Apa itu Power Pumping?
Ada yang panggil Power Pumping, ada yang menggelar HyperStimulation, dan juga Intensive Pumping. Apepun gelarannya, ia merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan susunan mengepam yang biasa, tetapi di dalam cara yang lebih unik. Ideanya ialah untuk meniru bayi menyusu, secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang mengalami kekurangan susu, atau yang sedang berusaha untuk memperbanyakkan semula pengeluaran susu ibu.
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat, di mana teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu ibu. Di galakkan untuk berjumpa dengan doktor/ pakar laktasi jika anda di dalam kategori no. 3 ini.
Bagaimana cara untuk buat Power Pumping?
(1) Untuk Single Pump:
Pam payudara kanan dahulu 10 minit, kemudian, pam payudara kiri pula 10 minit, kemudian, tukar semula ke payudara kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit secara berterusan selama sejam.
(2) Untuk Double Pump:
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat sebentar selama 10 minit, sambung semula pam kedua-duanya selama 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, sebaik-baiknya di antara waktu malam (sebelum tidur) ke Subuh (bangun awal sebelum masuk waktu Subuh), kerana hormon prolaktin (hormon susu) sangat tinggi pada waktu ni. Namun, tidak perlulah bangun di tengah-tengah malam semata-mata untuk buat power pumping, melainkan anda terjaga kerana bayi mahu disusui. Jadi, gunakan peluang tersebut untuk pam sebentar sebelum sambung tidur semula.
Adakah mana-mana set vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan/ menjayakan PowerPumping ini?
Ada. Kami sangat menggalakkan pengambilan Set Penyusuan Shaklee yang diamalkan bersama-sama Tips Eksklusif pengambilan set Tripple M dari Euphoria (diberikan secara eksklusif kepada customer GenkiMomma & Euphoria sahaja. Harap maklum!).
Kami mencadangkan set ini kerana sumber vitamin, nutrien & galian yang diperolehi ialah “bahan-bahan” yang mencukupi keperluan tubuh badan si ibu, yang apabila dicampur dengan usaha konsisten mengosongkan payudara dengan kerap, Insya Allah, akan membantu meningkatkan penghasilan susu badan si ibu.
Berapa lama perlu buat Power Pumping untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu, dan ada juga yang makan masa sehingga sebulan! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau sekadar ‘pam angin’ sahaja, teruskan misi sehingga mendpaat hasil yang dikehendaki.
Jangan putus asa, disiplin, usaha, doa dan tawakal kepada-Nya. Insya Allah.
*Kredit artikel: kellymom.com, mobimotherhood.org & lowmilksupply.org
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.