Kebiasaannya ibu ayah akan mula survey dan beli kelengkapan bayi, sejak bayi masih lagi di dalam kandungan. Percaya tak kalau kami cakap, proses survey tue lebih lama dari proses membeli?
Serius! Punyalah nak berikan yang terbaik khusus buat anak tersayang.
Maklumlah, lumrah bayi yang baru dilahirkan, kulitnya masih baru, suci, dan sensitif. Sistem imun badannya pun masih belum kuat. Sebagai ibu, kita takut nak beli sebarangan produk, risau akan merosakkan kulit, dan memudaratkan kesihatan bayi.
Four Cow Farm’s Mother’s All-Natural Range Untuk Ibu Hamil
Produk Penjagaan Bayi Yang Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Dahulu, saya pun beli sahaja produk penjagaan bayi yang banyak dijual di pasaraya. Pada firasat saya, dah namanya produk penjagaan bayi, pastilah ia selamat untuk bayi. Yakin je.
Namun, persepsi saya berubah selepas kelahiran anak keempat kami. Dhira mempunyai masalah ekzema sejak dari hari pertama dilahirkan. Tak boleh guna sebarang produk bayi, mulalah kulitnya jadi kering, tumbuh biji-biji dan naik radang. Walaupun produk tersebut kononnya produk khusus ekzema, clinically tested bagai, belum tentu selamat untuk kulitnya.
Sejak itu saya mula belajar tentang pelembap semulajadi yang baik untuk kulit ekzema. Bahan-bahan ini sebenarnya ada je di dapur kita, macam minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
Tapi, ada juga bahan semulajadi yang kita jarang dengar, kerana pokoknya tak tumbuh di Malaysia. Contohnya, Calendula. Kali pertama saya dengar tentang krim Calendula ialah ketika mencari pelembap semulajadi untuk kulit ekzema Dhira.
Pencarian ini menemukan saya dengan Four Cow Farm Baby Care. 😀
Produk Penjagaan Bayi Four Cow Farm 100% Semulajadi
Four Cow Farm, ialah ladang sebenar yang terletak di kawasan bukit Blackhall Range, di South-East Queensland. Berkeluasan 25 ekar, ladang ini menghadap Glasshouse Mountains, salah satu panorama tercantik di Queensland, Australia.
Rangkaian produk Four Cow Farm dimulakan oleh Nanna; seorang ibu, nenek dan juga bidan. Nanna mahu hasilkan krim dan minyak yang baik, dan semulajadi yang mungkin, istimewa untuk kedua-dua cucunya. Salah seorang dari cucunya menghidap ekzema.
Di antara keunikan produk Four Cow Farm ialah:
- Bahan terbaik, asli, dan gred makanan – Four Cow Farm hanya gunakan bahan semulajadi terbaik, dengan gred makanan premium. Hanya minyak yang extra-virgin dan cold-pressed digunakan. Resepinya diformulasi, dikaji dan diuji dengan penuh hati-hati, bagi memastikan hanya kesan terbaik untuk pengguna.
- Resepi Asli dari Nanna – Setiap formulasi produk adalah autentik dan asli. Segala warna, haruman dan tekstur produk, adalah dari bahan tersebut sendiri. Tiada perisa, pewangi, pewarna, atau fillers tambahan digunakan. Lembut untuk bayi, dan kulit sensitif.
- Hasil kerja tangan dari Ladang Keluarga – Semua produk terus dihasilkan dengan tangan, 100% tenaga kerja dari keluarga sendiri. Bahan yang digunakan pula diambil daripada pembekal yang dikenali dan dipercayai sahaja.
Nanna hasilkan semua produk dengan tangan sendiri, menggunakan resepi yang diuji dari masa ke masa, dan hanya gunakan bahan alam semulajadi terbaik.
Pengalaman Guna Produk Four Cow Farm Untuk Dhira
Sebenarnya, dah lama merancang nak guna krim Calendula sebagai pelembap kulit Dhira. Alhamdulillah, dapat set lengkap produk penjagaan bayi Four Cow Farm terus. Rezeki Dhira lah nie.
(1) Four Cow Farm Baby Lotion
Produk pertama yang saya guna pada Dhira ialah baby lotion. Masa mula guna losyen Four Cow Farm nie, di kedua-dua belah kaki Dhira ada beberapa kawasan kering dan berbiji kasar. Bukan main sakan dia menggaru. Saya sapu selepas mandi petang, dan tengah malam masa salin diaper.
Keesokkan paginya, dapat rasakan kulit kedua-dua belah kaki Dhira lebih lembut berbanding semalam. Banyak kali saya gosok, dan urut kakinya untuk cari kawasan berbiji kasar. Tak jumpa.
Yang penting, tiada kesan radang kulit baru. Maknanya, kulit Dhira serasi dengan losyen ini.
Losyen yang lembut dan menenangkan ini diperbuat daripada Pure cold pressed Extra Virgin Sweet Almond, Apricot Kernel Oils, dan di infus dengan ekstrak daun Rosemary.
(2) Four Cow Farm Nappy Cream
Krim ini untuk sapuan di bahagian sensitif bayi, yang terkena ruam lampin. Dhira tiada ruam lampin. Cuma, disebabkan Dhira ada ekzema, jadi radang ekzema on-off timbul di kawasan lampin.
Saya sapu Nappy Cream ini di kawasan yang ada radang ekzema, sebelum pakaikan diaper.
Tekstur Nappy Cream ini sekali pandang macam losyen bayi. Tapi sebenarnya, ia lebih likat. Dan, bila kita sapu di punggung bayi, krim nya cepat meresap dalam kulit, terus kering. Jadi, tak risau nak pakai diaper. Kalau losyen tue, kita masih boleh rasa lembapan pada kulit anak.
Nappy cream ini ialah kombinasi anti-radang dari Castor Oil, pelembap dan pemulihara kulit dari Sunflower Seed Oil, menyubur dan menguatkan fungsi anti-oksidan dari Soy Lecithin, serta perlindungan kulit daripada Zinc Oxide.
(3) Four Cow Farm Baby Oil
Minyak bayi Four Cow Farm ini mewah sangat bahan-bahannya. Gabungan Pure Cold Pressed Apricot Kernel, Macadamia and Sweet Almond Extra Virgin Oils, serta Organic Chamomile dan Rosemary yang menenangkan. Aduh, ohsem sangat tau!
Kombinasi bahan-bahan yang kaya dengan asid lemak perlu, vitamin A, vitamin D, dan vitamin E ini bantu membajai, melindungi, melembapkan dan menenangkan kulit.
Jika anak ekzema anda ada Cradle Cap, urut lembut kulit kepala bayi dengan minyak bayi four cow farm ini. Tunggu beberapa minit, dan basuh dengan lembut menggunakan syampu atau sabun mandian bayi. Sesuai jadi pelembap kulit kering, dan sebagai minyak urut bayi.
(4) Four Cow Farm Baby Wash
Dalam banyak-banyak produk mandian bayi untuk bayi, terutama produk mandian khusus ekzema, jujur saya cakap yang Four Cow Farm Baby Wash paling best! Jatuh cinta instantly! 😉
Sabun mandian bayi nie tak berbau wangi, dan tak banyak buih pun. Namun, boleh rasa kelembutan minyak zaitun masa saya sabunkan badan Dhira. Bagaikan minyak zaitun versi sabun mandi.
Habis je mandi, walau kita dah lap badan anak sampai kering, masih terasa kelembapan minyak zaitun pada badan anak. Kiranya, tak risau kulit anak kering kalau kita lambat atau terlupa sapu pelembap kulit. Sampaikan, tangan kita yang mandikan anak nie pun turut rasa lembap dek lapisan minyak zaitun tue tau. Best sangat!
Sabun mandian bayi Four Cow Farm yang superb ini dihasilkan 100% daripada sabun castile tulin, yang menggunakan Premium Cold-Pressed Extra Virgin Olive Oil sahaja. Langsung tiada campuran minyak kelapa, ataupun kelapa sawit. Ia di double-cooked beberapa hari pada suhu rendah, demi nak kekalkan antioksidan, dan semua manfaat lain.
Diinfus dengan ekstrak Echinacea organik, ia bantu melembut dan menenangkan kulit sensitif, sekaligus sesuai untuk kegunaan di muka, rambut dan seluruh badan.
(5) Four Cow Farm Calendula Cream
Inilah krim Calendula yang dah lama saya teringin nak gunakan pada kulit ekzema Dhira. Strukturnya lebih likat daripada losyen. Jadi, selepas mandi, saya akan sapukan dahulu baby losyen di seluruh badan Dhira. Kemudian, baru sapu krim Calendula di kawasan kulit ekzema.
Sangat sesuai untuk menenangkan kulit meradang dan kulit alahan, krim Calendula baik untuk kulit ekzema, alahan gegata, gigitan serangga ataupun contact dermatitis. Selain itu, boleh juga sapu krim Calendula ini pada luka kecil, atau kulit tercalar.
Krim Calendula ini dihasilkan daripada calendula organik, natural beeswax, vitamin E non-GMO, minyak jojoba organik, dan roman chamomile essential oil. Terkenal dengan kandungan antiseptik dan anti-keradangan, calendula telah digunakan beratus tahun untuk pelbagai masalah alahan kulit.
(6) Four Cow Farm Tea Tree Remedy
Krim Tea Tree sangat sinonim dengan penjagaan kulit. Zaman muda remaja dulu, saya gunakan krim Tea Tree untuk kecutkan jerawat. Banyak khasiat Tea Tree ini. Sangat efektif sebagai penenang dan pelindung kulit bermasalah seperti ruam lampin, gigitan nyamuk, kulit tercalar, luka dan lebam.
Krim Tea Tree ini terbaik untuk tenangkan kulit meradang, atau kulit yang kegatalan. Untuk Dhira, saya sapukan pada kawasan ruam lampin. Mula-mula kita sapu Four Cow Farm Nappy Cream. Kemudian, calit Tea Tree pula di kawasan ruam degil. Excellent untuk nappy rash!
Tea Tree Remedy dari Four Cow Farm ini dihasilkan daripada 100% Beeswax, Extra Virgin Cold Pressed Castor, dan Macadamia Oils, serta dilengkapi dengan Organic Tea Tree Pure Essential Oil yang terkenal bersifat anti-bakteria dan anti-fungus. Castor Oil dipilih kerana sifat anti-keradangannya, manakala Macadamia Oil kaya kaya dengan bahan pelembap.
Layak digelar sebagai krim emergency harian. Multipurpose sangat.
Four Cow Farm Starter Kit Untuk Bayi dan Kanak-kanak
Bagi ibu ayah yang bakal menyambut kelahiran bayi, ataupun sedang mencari produk penjagaan kulit untuk anak ekzema dan kulit sensitif, Four Cow Farm Starter Kit ialah pelaburan terbaik untuk anda.
Dalam Four Cow Farm Starter Kit ini, lengkap ada:
- 1x Baby Wash 125ml
- 1x Baby Lotion 125ml
- 1x Nappy Cream 125ml
- 1x Baby Oil 125ml
- 1x Tea Tree Remedy 50gm
- 1x Calendula Remedy 50gm
Four Cow Farm hanya gunakan minyak extra-virgin dan cold-pressed dengan kualiti premium. Sesuai untuk ibu ayah yang mahukan penjagaan kulit semulajadi untuk bayi nya.
Ibu ayah boleh beli terus secara online di laman Four Cow Farm Malaysia (klik sini).
Macam shopping online biasa, perlu daftar akaun online dahulu, kemudian boleh teruskan shopping produk Four Cow Farm. Ada jualan murah produk (on sale) juga tau. Jimat sangat!
Jika beli produk lebih RM120 pula, automatik akan dapat penghantaran percuma. Jimat kos minyak, tol, masa dan tenaga. Tak perlu susah payah pergi kedai fizikal. Hanya klik, klik, dan tunggu sahaja produk Four Cow Farm di pintu rumah anda. Mudah sangat. Nak jadikan hadiah pun boleh.
Oh ya, ekzema tiada ubat. Kita hanya boleh kawal keradangan ekzema, dengan mengelakkan faktor pencetus ekzema, dan kuatkan imuniti badan melalui nutrisi dan pemakanan. Pelembap dan produk penjagaan kulit hanya menyumbang 20% kepada proses penyembuhan ekzema.
Semoga si comel anda juga dapat manfaat dari produk semulajadi Four Cow Farm ini. 😉
Four Cow Farm Family Range untuk Kulit Kering & Sensitif
Disclaimer: Sama seperti penggunaan apa jua produk baru buat kali pertama, sila lakukan patch test dahulu kepada anak anda, ketika kali pertama gunakan produk Four Cow Farm yang organik ini.
Ibu Zaid says
Anak momma ada ekzema ya. Semoga Allah permudahkan urusan
.
Sensitif dan banyak benda kena ambil tahu kan
GenkiMomma says
Terima kasih. Anak ekzema kulitnya sensitif, tak boleh suka hati cuba-cuba pakai produk tanpa fahami sumber bahannya.
Ibu Zaid says
Bila baca kisah momma genki ni baru sedar yang banyak nikmat Allah bagi, tapi kita tak perasan
.
Dari sekecil kecil nikmat. Sampai sebesar besarnya
GenkiMomma says
Banyak nikmat Allah, Alhamdulillah…
Anuar says
Macam pernah tengok jer produk ni sebelum ni…
Tapi dekat mana yer… tak ingat…
GenkiMomma says
Produk penjagaan bayi yang organik dan berkualiti tinggi, dari Australia nie..
Noriza Abdul Rahman says
Adik pun ada anak eczema juga, bila musim panas je mulalah tak senang duduk nak menggaru sampai habis luka satu badan. Mungkin boleh suggest produk ni untuk dia cuba juga
GenkiMomma says
Haa boleh cuba tue. Produk Four Cow Farm nie food grade, jadi kalau termasuk mulut baby pun kita tak risau…
AINUL says
macam best product ni..memang mencari organik base
GenkiMomma says
Best Ainul, dengan tangan kita pun jadi lembut sekali bila handle baby dengan produk nie..
Oja Samid says
Bagus review macam nie. Jadi parents yang ada anak eczema ada lebih banyak option untuk pilih mana yang sesuai pada anak masing-masing. 😉
GenkiMomma says
Harap2 boleh jadi panduan buat ibu bapa yang ada ekzema, Insya Allah..
titan says
pehh..
macam best aje four cow farm nih.
syukur juga kulit anak tak sensitif dan takde masalah ekzema nih.
GenkiMomma says
Alhamdulillah…
azimah mohd zainuddin says
Yang tak ada anak ekzema pun boleh terpengaruh dengan entri ini
GenkiMomma says
Botol dan design label dia tue, cantek tertarik kannn..
Nur Razali says
Suka baca entri nih padat ringkas dan tepat info yang disampaikan. Sedap jugak mata pandang tengok gambar produk eczema nih 😍
GenkiMomma says
Memang comel botol dan label produknya, hihi..