Kami tahu tentang produk Buds Organics ini dah lama, tapi tak pernah beli untuk kegunaan anak-anak sebelum ini. Maklumlah produk organik, jadi harganya yang agak mahal. Nilai mahal yang subjetif, setanding dengan kualiti produk nya.
Sehinggalah kami dikurniakan anak ke-4, Dhira yang disahkan mempunyai Ekzema sejak lahir. Setelah pelbagai produk pelembap kulit dan produk penjagaan ekzema kami cuba, akhirnya ternyata Dhira serasi dengan rangkaian produk Buds Organics sahaja.
Jadi, apabila Buds melancarkan Buds Loyalty Program ini, wajiblah kami rebut peluang untuk dapatkan produk Buds Organics percuma. Dah memang pengguna Buds setia pun.
Produk Buds Organics Percuma Dengan Buds Loyalty Program
Melalui Buds Loyalty Program ini, kita layak dapat produk Buds Organics percuma dengan syarat yang sangat mudah. Cara untuk dapatkan produk Buds Organics percuma ialah:
- Kumpul 8 keping kod bar produk Buds Organic (label kod bar sahaja).
- Tampal kesemua 8 keping barcode di dalam borang Buds Loyalty Program. Boleh download di sini (klik). Pastikan yang original sahaja tau, jangan fotostet pula.
- Pilih 1 sahaja produk dari koleksi kod bar yang diberikan.
- Lengkapkan borang, dan poskan borang tersebut kepada mereka. Pihak BudsBaby akan hantar produk tersebut kepada kita percuma.
Redemption period: 1 Ogos 2015 – 31 Disember 2018.
Sebelum ini, tarikh tutup ialah sehingga 31 Disember 2016. Kami pun bersungguh print out borang, dan kumpulkan kesemua bekas kosong Buds yang ada dalam simpanan, untuk buat operasi tampal kod bar pada borang. Sangat last minute, hehe…
Tiba-tiba, pihak admin BudsBaby update yang tarikh tutup dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018. Yeay, lompat bintang terus!
Mengapa Kami Pilih Buds Organic Untuk Ekzema Dhira
Di awal kelahirannya, kami tak sangka yang Dhira akan dapat ekzema walaupun possibility memang ada. Saya sendiri penghidap ekzema. Manakala dari belah keluarga ayah Dhira, ada athma dan resdung. Jadi, kami tak bersedia secara mental.
Bila dia lahir, awalnya doktor berikan pelembap dan mandian Cetaphil, serta krim streoid untuk ekzemanya. Ekzemanya terkawal, cuma makin teruk bila saya mula habis pantang.
Dipendekkan cerita, saya terjumpa kumpulan sokongan ekzema tanpa steroid di facebook. Sejak itu, siang malam saya study semua ilmu di dalam group itu. Banyak sangat benda baru nak kena hadam dan faham, sebab tue kena ulang banyak kali.
Akhirnya, saya ambil keputusan nak guna Buds Eczema Rescue Kit, sebab terpikat dengan konsep prebiotic boosted skin care. Dalam set Buds Eczema Rescue Kit ini ada:
- Super Soothing Hydrating Cleanser – mandian
- Super Soothing Rescue Lotion – pelembap dengan prebiotik
Pesakit ekzema sangat perlukan bakteria baik di dalam badan, dan juga untuk penjagaan kulit. Dalam banyak-banyak produk penjagaan ekzema yang saya pernah baca, hanya produk Buds sahaja yang berkonsepkan prebiotik ini. Prebiotik ialah makanan kepada bakteria baik, probiotik.
Setia Dengan Buds Organics
Alhamdulillah, Dhira memang serasi sangat dengan rangkaian produk Buds Organic ini.
Sehinggalah satu ketika, saya decide untuk ubah kepada produk penjagaan ekzema yang lain. Itu antara kesilapan besar saya kerana ekzema Dhira jadi makin teruk, sampai gatal ekzema nya meradang teruk di kedua-dua belah pipi. Yang itu nanti kita cerita di lain entri.
Tambahan pula, selepas buat allergy test, dan kami dapat tahu Dhira allergy dairy products. Jadi, kami mula elakkan semua makanan berasaskan produk tenusu, untuk elakkan gatal ekzema nya flare up. Saya pun kena pantang sekali sebagai ibu menyusu.
Akhirnya, kami kembali kepada rangkaian Buds Organic kerana yakin konsep prebiotik nya amat membantu dalam proses pemulihan radang ekzema Dhira. Selain itu, kami turut berikan suplemen kepada Dhira sebagai rawatan nutrisi yang baik dari dalam badan.
Alhamdulillah, kini ekzema Dhira makin pulih, hasil dari gabungan rawatan dari dalam (nutrisi yang baik dan kesihatan usus yang baik), dan luar badan yang efektif. Hingga kini kami tak pernah berikan ubat steroid, atau sapu krim steroid padanya.
Jika anda mempunyai anak ekzema juga, jemput baca perjalanan ekzema Dhira di sini. Kami faham, tak mudah nak jaga anak ekzema. Semoga sedikit sebanyak membantu anda ya… 😀
Ibu kepada anak ekzema,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai tips ekzema yang ohsem!
NURUL AQIDAH AZAHAR says
cam best je
GenkiMomma says
Hadiah percuma, haruslah best… 😀
MeqZa Abdul Rahman says
Memang ada high chances nak menang ni, tengok koleksi pun dah tau
GenkiMomma says
Ehh takde menang2 nie, sebab program kumpul label dapat tukar dengan produk, kekdahnya… 😛