biji, dan dipatahkan 2 sebelum dimakan, supaya badan terus dapat khasiat Vitamin C 1,000mg.
- NutriFeron – untuk menggalakkan pertahanan sistem imun (immune booster).
- Garlic Complex – antibiotik semulajadi.
- Performance Drink – supaya badan kekal terhidrat.
Kami sekeluarga mengamalkan suplemen Shaklee ini apabila mula rasa tidak sedap badan. Mulakan dengan 2 biji Vitamin C dulu, kalau tak kebah terus tambah NutriFeron. Bila ada batuk berkahak Garlic Complex wajib sebagai antibiotik semulajadi. Kami berikan OmegaGuard kepada anak-anak untuk mencairkan kahak mereka.
Sekiranya bayi demam, dan masih menyusu badan, ibu juga boleh mengamalkan petua yang sama agar khasiat vitamin ini akan diperolehi oleh bayi melalui susu ibu. Alhamdulillah, jika kita berjaya mencegah di peringkat awal, dapat mengelakkan bayi dari demam atau selsema teruk.
Pengambilan vitamin bukanlah jaminan kita akan kekal sihat tanpa jatuh sakit. Sekurang-kurangnya, kalau demam pun, tidaklah seteruk berbanding individu yang tak ambil vitamin langsung.
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
nur razali says
Cepat sembuh ye baby Hadhirah 🙂
GenkiMomma says
Terima kasih, auntie Nur! 😀
Farah says
Betul, demam tak teruk bila makan vitamin Shaklee.
GenkiMomma says
Kannn Farah…
Hasfiza Hassan says
mencegah lebih baik dari mengubati kan…
GenkiMomma says
Yezza Fiza…
Mama Olin says
Org dulu2 kalau demam disuruh berselubung dengan selimut. Sekarang ni doktor tak bagi selimut pulak kan..
GenkiMomma says
Panas sangat sekarang nie, berbanding dulu kot..
Bestiesheteen says
syafakillah baby hadhirah 😀
GenkiMomma says
Terima kasih dua2 auntie yg chomel! 😀
tutyrahiza says
saya kalau demam memang berselimut..siap pakai stokin dengan sweater lagi..selalunya jenis demam yang badan sejuk menggigil..itu yang perlu berselimut..
GenkiMomma says
saya pun berselimut, tak tahan gigil sejuk…
tutyrahiza says
alamak..tertekan sebelum kuar comment luv..gomen kaachan
Yana says
kalau org dulu-dulu mesti suruh selimut tebal sbb takut sejuk kan? tapi sebenarnya bila selimut tu la yang lebih panas badan..
GenkiMomma says
betul tue yana…
auntie kemai says
moga adik Hadhirah cepat sembuh ya. Amin
GenkiMomma says
Tenkiu auntie kemai!
Nurul Fazreen Othman says
Syafakillah baby Hadhirah
GenkiMomma says
Tenkiu Auntie Fazreen!
Mama Olin says
Alamak anak dh mula selsema ni.nutriferon dah abis.. Kena beli nutriferon cepat ni. Momma Arnie tolonggg
GenkiMomma says
Alahai, sorry Rolin.. stoke kami pun cukup2 makan jer nie, untuk kegunaan sendiri ajer…
Mama Olin says
Sedeyyyy